Ekasih Pendaftaran Semakan Status Bantuan Sara Str 2024


Sistem eKasih ialah satu sistem pangkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. 
Ringkasnya, bantuan eKasih adalah untuk mereka yang miskin tegar. 
Untuk mengetahui syarat kelayakan permohonan eKasih berserta cara memohon bantuan ini, baca info selanjutnya di bawah.
Apakah eKasih? eKasih adalah sistem Bank Data Kemiskinan Nasional​​ yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima. 
Melalui komponen data dalam sistem eKasih ini, pengakses boleh:
Membuat semakan status kemiskinan secara online Menyelaraskan maklumat bantuan Pengemaskinian maklumat kemiskinan secara online Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Penjanaan laporan dan statistik kemiskinan Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan Selain tujuan di atas, data eKasih juga akan digunakan untuk pemberian bantuan skim i-Suri KWSP sebanyak RM480 setahun seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2022.
Jenis Bantuan Yang Boleh Diterima Individu Yang Berdaftar Dengan e-Kasih Pendaftaran e-Kasih akan mewujudkan nama seseorang dalam data kerajaan.
Melalui data ini, pendaftar layak untuk menerima beberapa jenis bantuan kerajaan contohnya:
1. Sumbangan Asas Rahmah (Bantuan SARA STR) Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat bagi tahun 2024.
Melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARa), penerima yang layak akan mendapat bakul makanan bernilai RM100 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan. Manakala bagi kategori yang tidak termasuk dalam golongan miskin / miskin tegar akan mendapat bayaran tambahan RM300 atau RM150.
Semakan kelulusan boleh dibuat melalui portal Sumbangan Tunai Rahmah (https://bantuantunai.hasil.gov.my)
Nota: Bantuan SARA 2024 diberikan dalam bentuk kredit etunai MyKasih RM100 sebulan di Semenanjung, manakala RM600 diberikan secara one-off bagi penerima di Sabah & Sarawak. Semakan status Program MyKasih boleh disemak melalui pautan berikut: https://www.mykasih.com.my/site/
Anda juga boleh membuat semakan di portal e-Kasih untuk melihat status terkini, sama ada anda termasuk dalam kategori miskin atau tidak.
CONTOH STATUS 1 : WUJUD DALAM SENARAI E-KASIH, TETAPI TIDAK TERMASUK DALAM KATEGORI MISKIN
CONTOH STATUS 2 : WUJUD DALAM SENARAI E-KASIH DAN TERMASUK DALAM KATEGORI MISKIN
Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran Bantuan SARA 2024 Bantuan ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600
Penerima yang layak akan menerima SARa melalui kaedah berikut :
i. RM100/bulan bagi Negeri & Wilayah di Semenanjung ii. RM600 sekali gus bagi Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan. Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, anda digalakkan untuk membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Rujuk langkah-langkah terperinci di bawah:
LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN MYKASIH (SEMENANJUNG MALAYSIA)
Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian. Sila rujuk cara penggunaan kad MyKasih untuk pembelian barangan asas dan keperluan : MyKasih: Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2024
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN SARA STR 2024 : Bantuan SARA 2024 – Semakan Status & Bayaran
2. I-Suri / i-Saraan KWSP (Insentif RM300 setahun) Surirumah yang berdaftar dengan e-Kasih juga layak memohon bantuan di bawah skim i-Suri KWSP.
Melalui skim ini, surirumah boleh mendapat insentif RM300 setahun daripada kerajaan.
Rujuk cara daftar Program Kasih i-Suri KWSP.
3. Bantuan JKM Terdapat 11 jenis Skim Bantuan JKM yang boleh dimohon berdasarkan kategori kelayakan iaitu:
