Tarikh Tarikh Cantik Untuk Majlis Tunang Dan Nikah 2021
Pening betul nak fikir tarikh yang sesuai untuk majlis tunang dan kahwin. Itulah yang pernah Fiza hadapi dulu. Rasanya semua bakal pengantin pun akan pening fikirkan tarikh yang sesuai. Betul tak
Tarikh yang kita nak, family tak setuju pula sebab ada family yang tak available tarikh tu. Tarikh yang family nak, kita pula yang tak setuju. Susah sebenarnya nak mencapai kata sepakat dalam memilih tarikh majlis tunang dan nikah
Merisik tu takpelah, bila bila masa je boleh sebab tak melibatkan ramai orang. Hanya family terdekat je. Nampak macam remeh je nak fikir pasal tarikh ni. Tapi itulah benda paling penting yang perlu difikirkan. Bagi orang Islam, boleh pilih tarikh ikut kalendar Islam
Ada orang pilih tarikh majlis tunang, nikah dan nikah pilih tarikh yang sama dengan birthday. Senang nak ingat anniversary nanti kaedahnya.
Tapi kadang tarikh tu bukan hari yang sesuai. Kalau jatuh pada hari bekerja, memang tak dapat lah nak buat majlis cerita dia. Dah semua orang bekerja. Siapa pula yang available kan.
Dalam merancang perkahwinan, pemilihan tarikh untuk majlis bertunang dan nikah perkara yang penting. Kenalah merancang sebaiknya untuk majlis tunang dan nikah supaya persiapan majlis lebih mudah diuruskan dan teratur.
Walaupun ramai pasangan yang menanguhkan majlis perkahwinan disebabkan pandemik Covid-19 ni. Ada juga yang masih meneruskan majlis dengan sekadar mengadakan majlis nikah secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Nikah Hari JumaatNikah tu yang lebih penting. Dalam Islam, hari jumaat merupakan hari yang dianjurkan untuk pernikahan. Keutamaan akad nikah di hari jumaat kerana :Hari TerbaikHari Paling AgungHari Raya IslamHari DianjurkanMendapat KeberkahanHari SiratulrahimHari Pernikahan Nabi Adam dan Siti HawaHari Pernikahan Nabi Yusuf dan ZulaikhaHari Pernikahan Nabi Muhammad dan Siti KhadijahHari Penikahan Ali Bin Abi Thalib dan Fatimah AzzahraPernikahan antara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Aisyah
Untuk bakal pengantin yang masih tercari cari tarikh cantik 2021 untuk majlis tunang dan nikah tahun tahun depan, boleh lah rujuk dalam jadual di bawah. Yang dikongsikan oleh Astro Awani Network, infografik oleh Aizul Mujaiyid.
credit photo : Aizul Mujaiyid
Tarikh Tarikh Cantik Untuk Majlis Tunang Dan Nikah 2021Januari 1.1.21 (Jumaat) 2.1.21 (Sabtu)
Februari21.2.21 (Ahad)
Mac13.3.21 (Sabtu)21.3.21 (Ahad)
April4.4.21 (Ahad)24.4.21 (Sabtu)
Mei21.5.21 (Jumaat)
Jun6.6.21 (Ahad)26.6.21 (Sabtu)
Julai17.7.21 (Sabtu)
Ogos8.8.21 (Ahad)28.8.21 (Sabtu)
September19.9.21 (Ahad)
October10.10.21 (Ahad)
November21.11.21 (Ahad)
Disember11.12.21 (Sabtu)12.12.21 (Ahad)
Bagi yang berhasrat nak menamatkan zaman bujang tahun depan, bolehlah tengok tengok dan pilih tarikh yang sesuai untuk majlis bertunang dan majlis nikah.
Bila dah pilih tarikh yang sesuai, jadi mudah lah kita nak buat persiapan sikit demi sedikit. Boleh lah start membeli barang hantaran dan tempah apa yang patut
Zaman sekarang ni kalau nak tempah dewan pun kena setahun sebelum. Lagi lagi tempat yang popular orang buat majlis kahwin tu. Kalau tak ada tarikh yang tetap, masalah juga nak tempah perkhidmatan apa yang perlu untuk majlis nanti
Saja nak ingatkan juga, tarikh yang paling cantik ni kena book sesiap takut nanti semua orang sibuk nak tempah tempat, katering yang sama. Silap silap nanti semua service dah kena book orang. Nak jimat boleh buat majlis kat rumah sendiri. Lagi meriah gitu
Tapi ada yang tak nak buat di rumah sebab nak nak rumah bersepah atau ruang rumah tak cukup besar. Ikutlah masing masing punya kemampuan. Jangan ikut orang
Apapun memilih tarikh kahwin hak masing-masing. Terpulang lah sebab semuanya adalah hari yang baik. Jangan sampai akidah kita terpesong kerana percaya tarikh tu adalah keramat atau hari yang tidak baik
Kaum lain memang ada pantang larang dan tarikh tarikh yang tak elok bagi mereka. Betul betul strict nak pilih tarikh kahwin.
Bulan ni banyak cerita kahwin. Ambil mood wedding anniversary bulan ni. Bulan ni pun ramai yang buat majlis kahwin. Yang tengah merancang untuk kahwin tahun depan, siap siap lah book tarikh yang cantik tu. Jangan rebut-rebut
Tak dapat pilih tarikh cantik pilih tarikh lain pun banyak. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Semoga majlis bakal pengantin semua berjalan dengan lancar dan segala urusan di permudahkan oleh Allah. Semoga berbahagia sampai ke syurga. Aaminn...
Bagi yang belum bertemu jodoh dan zuriat, sama sama lah kita amalkan baca surah Al-Anbiyaa' ayat 89. Perkongsian daripada Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria. Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk kita semua, usaha seiring dengan doa.
Ya, jodoh dan zuriat adalah rahsia Allah. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa pada Allah supaya Allah berikan yang terbaik buat kita
Surah Al-Anbiyaa' ayat 89وَزَكَرِيَّآ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا
(Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri) Yakni aku hidup sebatang kara tanpa seorang anak.
وَأَنتَ خَيْرُ الْوٰرِثِينَ
(dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik) Maka cukuplah Engkau bagiku jika memang Engkau tidak memberiku seorang anak atau penerus, sebab aku tahu Engkau tidak akan menyia-nyiakan agama-Mu, dan hamba-Mu yang lain yang Engkau pilih akan menjalankan dakwah agama ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/08/tarikh-tarikh-cantik-untuk-tunang-nikah.html