Tarikh Bayaran Sara Setiap Bulan Februari 2024
Tarikh Bayaran SARA Setiap Bulan Februari 2024
Kepada penerima bantuan SARA 2024,anda pasti ingin tahu jadual tarikh bayaran Bantuan SARA setiap bulan bagi memudahkan anda untuk claim dan membuat tebusan serta membelanjakan duit SARA di kedai.Berikut adalah info yang berkaitan.
SYARAT KELAYAKAN SARA
Kelayakan SARA adalah terhad kepada:
Warganegara Malaysia;
Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA DAFTAR BANTUAN SARA
Tiada pendaftaran diperlukan kerana Kelayakan SARA adalah secara automatik berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih sehingga 31 Oktober 2023 yang berstatus lulus STR 2024 sahaja.
KADAR BANTUAN SARA
Setiap penerima yang dikenal pasti layak SARA akan menerima sumbangan berjumlah RM1,200 atau RM600 seperti berikut:
BIL
KATEGORI KELULUSAN STR 2024 (Miskin dan Miskin Tegar)
AMAUN BAYARAN
1
Isi Rumah
Kahwin
Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
RM1,200
2
Warga Emas Tiada Pasangan
3
Bujang
RM600
Nota : Amaun kelayakan SARA 2024 adalah tertakluk kepada fasa STR 2024 diluluskan.
SENARAI BARANGAN ASAS BANTUAN SARA
Penerima boleh membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk yang diluluskan iaitu:
Beras
Roti
Telur
Minyak masak
Tepung
Biskut
Mi segera
Minuman (contoh: susu, milo, Nescafe, Teh)
Makanan dalam tin (Contoh: sardin)
Bahas Perasa (Contoh: sos, gula, kicap, garam)
Produk kebersihan,
Ubat-ubatan
Barangan persekolahan.
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA
Penerima akan menerima elaun bulanan sebanyak RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun melalui MyKad mereka untuk membeli barang keperluan asas terpilih setiap bulan seperti jadual berikut:
BULAN
TARIKH BAYARAN
KATEGORI STR (Miskin dan Miskin Tegar)
Isi Rumah & Warga Emas Tiada Pasangan
Bujang
Januari
22 Januari 2024
RM100
RM50
Februari
1 Februari 2024
RM100
RM50
Mac
1 Mac 2024
RM100
RM50
April
1 April 2024
RM100
RM50
Mei
1 Mei 2024
RM100
RM50
Jun
1 Jun 2024
RM100
RM50
Julai
1 Julai 2024
RM100
RM50
Ogos
1 Ogos 2024
RM100
RM50
September
1 September 2024
RM100
RM50
Oktober
1 Oktober 2024
RM100
RM50
November
1 November 2024
RM100
RM50
Disember
1 Disember 2024
RM100
RM50
JUMLAH
RM1,200
RM600
SEMAKAN TARIKH LUPUT BAKI BANTUAN SARA
Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan-bulan seterusnya dan boleh digunakan bersama dengan elaun bulan semasa. Walaubagaimanapun, sebarang baki elaun yang tidak digunakan sepenuhnya pada akhir tempoh program iaitu 31 Disember 2024 akan luput secara automatik.
CARA SEMAKAN BAKI BANTUAN SARA
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui kaedah berikut:
Semakan baki melalui portal rasmi MyKasih
Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-).
Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.
Semakan baki pada resit pembelian:
CARA SEMAK LOKASI KEDAI BANTUAN SARA
Anda juga boleh menyemak senarai kedai yang terlibat program MyKasih berhampiran anda seperti berikut:
Layari pautan Pasar Raya dan Kedai Runcit MyKasih
Masukkan Daerah dan Negeri pada ruangan tersedia
Setelah lengkap klik Cari
Paparan akan menunjukkan senarai semua kedai yang terlibat MyKasih
ARTIKEL LAIN
SUMBANGAN ASAS RAHMAH(Bantuan SARA RM100 Sebulan)
The post Tarikh Bayaran SARA Setiap Bulan Februari 2024 appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/tarikh-bayaran-sara.html