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) – Bulanan RM150 hingga RM1000
Elaun Pekerja Cacat (EPC); – RM500 sebulan seorang.
Bantuan Am Negeri – Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga
Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT);
Bantuan Orang Tua (BOT); – RM500 sebulan seorang.
Bantuan Am Persekutuan (BA); – RM100 sebulan seorang.  Maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Bantuan Anak Pelihara (BAP); RM250 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara 2 orang kanak-kanak atau lebih.
Bantuan Latihan Perantis (BLP); – RM200 sebulan seorang.
Bantuan Geran Pelancaran (GP); – Maksimum RM2,700 sekaligus.
Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
Tabung Bantuan Segera (TBS). Info lanjut: eBantuan JKM: 11 Skim Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat 2024 (Online/Manual)
Syarat Kelayakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
Secara umumnya, terdapat empat punca pendapatan yang boleh diterima (terakru) oleh isi rumah iaitu pendapatan daripada :
Pekerjaan Bergaji. Bekerja Sendiri. Pendapatan daripada Harta dan Pelaburan. Pindahan Semasa diterima. Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.
Pendapatan per kapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan isi rumah tersebut.
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah (bulanan) yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) setiap dua (2) tahun sekali. PGK semasa (tahun 2019) adalah seperti berikut:
Golongan yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa ini boleh mendaftar sekiranya anda layak dan masih belum mendaftar.
Proses Permohonan Panduan Pendaftaran eKasih 2024 Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui
telefon surat e-mel rasmi membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran.
PPN Perlis : 04-9731976 PPN Kedah : 04-7209236 PPN P.Pinang : 04-2185700 PPN Perak : 05-2497400 PPN Selangor : 03-55213600 PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61 PPN N.Sembilan : 06-7659945 PPN Melaka : 06-3333333 PPN Johor : 07-2234777 PPN Pahang : 09-5178208 PPN Terengganu : 09-6272000 PPN Kelantan : 09-7455000 PPN Sarawak : 082-446582 PPN Sabah : 088-484800 *Kelulusan penyaluran bantuan dan tempoh bantuan yang diberikan tertakluk kepada keputusan agensi pemberi bantuan berdasarkan syarat dan kriteria bantuan yang telah ditetapkan mengikut agensi masing-masing.
Maklumat Yang Diperlukan Untuk memohon eKasih, pemohon perlu melengkapkan 9 komponen bagi Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) iaitu
Butiran KIR dan AIR Lokasi Kediaman Pendidikan Kemahiran dan pekerjaan Harta Kesihatan Bantuan Pendapatan *Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Semakan Status eKasih 2024 Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
Maklumat Lanjut Untuk maklumat lanjut berkaitan eKasih 2022, layari laman web rasmi Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri melalui pautan https://www.icu.gov.my/
Anda boleh menghubungi PPN Negeri seperti dalam senarai di atas atau ibu pejabat Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri di talian 03-8000 8000 untuk menyalurkan sebarang kemusykilan.
PPN Perlis : 04-9731976
PPN Kedah : 04-7209236
PPN P.Pinang : 04-2185700
PPN Perak : 05-2497400
PPN Selangor : 03-55213600
PPN W.Persekutuan : 03-40420260 / 61
PPN N.Sembilan : 06-7659945
PPN Melaka : 06-3333333
PPN Johor : 07-2234777
PPN Pahang : 09-5178208
PPN Terengganu : 09-6272000
PPN Kelantan : 09-7455000
PPN Sarawak : 082-446582
PPN Sabah : 088-484800
Pertanyaan melalui e-mel boleh dihantar kepada [email protected]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ekasih/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ekasih

