Tasha Manshahar Bersara Menyanyi




KUALA LUMPUR: Minat penyanyi, Tasha Manshahar terhadap dunia nyanyian perlahan-lahan pudar selepas empat tahun bergelar warga pendidik.
Bagi penyanyi yang bakatnya dikesan menerusi laman YouTube itu, sudah cukup tempoh lima tahun untuknya menimba pengalaman dalam dunia seni.
Bukan memandang rendah kerjaya nyanyian, sebaliknya Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar merasakan bidang nyanyian bukan menjadi fokus utamanya selepas menggalas tanggungjawab sebagai guru bahasa Inggeris di sebuah sekolah di Melaka, selain statusnya sebagai isteri dan ibu.
"Saya tak mungkin kembali menyanyi dalam situasi sekarang. Memang tiada perancangan untuk saya menyanyi semula. Saya mahu melakukan perkara yang bersesuaian dengan personaliti sebagai guru dan isteri iaitu pengacara.
"Faktor sekeliling dan mentaliti juga menyebabkan minat terhadap bidang nyanyian semakin berkurangan. Adalah lebih baik jika peluang ini diberikan kepada penyanyi lain. Ramai bakat baru yang boleh memberikan lebih perhatian daripada saya.
"Cukuplah tempoh lima tahun saya bergelar penyanyi. Berilah saya peluang untuk melakukan perkara lain," katanya kepada BH Online.

Tasha Manshahar bersama suami dan anak. - Foto IG Tasha ManshaharPopular dengan single Selamat Ulang Tahun Cinta, Cuba Teka dan Ragu-Ragu bersama rakan duetnya, Syed Shamim, Tasha berkata, masih ada pihak yang cuba memujuknya untuk menarik balik keputusan mahu bersara.
"Tak dinafikan, memang ada yang memujuk saya supaya mempertimbangkan keputusan dan mengharapkan saya kembali menyanyi. Dalam hal ini, saya amat berpegang kepada prinsip.
"Jika sudah memutuskan untuk bersara, saya tidak akan berganjak dengan keputusan.
"Sebelum ini, saya mendapat tawaran daripada Kementerian Pendidikan yang mahukan saya aktif dalam bidang nyanyian yang ada kaitan dengan mereka. Itupun saya terpaksa tolak. Alhamdulillah, mereka menerima alasan saya dan tidak lagi bertanyakan hal berkenaan hingga sekarang," kata wanita berusia 28 tahun ini.
Meskipun bulat tekadnya untuk tidak mahu kembali menyanyi, namun Tasha bukanlah seorang yang ekstrim hingga tidak mahu langsung dikaitkan dengan bidang yang pernah mempopularkan namanya suatu ketika dulu.
"Saya tak boleh marah jika ada ibu bapa anak murid bertanyakan soal nyanyian kerana itu adalah sejarah saya. Pada awal bergelar guru, ada anak murid yang memanggil saya Tasha Manshahar. Cuma, saya akui, situasi ini menimbulkan rasa tidak selesa dalam diri.
"Justeru, saya lebih senang anak murid atau rakan sekerja memanggil saya dengan panggilan Cikgu Nadia di sekolah. Secara tidak langsung imej ia membezakan keadaan terkini dengan zaman bergelar artis.
"Bagaimanapun, ada kala, saya ada juga menggunakan kelebihan sebagai alat bantuan mengajar. Saya akan menyanyi dalam kelas sama ada secara solo ataupun bersama anak murid sebagai ganjaran buat mereka jika ada kejayaan yang dicapai ketika sesi pembelajaran," ujarnya.
#Sumber :  BH  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/tasha-manshahar-bersara-menyanyi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selesa Jadi Guru Bahasa Inggeris Tasha Manshahar Kini Bersara Menyanyi

Selesa Jadi Guru Bahasa Inggeris Tasha Manshahar Kini Bersara Menyanyi

papar berkaitan - pada 23/9/2020 - jumlah : 651 hits
Penyanyi Tasha Manshahar yang bakatnya mula dikesan menerusi laman YouTube itu kini akui tempoh lima tahun sudah cukup untuknya menimba pengalaman dalam dunia seni if console log els
Hiburan Tasha Manshahar Akui Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra Dianne

Hiburan Tasha Manshahar Akui Menangis Tengok Konsert Tribute Arwah Sandra Dianne

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 657 hits
Mendengar berita pemergian bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne yang meninggal dunia Jumaat lalu penyanyi Tasha Manshahar akui dirinya turut merasai perkara itu seperti kehilangan besar dalam hidupnya Biarpun hanya mengenali arwah sebagai r...
Hiburan Dipuji Sedap Nyanyi Lagu M Nasir Dalam Program Immortal Song Malaysia Yonnyboii Akui Tak Pandai Menyanyi

Hiburan Dipuji Sedap Nyanyi Lagu M Nasir Dalam Program Immortal Song Malaysia Yonnyboii Akui Tak Pandai Menyanyi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 530 hits
Kemunculan komposer Yonnyboii menyanyikan lagu Keroncong Untuk Ana dalam program Immortal Song Malaysia baru baru ini telah mendapat pujian melambung daripada netizen di luar sana Mana tidaknya pembawaan lagu lama nyanyian M Nasir dalam naf...
Selamat Bersara Dan Dok Diam Diam

Selamat Bersara Dan Dok Diam Diam

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 299 hits
Puteri WangsaSiapa dia untuk tentukan calon PM pembangkang Mengapakah dia masih mahu dictate keputusan pembangkang Sedangkan dia dan partinya tidak ada kena mengena dengan PH langsung Sebelum ini ramai yang menuduh dia merancang segalanya s...
Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Berkunjung Ke Pasar Pagi Baling Kedah

Sarawak Jalin Kerjasama Dengan Korea Selatan Bangun Cip Ai Dan Semikonduktor

Safety Wins The Behind The Scenes Standards Keeping Moab Tours Secure

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Marjeena Cafe Parit Buntar

Mendaki Rawang Bypass

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jpbm Pahang Terima 11 Kes Kecemasan Ketika Lakukan Aktiviti Mendaki Gunung Bukit Dalam Tempoh Lapan Bulan

Kerajaan Pahang Akan Terus Pantau Aktiviti Ladang Haram Biar Pun Semua Kawasan Diceroboh Telah Dibersihkan

Melaka Remaja Perempuan Ditikam Ketika Menunggang Motosikal

High Voltage High Speed Utility Giant Tnb Makes Rtd S Fast And Furious List Of Shame

Can Now Private Entity Mahb Guarantee No More Aerotrain Breakdowns After Having Clocked The 20th Mark

Unreciprocated Handshake Between Pm Anwar With Thai Girls Draw Scrutiny Pr Disaster Or Just A Small Issue