Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya


Tarif US Malaysia, Mulai 1 Ogos 2025 – Kadar & Impaknya
Terkini, langkah penguatkuasaan tarif bermula 1 Ogos 2025 diumumkan sebagai sebahagian daripada tindakan balas perdagangan oleh AS, yang memberi kesan kepada produk tertentu dari beberapa negara termasuk Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, Amerika Syarikat merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi negara kita. Oleh yang demikian, tarif yang dikenakan mempunyai impak yang sangat besar buat negara kita. 
Bagi mengetahui lebih lagi tentang tarif ini seperti jumlah tarif yang dikenakan dan kesannya ke atas ekonomi negara, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung artikel ini. 
Apa itu Tarif? Bagi anda yang tidak tahu makna tarif, ia merupakan cukai yang dikenakan oleh kerajaan sesebuah negara ke atas barang dan perkhidmatan yang diimport dari negara lain. 
Tarif ini boleh digunakan untuk meningkatkan pendapatan, mempengaruhi aliran perdagangan, atau melindungi industri domestik negara tersebut. Berikut merupakan beberapa sebab sesebuah negara itu mengenakan tarif.
Memelihara Perniagaan dan Pekerjaan Tempatan Melindungi Kepentingan Pengguna Domestik Melindungi Industri Baharu Menyediakan Keselamatan Negara Tindakan Balas Balas Tarif US Malaysia Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah mengumumkan kenaikan tarif ke atas semua produk import dari Malaysia.
Mulai 1 Ogos 2025, Amerika Syarikat akan mengenakan tarif import sebanyak 25 peratus ke atas semua produk dari Malaysia.
Kadar ini adalah lebih tinggi berbanding tarif awal sebanyak 24 peratus yang diumumkan pada April, dan pelaksanaannya telah ditangguhkan selama 90 hari untuk memberi ruang kepada rundingan antara kedua-dua negara.
Malaysia dikenakan kadar tetap 25 peratus, sama seperti Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan.
Negara lain seperti Afrika Selatan, Bosnia & Herzegovina, Serbia, Bangladesh, Kemboja, Thailand, Laos dan Myanmar pula dikenakan tarif lebih tinggi, sehingga 40 peratus.
Menurut Trump, langkah ini diambil untuk menangani ketidakseimbangan perdagangan yang didakwa berpunca daripada dasar tarif dan bukan tarif Malaysia yang dianggap tidak adil serta pelbagai halangan perdagangan.
Trump turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan balas dari Malaysia atau negara lain dengan menaikkan tarif terhadap produk AS akan menyebabkan tarif tambahan dikenakan ke atas produk mereka.
Rundingan antara Malaysia dan Amerika Syarikat masih diteruskan, dengan kerajaan Malaysia menegaskan pendirian bahawa sebarang tarif unilateral akan memberi kesan negatif kepada kedua-dua negara.
Tujuan utama rundingan ini adalah untuk melindungi kepentingan syarikat tempatan, pekerja, dan rakyat Malaysia.
MITI berusaha memastikan syarikat-syarikat Malaysia masih dapat bersaing dan peluang pekerjaan tidak terjejas teruk akibat dasar tarif baharu ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyatakan bahawa Malaysia berharap kadar tarif dapat dikurangkan dan hubungan perdagangan dengan AS dapat dikekalkan.
BACA JUGA: Kalkulator Bil Elektrik TNB – Semak Anggaran Tarif Baru 2025