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semakan Bantuan Sara 2024 Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

Semakan Bantuan Sara 2024 Syarat Kelayakan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 183 hits
Pada bajet 2024 bantuan SARA 2024 telah diluaskan kepada hampir 700 000 penerima STR dengan bayaran sebanyak RM100 sebulan bagi 12 bulan disalurkan melalui langkah yang sama iaitu melalui MyKad Alhasil daripada Kementerian Kewangan bermula ...
Ekasih 2024 Pendaftaran Amp Permohonan Baru Portal E Kasih

Ekasih 2024 Pendaftaran Amp Permohonan Baru Portal E Kasih

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 129 hits
PANDUAN PENDAFTARAN DAN SEMAKAN STATUS PERMOHON eKASIH 2024 Porta e Kasih merupakan satu portal yang telah diwujudkan nbsp di peringkat nasional bagi membantu nbsp nbsp merancang melaksana dan memantau program kemiskinan negara Ia bagi memb...
Cara Semakan Bantuan Tunai Mykad 2024

Cara Semakan Bantuan Tunai Mykad 2024

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 286 hits
Cara Semakan Bantuan Tunai MYKAD 2024 Bantuan Tunai MYKAD 2024 juga dikenali sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah Pengenalan Bantuan SARA 2024 Dalam Belanjawan 2024 Kerajaan telah meluaskan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah kepada 700 000 pene...
Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Sara Hidup Bernilai Rm1200 Hari Ini

Cara Semak Status Kelayakan Sumbangan Asas Sara Hidup Bernilai Rm1200 Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 127 hits
Program SARA adalah singkatan daripada Sumbangan Asas Rahmah sebuah program bantuan subsidi bersasar yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 2023 Program ini bertujuan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar dengan memb...
Sijil Darjah Khas Agama 2023 2024 Jadual Semakan

Sijil Darjah Khas Agama 2023 2024 Jadual Semakan

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 217 hits
Sijil Darjah Khas Agama 2023 2024 Jadual Waktu Peperiksaan Semakan Keputusan Darjah Khas Agama atau SDKA merupakan sebuah sistem pengajian agama Islam yang hanya terdapat di negeri Johor Darul Takzim Pengajian di peringkat Darjah Khas Agama...
Jokowi Bakal Tambah Bantuan Beras Ke Warga Prasejahtera Hingga Juni 2024 Jika Apbn Cukup

Jokowi Bakal Tambah Bantuan Beras Ke Warga Prasejahtera Hingga Juni 2024 Jika Apbn Cukup

papar berkaitan - pada 9/1/2024 - jumlah : 126 hits
Jokowi menyerahkan bantuan pangan cadangan pangan pemerintah kepada sejumlah penerima manfaat
Biasiswa Ocbc Bank 2024 Jumlah Bantuan Dan Cara Mohon

Biasiswa Ocbc Bank 2024 Jumlah Bantuan Dan Cara Mohon

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 150 hits
Biasiswa OCBC Bank bagi tahun 2024 kini dibuka untuk permohonan bagi pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang mendapat keputusan yang cemerlang dan ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Biasiswa ini terbuka kepada pe...
Muet 2024 Semakan Keputusan Online Sms

Muet 2024 Semakan Keputusan Online Sms

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 170 hits
PENGUMUMAN KEPUTUSAN MUET SESI 3 TAHUN 2023 DAN RAYUAN SEMAK SEMULA 2024 Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan secara online melalui laman web Majlis Peperiksaan Malaysia Semakan Keputusan MUET Sesi 3 Tahun 2023 KEPUTUSAN UJIAN...
Bantuan Insentif I Suri Kwsp 2024

Bantuan Insentif I Suri Kwsp 2024

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 222 hits
Apakah itu Insentif i Suri KWSP 2024 Suri rumah kini boleh membuat pilihan dalam mencarum KWSP melalui insentif khas sehingga RM300 setahun kerajaan sediakan melalui i suri 2024 Ini adalah merupakan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahte...
Airasia Santan Menu Baru Harga

Ulu Tiram Attack Suspect Not Ji Member Initial Link Made Due To Father S Past Says Igp

Muslims Rebuke Rais Yatim S No No To Sarawak S Proposal Of Conducting Friday Sermons In English

Apa Jadi Serangan Balai Polis Johor S Pura Ini Komen Pas

Isu Isteri Cikgu Buang Hadiah Rm2 Pemberian Murid

Syafiq Kyle Transisi Dari Ustaz Adam Ke Meth Killer

Drama Mihrab Cinta Zulaikha Lakonan Elisya Sandha Azrel Ismail

Lawrence Wong Mengangkat Sumpah Sebagai Perdana Menteri Keempat Singapura



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Jalan Jalan Tengok Rumah Contoh Dekat Durian Tunggal 2024

Pet Expo Midvalley 2024

Drama Lara Kasih

Goh Sze Fei Naib Juara Kejohanan Asia 2024

Luvia Band Lelah Dan Kalah Chord

Berkuasa Di Dunia Kuasai Pertambangan By Dr Haji Mura Riau Dosen Adi