Tasneem Marketplace Gedung Penjagaan Bayi Dan Keluarga Di Bawah Satu Bumbung
Assalammualaikum semua! Berita gembira buat anda yang tercari-cari cara untuk menjana pendapatan secara dalam talian. Tanpa modal, tanpa risiko dan mudah! Jom sertai Tasneem Marketplace (TMP) sekarang. Anda boleh mendaftar secara PERCUMA dan terus menjana pendapatan. Di TMP, pengguna dapat membeli pelbagai barangan penjagaan bayi, kanak-kanak & keluarga dari pelbagai jenama terkemuka. Malahan, anda juga boleh menikmati pelbagai pulangan ganjaran.
Sejak negara dilanda COVID-19, banyak perniagaan terkesan. Namun mereka tidak berputus asa dan aktif berniaga di dalam talian. Peralihan ini bukan sahaja membantu perniagaan mereka terus bertahan. Tetapi memberi peluang kepada kita untuk menjana pendapatan walau dalam suasana pandemik. Perlahan-lahan kita memahami cara berniaga dalam talian.
Apabila melihat perbandingan dari sudut kebaikan dan kelemahan laman e-dagang. Maka, jenama Tasneem hadir dengan Tasneem Marketplace agar dapat mellindungi jenama-jenama ini dari penciplakan dan permainan harga oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Di TMP, anda tidak akan pening melihat banyak jenama sama berada di dalam marketplace dan dijual oleh berlainan individu. Bagus kan?
Tasneem berkolaborasi bersama jenama tersohor tempatan iaitu Tanamera, Pustaka Darul Iman, Eyyoo Kids dan Aqiqah Centre di dalam satu platform bisnes tanpa modal. Mudah kan? Lagi pula semua jenama ini adalah kegemaran Rakyat Malaysia. Jom kita sama-sama hebahkan berita gembira agar sama-sama dapat menjana pendapatan.
TASNEEM MARKETPLACE GEDUNG PENJAGAAN BAYI DAN KELUARGA DI BAWAH SATU BUMBUNGTasneem Marketplace adalah sebuah platform di bawah Tasneem Business Legacy yang mengumpulkan produk dari jenama-jenama ternama hasil kolaborasi bersama Tanamera, Eyyoo, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman & pelbagai lagi yang bakal menyusul. Membeli-belah di TMP tidak sama dengan laman e-dagang yang lain. Ini kerana kesemua jenama akan diuruskan oleh TMP.
Apabila jenama-jenama ini berada di TMP. Mereka tidak perlu risau dengan pendaftaran akaun penjual yang sama. Ini kerana jenama-jenama yang turut serta adalah dari HQ masing-masing. Anda akan dapat tawaran istimewa sama seperti promosi di laman rasmi jenama tersebut. Lebih mudah dan berbaloi-baloi!
Apa yang membezakan TMP dengan lain-lain platform e-dagang adalah anda tidak perlu menyimpan stok. Sebagai reseller, anda akan diberikan url khas untuk memudahkan para pelanggan membeli secara terus. Dalam masa yang sama sistem TMP akan mengesan secara langsung berapa komisen, bonus atau cashback yang anda bakal terima. Kesemua produk dijamin asli dari HQ jenama dan selamat dari risiko produk tiruan
Jom jana pendapatan sampingan atau sepenuh masa tanpa perlu keluarkan sebarang modal dengan mendaftar sebagai TMP Business Partner
Dari kiri Encik Abdul Halim; Founder Aqiqah Center, Ahmad Rafizal; CEO Tasneem Marketplace, Puan Haridah Sahri; COO Tasneem Marketplace, Puan Nor Husna; Founder Eyyo Kids, Puan Fanessa; Wakil Tanamera dan Encik Ariff Fadzil; Wakil Pustaka Darul Iman
Tasneem Business Legacy sebuah syarikat yang membawa jenama Tasneem Naturel, Tasneem Food dan Twobirds yang banyak mempelopori perniagaan barangan bayi berasaskan bahan semulajadi telah mengumumkan usahasama baharu dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Aqiqah Centre, Pustaka Darul Iman (PDI) dan Eyyoo melalui penyatuan di dalam sebuah platform baharu yang dinamakan Tasneem Marketplace.
Usahasama ini dibuat dalam usaha untuk membantu golongan yang berpendapatan sederhana untuk menjana pendapatan tanpa modal tapi berpeluang untuk mendapat keuntungan yang tinggi disamping mendapat pelbagai ganjaran yang menarik.
Selaras dengan objektif untuk membantu suri rumah menjana pendapatan dengan mudah dan senang, pihak Tasneem Marketplace mengalu-alukan individu yang berminat untuk bergerak ke hadapan bersama pasukan TMP untuk mendaftar sebagai reseller TMP secara percuma. Pihak TMP meletakkan sasaran untuk melahirkan seramai 10,000 usahawan yang berjaya menjana pendapatan melalui platform yang disediakan menjelang Disember 2022
TASNEEM BUSINESS LEGACY
Tasneem Naturel
Jenama perintis produk penjagaan bayi di Malaysia, memfokuskan penyelesaian masalah bayi seperti mengatasi selsema, kembung, sembelit, jaundis, ekzema dan sebagainya secara semula jadi dengan pati tumbuhan terpilih. Rangkaian produk terdiri daripada Balm, Mandian, Minyak Urut Natural, Losyen, Mist, Spray Sanitasi, Spray Penghalau Serangga dan Purfy Baby Wipes.
Tasneem Food
Satu lagi produk keluaran Tasneem Business Legacy SDN BHD dalam cabang makanan. Memfokuskan pes masakan Melayu asli yang enak setaraf chef hotel ternama. Bantu ibu-ibu sibuk siapkan hidangan sepantas 30 minit
Tasneem twobirds
Rangkaian produk penjagaan diri seperti mandian mewah dan minyak urut menggunakan formulasi minyak pati semula jadi dengan pelbagai kebaikan untuk memberikan pengalaman unik kepada anda
TANAMERATanamera - Tanamera ialah kedai jualan berkonsepkan aromaterapi yang menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan diri organik. Sabun mandi, minyak urut, minyak pati semuanya dihasilkan daripada sumber alam semula jadi yang terpilih
AQIQAH CENTRESyarikat yang menguruskan aqiqah dan qurban di tanah suci Mekah. Diyakini lebih 45,000 pelanggan termasuk sebilangan selebriti tanah air. Aqiqah dan qurban lebih mudah dan murah dengan Aqiqah Centre.
PUSTAKA DARUL IMAN (PDI)Pustaka Darul Iman atau juga dikenali sebagai PDI merupakan syarikat penerbitan Al-Quran yang terkenal dengan quran tagging, quran lelaki, quran wanita & quran besar. Selain lengkap dengan panduan tajwid dan terjemahan, rekaan luarannya juga sangat menawan. Syarikat ini turut menjual buku kanak-kanak dan muqaddam.
EYYO KIDSPengeluar Creative Magnetic Box untuk bantu anak 2 tahun ke atas cepat belajar sambil berseronok. Bantu ibu bapa mengajar anak dari awal dengan puzzle bermagnet, sekaligus mengelakkan anak ketagih gajet.
APA ITU TASNEEM MARKETPLACE (TMP)
Tasneem MarketPlace merupakan sebuah platform yang mengumpulkan produk-produk di bawah niche keluarga, kanak-kanak dan bayi. TMP dinaungi oleh Tasneem Business Legacy dan akan bekerjasama dengan beberapa jenama besar Malaysia seperti Tanamera, Pustaka Darul Iman (PDI), Eyyoo dan Aqiqah Centre
KELEBIHAN MENJADI TMPC (TASNEEM MARKETPLACE CUSTOMER)Pendaftaran PercumaMinimum 3% cashbackKomisenKumpul Mata GanjaranSemua Pesanan Di Pos Oleh HQKomisen diberikan kepada agen melalui pelanggan yang membuat pembelian. Komisen akan dimasukkan ke dalam eCash segera tanpa syarat. Kalau beli, terus dapat. Komisen boleh digunakan untuk membeli produk lain di dalam sistem
Mata Ganjaran bersifat kumulatif. Reseller boleh tebus dengan HQ dan tiada tamat tempoh.KELEBIHAN MENJADI TMPR (TASNEEM MARKETPLACE RESELLER)Pendaftaran PercumaModal tidak perlu dikeluarkanHQ uruskan semua postagePelan pemasaran yang membantu untuk mendapatkan pendapatan dengan mudahProduk berkualiti dan sudah ada pasaran tersendiriReward yang menarikBonus dibayar di awal 7hb bulan seterusnyaAda penyata pendapatanBonus akan di kira melalui PV produk yang dibeli sepanjang bulan tersebut. PV akan reset setiap bulan. Kiraan bonus mengikut kelayakan mengikut pelan insentif
SERTAI TELEGRAM TASNEEM MARKETPLACE
Untuk maklumat lanjut, sertai sesi preview yang akan diadakan di Telegram pada hari Isnin, 22hb Ogos 2022, 8 malam. Klik url https://t.me/+WAWjyDQCeT0xMTA1
TASNEEM MARKETPLACE | FACEBOOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ruby.my/2022/08/tasneem-marketplace.html