Impak Tarif AS Malaysia 1. Kesan tertumpu kepada eksport:
Kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat memberi kesan utama kepada sektor eksport Malaysia.
Ini bermakna syarikat-syarikat Malaysia yang mengeksport produk ke AS akan menghadapi cabaran seperti peningkatan kos, kemungkinan penurunan permintaan, dan persaingan yang lebih sengit di pasaran antarabangsa.
2. Impak kepada pengguna diminimumkan:
Kerajaan sedang mengambil langkah-langkah mitigasi untuk memastikan impak tarif ini tidak memberi kesan besar kepada pengguna dalam negara.
Ini termasuk usaha menstabilkan harga barangan di pasaran tempatan, menyokong industri yang terjejas, serta memperluas pasaran eksport ke negara lain supaya ekonomi domestik kekal stabil.
Kesan Baik Kepada Ekonomi Malaysia 1.Peluang Pelaburan dan Pemindahan Rantaian Bekalan
Negara-negara yang terlibat dalam perang perdagangan AS-China seperti Malaysia berpotensi mendapat manfaat kerana pindahan kilang dan rantaian bekalan dari China, terutamanya dalam pengeluaran produk elektronik dan komponen yang biasanya dieksport ke AS.
2. Pertumbuhan Sektor Perkilangan
Malaysia mendapat manfaat daripada pembangunan sektor perkilangan kerana tarif yang dikenakan terhadap produk China membuka peluang untuk lebih banyak pengeluaran domestik di Malaysia.
3. Pasaran Eksport Meluas
Malaysia dapat mencari pasaran alternatif bagi produk-produk yang biasa dieksport ke AS, seperti komoditi, elektronik, dan produk pertanian. Ini memberi peluang untuk diversifikasi eksport ke pasaran-pasaran lain, terutamanya ASEAN dan Eropah.
Kesan Buruk US Malaysia 1.Kenaikan Kos Pengeluaran
Kenaikan tarif import oleh AS menyebabkan kenaikan kos bahan mentah untuk negara-negara yang bergantung kepada bahan import, termasuk Malaysia.
2. Gangguan Rantaian Bekalan
Tarif yang tinggi menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan global, mengakibatkan beberapa sektor di Malaysia terjejas kerana bahan mentah dan komponen yang diimport menjadi lebih mahal.
3. Ketidaktentuan Ekonomi dan Perdagangan
Malaysia mengalami ketidaktentuan dalam pasaran eksport, terutamanya ke China dan AS. Walaupun terdapat peluang baharu, permintaan untuk produk eksport tertentu seperti kelapa sawit dan komponen elektronik menjadi lebih tidak menentu akibat kesan perang perdagangan.
4. Risiko tarif tambahan
Malaysia, sebagai negara yang terlibat dalam perdagangan dengan China, menghadapi risiko peningkatan tarif oleh AS jika negara ini dianggap sebagai negara perantara atau “transshipment” untuk produk China, yang meningkatkan kos bagi eksport Malaysia.
Sumber: Berita Harian
Langkah Strategik Tangani Tarif Amerika Malaysia kini berada dalam fasa lanjutan rundingan dengan lebih 25 sesi libat urus bersama kementerian dan agensi dari Amerika Syarikat. Pendekatan strategik ini turut merangkumi tawaran komersial bernilai tinggi bagi mencapai penyelesaian yang adil, seimbang dan berpandangan jauh.
Usaha ini dilaksanakan bagi mengurangkan tekanan terhadap industri eksport serta mengekalkan kestabilan perdagangan dua hala dan ekonomi negara. Fokus rundingan kekal kepada melindungi kepentingan nasional dan memastikan hubungan dagangan terus kukuh dan mampan.



