Harga Hotel Hatten, Melaka ini agak mahal sekitar RM400 – RM500 lebih pada waktu weekend. Nak murah, kene menginap pada hari bekerja. Tu yang aku menginap 2 hari 1 malam pada harga RM303 (termasuk sarapan) pada hari Khamis dan Jumaat yang lalu.


Agak menyesal juga sebab orang terlalu ramai. Aku jadi tak selesa hahaha. But, it’s okay. Pengalaman pertama. Proses check-in pun agak lancar sebab sampai awal sekitar 2.30 petang. Ada Hotel lain yang berkongsi parking disini. Agaknya untuk versi bawah sedikit kot. Bayar pula guna kad / e-wallet / touch n go. Nasib baik boleh refund balik di kaunter hotel. Pertama kali guna sistem parking cashless untuk urusan hotel. Agak janggal hahaha. Risau kena bayar mahal.
Aku duduk aras 21. Kedudukan bilik yang antara paling hujung plak tu. Katanya aras Premier hahaha. Mungkin sebab beli direct dari laman web Hatten Hotel Melaka kot. Nampak lah sedikit ekslusif. Kedudukan bilik pun menghadap Selat Melaka. Memang cantik pemandangan. Teruja yang amat. Dapatlah tengok pemandangan bandar hilir berlatar belakangkan laut. Pemandangan waktu petang pun cantik yang amat.

Talian internet sangat lembab. Nasib baik aku ada internet Maxis dan Celcom. Jadinya, dapatlah aku buat kerja dengan tenang. Agaknya perkhidmatan internet yang ditawarkan sekadar ada sahaja kot. Memang lembab dan tak sesuai dengan status hotel 5 bintang.
Asalnya hajat nak berenang di kolam dan bersenam di gymnasium yang disediakan. Tapi, oleh kerana penat dengan kerja-kerja adhock, rasa tak larat nak beriadah hahahaha. Pengsan.
The post Pengalaman Menginap di Hatten Hotel, Melaka appeared first on Dennis G. Zill.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |