Tasik Villa International Resort Hotel Di Port Dickson Yang Ada Private Pool


Salam dears… Dah lama teringin nak merasa mandi di private pool, akhirnya dapat juga, yayyy! Sebab baru baru ni adik Mama sewa Family Villa di Tasik Villa International Resort Port Dickson, dan kitorang berlima ni pergi laa kejap semata mata nak tumpang mandi di private pool tu hehehe
Tasik Villa International Resort, hotel di Port Dickson yang ada private pool. Mama sebenarnya tak tahu pun pasal Tasik Villa International Resort ni. Kalau sebut hotel di Port Dickson yang ada private pool, Mama tahu Lexis Hibiscus dan Grand Lexis ja. Sebab biasa tengok kawan-kawan pergi situ.
Tasik Villa International Resort, Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool Alkisahnya adik Mama dan famili dia je yang nak pergi ke Port Dickson tu bawa parents Mama jalan jalan kat sana. Kitorang berlima ni tak rancang pun nak ke sana, sebab adik Mama nak check-in hari Ahad dan check-out Isnin. Isnin Ayah kerja, jadi ingat tak boleh lah nak pergi sama sama.
Tapi adik Mama ajak jom lah join kejap, pastu balik lah. Tak payah bermalam kat sana pun takpa. Hmm fikir fikir, bukan jauh sangat pun Port Dickson tu daripada rumah kitorang. Dalam sejam ja drive ke sana. Jadi apa lagi, ehh jom lah pergi kejap. Alang-alang ada private pool, bila lagi nak merasa kannn hehehe
Masa sampai kat sana, si kembar ni sibuk dok kata “ni bukan hotel ni Mama…ni neighborhood!” hahaha. Ye lah, sebab nampak macam kawasan perumahan ja kan..Mama pun sama naik teruja tengok hehe
Family Villa…nampak macam rumah teres kan? Adik Mama sewa Family Villa. Macam rumah dua tingkat ja. Tingkat bawah ada ruang tamu, pantry (ada peti ais dan microwave), 1 tandas (tak dak shower), dan kolam mandi (private pool).
Kat tingkat bawah ada ruang tamu, pantry, tandas dan kolam mandi. Ruang tamu Dari tangga boleh nampak pool tu. Kat tingkat atas pula ada bilik tidur dengan 1 katil king dan 2 single beds, dan bilik air/bilik mandi. Bilik lawa dan bersih, suka sangat!
Bilik di tingkat atas macam studio suite. Satu ruang ada katil king, TV, meja solek, almari dan bilik mandi. Lagi satu ruang ada 2 katil single beds. Ada satu bilik mandi dan tandas di tingkat atas. Walaupun bilik mandi ada satu ja, tapi Mama rasa ok ja sebab kat tingkat bawah ada tandas jadi kalau nak buat ‘bisnes kecil dan besar’ tak lah kalut berebut hahaha. Lagipun dekat kawasan kolam pun ada satu shower head, jadi budak budak boleh ja mandi ala kadar kat situ kan.
Seronoknya Mandi Private Pool! Bagi Mama, private pool ni lah jadi tarikan utama untuk kitorang nak ke sini. Walaupun tak besar mana, tapi ok sangat dah untuk pakat berendam hehe. Budak budak ni siap terjun macam macam gaya tanpa segan silu lah. Ye lah, sesama famili sendiri ja, tak lah rasa segan kan hehe
Private pool ni lah jadi tarikan utama yang buat adik Mama booking kat Tasik Villa International Resort ni. Snap pic dulu sebelum terjun gak hehehe Kolam ni kolam dewasa, jadi dalam gak tau. Sampai paras bahu Mama rasanya. Jadi kalau korang nak bawa anak kecil, pastikan bawa pelampung gak ye.
Kat Tasik Villa Resort ni ada public pool juga, tapi Mama tak pasti dah dibuka untuk guests guna atau belum. Ada gym, restoran, sauna dan macam-macam lagi lah kemudahan lain.
Tapi kitorang tak pergi tengok pun, memang dok dalam Family Villa tu semata-mata. Dapat ‘berkubang’ dalam private pool tu pun dah cukup syiok dah hehehe.
Punya lah seronok masing-masing, sudahnya si kembar tiga ni terus join tidur sana gak. Sebab Tok Wan lah offer, kalau nak tidur situ, esok pagi Wan hantar balik rumah. Baju tak bawa pun tak dak hal punya, ulang pakai baju yang sama ja lah esok hahaha.
Pastu diorang pakat tidur bergelimpangan kat ruang tamu ja. Anak jantan kan, bukan kisah sangat tidur atas lantai pun onzzz ja hahaha. Mama ngan Ayah tak tidur sana, sebab esoknya Ayah kerja jadi kena balik lah juga.
Pagi pagi lagi adik Mama dah Whatsapp bagitau budak budak semua dah tak sabar nak terjun kolam hahaha Ohh yaa… masa kitorang pergi tu, harga Family Villa tu ialah RM460 untuk 2 hari 1 malam, termasuk sarapan untuk 4 orang dewasa. Tapi tu sebab check-in Ahad, jadi harga murah lah sikit berbanding hujung minggu. Bagi Mama, harga tu memang berbaloi! Sebab villa tu cantik, luas, selesa, bersih dan paling penting ada private pool tu lah.
Korang boleh tengok tengok sendiri harga dan jenis bilik yang korang nak di laman web Tasik Villa International Resort atau di Agoda pun boleh. Harga hotel biasalah berubah-ubah ikut tarikh kan.
Kalau nak harga murah sikit, pilihlah hari minggu/hari kerja atau check-in Ahad dan check-out Isnin. Nak pergi Sabtu-Ahad pun boleh ja kan asalkan ada duit hehehe.
Alaaa bukannya nak pergi selalu, menabung lah untuk pergi sekali setahun pun jadi lah. Sekali sekala nak bawa famili jalan-jalan, happy happy apa salahnya kan. Nak mencipta kenangan gitu…
Selamat merancang percutian korang. Tapi apa pun…cuti cuti juga, SOP jangan dilupa okay. Jaga diri dan stay safe semua
 40 total views,  8 views today
The post Tasik Villa International Resort, Hotel di Port Dickson Yang Ada Private Pool! appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2021/11/tasik-villa-international-resort-hotel-di-port-dickson-yang-ada-private-pool.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bercuti Di Intan Payung Janda Baik Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

Bercuti Di Intan Payung Janda Baik Vila Ala Cottage Dengan Private Pool

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 325 hits
Bercuti di Intan Payung Janda Baik Vila Ala Cottage Dengan Private Pool l Assalamualaikum Lama giler rasanya tak pergi bercuti Last bulan 9 tahun lepas Lebih setahun dah rupanya Bila goverment announce kebenaran untuk rentas negeri Ana pun ...
Meli Hotels International To Open A New Luxury Resort On The Paradise Island Of Lombok Indonesia

Meli Hotels International To Open A New Luxury Resort On The Paradise Island Of Lombok Indonesia

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 293 hits
Meli Hotels International a world leader in premium resort hotels looks to bring a touch of Spanish luxury to Indonesia with the opening of Gran Meli Lombok in 2024 Already one of the hotel group s The post appeared first on
Reca Resort Vip Villa Tour

Reca Resort Vip Villa Tour

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 230 hits
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini Cukup lah hanya sekali Terima kasih Please Click the advertisment Once is enough Thank YouAIK BACA JE KOMEN LA SIKIT sumber
Dinner Di Dusun Pak Din Port Dickson

Dinner Di Dusun Pak Din Port Dickson

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 437 hits
Assalamualaikum Hi korang Dinner Sabtu lepas takde plan pun sebenarnya just kesian ngan Dania masa tu sepupu sepupu semua pi berjalan Ada yang pi I City Shah Alam dan dia tak kemana mana So petang Sabtu tu jugak SA ajak Atuk pi makan kat PD...
Hotel Bertema Mickey Mouse Winnie The Pooh Snoopy Dsb Di Jepun

Hotel Bertema Mickey Mouse Winnie The Pooh Snoopy Dsb Di Jepun

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 209 hits
Japanese hotel chateau hotel yang diberi hiasan Hello Kitty theme Mickey Mouse theme dsb source blog asiantown netEntri Lain yang Menarik
Pilih Hotel Honeymoon Di Bali

Pilih Hotel Honeymoon Di Bali

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 228 hits
Sambungan kisah adik aku Soalan selalu orang tanya kalau ke Bali Mahu pilih Kuta Kuta Legian Seminyak atau lain lain tempat Kalau backpackers lazimnya ramai pilih Kuta and Legian Tapi ni sebab honeymoon aku tanya adik aku dulu Nak tempat ya...
Biodata Henry Zackery Kisah Seram Hotel

Biodata Henry Zackery Kisah Seram Hotel

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 286 hits
Saya merupakan seorang Front Office di sebuah hotel di Temerloh pada tahun 2014 sudah menjadi kebiasaan saya berhadapan dengan berbagai jenis guest hotel yang datang Kerana di bahagian Front Office merupakan department yang menggerakkan kes...
Pengalaman Menginap Di Hatten Hotel Melaka

Pengalaman Menginap Di Hatten Hotel Melaka

papar berkaitan - pada 16/11/2021 - jumlah : 344 hits
Alhamdulillah akhbirnya tercapailah jua hajat nak tidur di hotel tatkala berkunjung ke Melaka Selama ini tinggal di rumah makcik Tapi dek kerana kebimbangan dengan kesihatan orang tua kita tinggal hotel je Cuba untuk kurangkan jumpa dengan ...
Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Euro Dibawah Tekanan

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

One Way To Get To Know The Locals In Britain Stay In A Pub

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kids Diy Pizza Pulai Spring Resort

Time For A Harmony Committee To Deal With Racial Religious Issues

Zakir Had Perlis Mufti S Permission To Give Ceramah

Malaysia Health Ministry Orders Supplier To Replace Substandard Fabric Likened To Shrouds For Nurse Uniforms

Loji Solar Danau Tok Uban

Kari Ikan Sedap Kebabom