Sumber: Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tarif-us-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tarif-us-malaysia

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukai Perkhidmatan 2025 Kadar Perkhidmatan Yang Dicukai

Cukai Perkhidmatan 2025 Kadar Perkhidmatan Yang Dicukai

papar berkaitan - pada 14/7/2025 - jumlah : 144 hits
Berdasarkan Siaran Media Semakan Semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada 27 Jun 2025 terdapat pengumuman penting mengenai peluasan dan semakan semula skop Cukai Perkhidmatan Dalam semaka...
Benarkah Putaran Bumi Lebih Cepat Dan Dunia Akan Alami Hari Terpendek Pada Julai Ogos 2025

Benarkah Putaran Bumi Lebih Cepat Dan Dunia Akan Alami Hari Terpendek Pada Julai Ogos 2025

papar berkaitan - pada 6/7/2025 - jumlah : 234 hits
Benarkah putaran Bumi lebih cepat dan Dunia akan alami hari terpendek pada Julai Ogos 2025 Dalam masa terdekat ini umat manusia dijangka akan mengalami hari paling singkat yang pernah direkodkan oleh para saintis Putaran Bumi kini lebih laj...
Por Turun Bank Utama Malaysia Mula Turunkan Kadar Asas Pembiayaan

Por Turun Bank Utama Malaysia Mula Turunkan Kadar Asas Pembiayaan

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 174 hits
Kuala Lumpur Beberapa bank utama Malaysia menyemak semula kadar asas standard kadar asas dan kadar pembiayaan asas masing masing berikutan keputusan Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas daripada 3 00 p...
Kadar Opr Terkini 2025 Bnm Ambil Langkah Proaktif

Kadar Opr Terkini 2025 Bnm Ambil Langkah Proaktif

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 203 hits
Kadar OPR Terkini 2025 BNM Ambil Langkah Proaktif Untuk Sokong Ekonomi Bank Negara Malaysia baru sahaja membuat kejutan Pada 9 Julai 2025 BNM melalui Jawatankuasa Dasar Monetari mengumumkan penurunan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata a...
Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

Aktiviti Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk Gaza Ppim 16 07 2025

papar berkaitan - pada 16/7/2025 - jumlah : 170 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Taklimat Khas Himpunan Perdana Negara Solidariti Ummah Malaysia Bangkit Untuk GAZA anjuran Yayasan Amal Malaysia di WP Hotel Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur
Aeon Mall Superman 2025 Roadshow Seluruh Malaysia Pecah Rekod Mbor

Aeon Mall Superman 2025 Roadshow Seluruh Malaysia Pecah Rekod Mbor

papar berkaitan - pada 15/7/2025 - jumlah : 142 hits
Kalau orang cakap Superman hanya wujud kat filem nah 12 Julai lepas dah terbukti salah Tahniah sebab berjaya catat rekod Malaysian Book Of Records sebagai Largest Gathering in Superman Attire seramai 1 007 orang penuh mall dengan baju Super...
Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 248 hits
Keunggulan Kedah Fashion Week 2025 Sinari Ulang Tahun ke 10 Aman Central Dahulu hanyalah satu visi yang tampak berani dan mungkin mustahil kini Aman Central berdiri megah di tengah tengah Alor Setar melakar transformasi luar biasa yang meng...
Senarai Perkhidmatan Bank Dikenakan Cukai Sst 8 Mulai 1 Julai 2025

Senarai Perkhidmatan Bank Dikenakan Cukai Sst 8 Mulai 1 Julai 2025

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 311 hits
Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Oktober 2024 telah mengumumkan cadangan semakan semula kadar cukai jualan dan peluasan skop cukai perkhidmatan Oleh itu hasil kutipan dari SST akan disalurkan kembali kepada rakyat melal...
Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 217 hits
CAFA Nations Cup 2025 merupakan edisi kedua kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Central Asian Football Association Kejohanan ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara negara negara Asia Tengah melalui penganjuran pertandingan bo...
Influencer Cantik Mati Dikelar

Mengapa Nutrisi Amat Penting Bagi Anda

Uria Novita Kaba Dari Rantau Chord

Temuramah Eksklusif Profesor Madya Dr Maizah M Abdullah Ketua Penyelidik Malaysia Dalam Oceanx Mission 2024

Kemboja Akan Calonkan Trump Untuk Hadiah Nobel Keamanan

Gen Z Didn T Miss The Boat They Re Building A New One

Breaking News Renault Group Acquires A Former Nissan Manufacturing Facility In India

Subang Jaya Appoints Itmax Unit As Parking Operator For 10 Years


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

T20l24 Kedah Tagih Pengalaman Khairul Azman

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Bila Rasa Kita Saja Yang Betul

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus