Tarikan Sentosa Uss 2025 Dari Oceanarium Ke Karpet Kuning Filem Wicked For Good


Ada sesuatu yang berbeza tentang Sentosa kali ini. Lebih berwarna, lebih hidup, dan penuh dengan elemen fantasi yang membuatkan perjalanan kami terasa seperti masuk ke halaman pertama sebuah cerita dongeng.
Bermula dengan “Glinda’s Bubble” yang berkilau di Sensoryscape, sehinggalah ke suasana tenang di Ocean Dome dalam Oceanarium, setiap lokasi yang kami singgah seolah-olah membawa kami ke babak berbeza dalam sebuah pengembaraan. Ada bab yang penuh aksi di Adventure Cove, ada bab yang penuh visual memukau, dan ada juga bab yang membawa nostalgia melalui dunia sihir Harry Potter.
Apa yang menarik, Sentosa kini bukan sekadar tempat bersantai atau berhibur,  ia hadir dengan konsep baru yang menggalakkan pengunjung “discover their good”, ikut minat, ikut mood, dan ikut cara masing-masing. Sepanjang perjalanan ini, kami jumpa banyak perkara yang membuatkan pengalaman di Sentosa terasa lebih personal dan bermakna.
Penginapan di Hotel Ora, Sentosa Untuk trip di Singapura kali ini, kami ditempatkan di Hotel Ora, salah satu hotel terbaru di Sentosa yang menawarkan suasana moden, selesa dan tenang. Dari lobi sampai ke bilik, semuanya berkonsepkan minimalis tetapi penuh sentuhan premium.
Biliknya luas, terang, dan dilengkapi kemudahan lengkap, sesuai untuk berehat selepas sehari penuh aktiviti. Lokasinya juga strategik, hanya beberapa minit dari tarikan utama seperti Adventure Cove, Oceanarium dan Universal Studios Singapura.

Apa yang kami paling suka ialah suasana hotel yang sangat “relaxing”, dengan ruang yang terasa segar dan moden, menjadikan keseluruhan pengalaman penginapan lebih menyenangkan. Pendek kata, Hotel Ora memang pilihan tepat untuk sesiapa yang nak rasa keselesaan tanpa jauh dari aksi di Sentosa.
Adventure Cove Waterpark Selepas makan tengah hari di ACW Bay Restaurant, kami terus ke Adventure Cove Waterpark. Ini antara tempat paling sesuai untuk “switch off” daripada tekanan kerja.  Kolam ombak, gelongsor air, dan lazy river memberikan mood santai.  Kalau datang bersama keluarga atau kawan-kawan, ini memang antara tarikan paling “worth it”.

Aiskrim percuma untuk pengunjung
Oceanarium, Hangyodon & Dunia Bawah Laut Baharu Ini bukan sekadar akuarium biasa, ia kini mempunyai pengalaman immersive yang lebih mendalam, termasuk preview Hangyodon yang comel dan interaktif. Bahagian paling memukau sudah tentu Ocean Dome, ruang besar dengan paparan 360 darjah laut dalam yang membuatkan pengunjung rasa seolah-olah berada di dasar laut sebenar. Visual ini membuat ramai terdiam.  Kalau datang ke Sentosa, ini destinasi yang tak boleh skip.

Singapore Oceanarium kini lebih meriah dengan kehadiran Hangyodon, watak comel daripada Sanrio, yang membuat pengalaman bawah laut terasa lebih interaktif dan menyeronokkan.


Weave Mall & Harry Potter: Visions of Magic Weave Mall, pusat beli-belah baharu di RWS yang dibuka pada Julai. Pusat beli-belah ini menekankan konsep hijau dan lestari, dengan reka bentuk mesra alam dan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Selain kedai dan restoran, terdapat juga medan makan dengan pelbagai pilihan makanan, sesuai untuk rehat sekejap atau mencuba hidangan baharu.


Selepas itu, kami menuju ke Harry Potter: Visions of Magic, pameran immersive yang membolehkan pengunjung merasai dunia sihir. Dari bilik interaktif hingga artifak ikonik, memberi pengalaman nostalgia dan magis yang sukar dilupakan.
Pengalaman Magis di Karpet Kuning – Wicked: For Good Puncak pengembaraan kami di Sentosa sudah tentu pengalaman eksklusif di yellow carpet sempena filem Wicked yang diadakan di Universal Studios Singapore (USS).
Yang buat momen ini lagi istimewa? Kami berpeluang bertentang mata dengan Ariana Grande, Cynthia Erivo, Michelle Yeoh, Jeff Goldblum dan pengarah Wicked sendiri, Jon M. Chu. Memang starstruck habis.

USS dihias penuh dengan elemen bertema Wicked, daripada sudut bergambar hingga dekorasi interaktif, membuatkan kami rasa seolah-olah melangkah masuk ke dunia Glinda dan Elphaba sendiri.
“Discover Your Good” di Sentosa
Sebagai sebahagian daripada kempen Discover Your Good, Sentosa ditukar menjadi versi mini Negara Oz, lengkap dengan elemen dan dekorasi dari filem Wicked: For Good. Aktiviti ini bermula dari 10 November 2025 hingga 4 Januari 2026, dari Sensoryscape hingga Resorts World Sentosa.

Glinda’s Bubble
Glow Garden, Sensoryscape
Pertunjukkan Lampu: 6pm to 1am


Yellow Brick Road
Lower Deck, Sensoryscape
Pertunjukkan Lampu: 6pm to 1am
Emerald City Express
Tactile Trellis, Sensoryscape
Pertunjukkan Lampu: 6pm to 1am
Pintu Masuk ke Emerald City di Resorts World Sentosa
Link Bridge, Imbiah Station
Pertunjukkan Lampu: 6pm to 1am
Emerald City
Lake of Dreams, Resorts World Sentosa
Pertunjukkan Lampu: 7:30 malam, 8:30 malam, 9:30 malam dan 10:30 malam
Malam Tahun Baru: 12 tengah malam
Kesimpulan Sentosa kali ini membuktikan bahawa pulau ini lebih daripada sekadar destinasi percutian. Dari keindahan bawah laut di Oceanarium, keseronokan di Adventure Cove, ke pengalaman hijau dan lestari di Weave Mall, hingga detik eksklusif di karpet kuning Wicked, setiap pengalaman menawarkan keunikan dan keajaiban tersendiri.
Dengan pelbagai aktiviti dan tarikan, Sentosa membolehkan pengunjung menemui kegembiraan dan inspirasi dalam cara mereka sendiri, satu pengalaman yang pasti tidak mudah dilupakan.
The post Tarikan Sentosa & USS 2025, Dari Oceanarium ke Karpet Kuning Filem “Wicked For Good” appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/17/tarikan-sentosa-uss-2025-dari-oceanarium-ke-karpet-kuning-filem-wicked-for-good/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pos Malaysia Announces Official Partners For Pos Malaysia Run 2025

Pos Malaysia Announces Official Partners For Pos Malaysia Run 2025

papar berkaitan - pada 18/11/2025 - jumlah : 233 hits
Pos Malaysia Berhad the nation s leading postal and parcel service provider is proud to announce its official partners for Pos Malaysia Run 2025 Malaysia s premier community running event with the theme Jom Laju for Fun The event unites Mal...
Timor Leste Needs To Put Asean Membership To Good Use For Its Development

Timor Leste Needs To Put Asean Membership To Good Use For Its Development

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 217 hits
THE Malaysian government s hosting of the 47th ASEAN Summit has wowed both the domestic and international audience and the event which was attended by all ASEAN members delegates from many other countries will be a feather in the cap for Da...
Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good

Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 286 hits
Unlock the secret to a truly unforgettable dish What if I told you the key to this incredible flavor is something you probably already have This isn t just another healthy recipes for weight loss that taste good it s a culinary journey that...
Rm1 For A Giant Fresh Water Prawn Good Deal Or Nothing Special

Rm1 For A Giant Fresh Water Prawn Good Deal Or Nothing Special

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 231 hits
SEA food has always been a little pricey to those living far away from the coast Kuala Lumpur the capital city of Malaysia happens to be one such location Regardless that doesn t stop us seafood lovers from indulging once in a while even th...
Anwar Sets New Sabah Agenda For Next State Govt

Anwar Sets New Sabah Agenda For Next State Govt

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 251 hits
The Pakatan Harapan chairman says he does not want Sabah to remain plagued by corruption and abuse of power after the election on Nov 29 Pakatan Harapan chairman Anwar Ibrahim said PH continues to play an important role despite contesting f...
Four Men Arrested For Cable Theft In Taiping

Four Men Arrested For Cable Theft In Taiping

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 124 hits
The case is being investigated under Section 379 511 of the Penal Code and all suspects have been remanded for three days until Nov 17 to assist in the investigation FILE PICIPOH Police have arrested four men suspected of being involved in ...
Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

Khairy To Hit Sabah Campaign Trail For Old Friends Despite Uncertain Umno Return

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 242 hits
Khairy said today he accepted invitations and requests from former Umno Youth colleagues to help Barisan Nasional candidates campaign in Sabah File picture by KE OoiKUALA LUMPUR Nov 15 Although Khairy Jamaluddin s return to Umno remains unc...
Jadual Sukan Sea 2025 Team Malaysia

Krisis Ulasan Palsu Mengancam Kepercayaan Digital Di Malaysia

Pemahaman Dan Impak Penawaran Awam Permulaan Di Malaysia

Pu Rahmat Ikhsan Tular Di Aceh Momen Sebak Sukarelawan Malaysia Santuni Mangsa Banjir

Malaysia S Young App Creators Are Ready For The World

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Bentong

Lirik Lagu Aku Bukan Cinta Nyanyian Pasya

Uma Racing Stage 1 Malaysia Coil Plug Air Filter Iridium Spark Plug


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Gold Trade In Malaysia How To Sell Gold Bars Safely Smartly

Beli Bahan Tanaman Pokok

Ideas Beef Wellington Recipe With Mince

Dirgahayu Tuanku

Podcast Autisme Boleh Diubati Penemuan Mengejutkan Podcast Ppim 11 12 2025

Bufet Krismas Dan Tahun Baharu 2026 Pullman Klcc Hotel Residences