Por Turun Bank Utama Malaysia Mula Turunkan Kadar Asas Pembiayaan





Kuala Lumpur: Beberapa bank utama Malaysia menyemak semula kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pembiayaan asas (BFR) masing-masing berikutan keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) daripada 3.00 peratus kepada 2.75 peratus semalam.
RHB Banking Group menurunkan kadar SBR, BR dan BFR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, 3.50 peratus dan 6.45 peratus setahun, berkuat kuasa hari ini.
Bank itu juga berkata kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank akan diselaraskan turun sebanyak 25 mata asas.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Bank Datuk Mohd Rashid Mohamad berkata pengurangan ini mencerminkan sokongan berterusan pihaknya terhadap usaha BNM untuk merangsang permintaan dalam negeri melalui dasar monetari yang akomodatif.
"Dengan mengurangkan kos pinjaman, kami membantu isi rumah dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengurus komitmen kewangan mereka dengan lebih baik sambil menggalakkan penggunaan dan pelaburan di tengah-tengah ketidaktentuan global semasa," katanya.
Sejajar dengan semakan itu, Affin Bank Bhd, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank berkata mereka akan menyemak semula kadar rujukan pinjaman dan pembiayaan masing-masing dengan pengurangan sebanyak 25 mata asas atau 0.25 peratus, berkuat kuasa pada 11 Julai.
Bank-bank berkenaan akan menurunkan kadar SBR, BR dan BFR masing-masing kepada 2.75 peratus, 3.70 peratus dan 6.56 peratus setahun.
Kadar deposit tetap Affin Bank dan kadar deposit berjangka-i Affin Islamic juga akan diselaraskan turun pada tarikh yang sama.
Sementara itu, Public Bank berkata pihaknya akan menurunkan kadar SBR, BR, BLR/ BRF, masing-masing sebanyak 0.25 peratus, berkuat kuasa 11 Julai 2025.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Dr Tay Ah Lek berkata SBR bank ialah 2.75 peratus seiring dengan OPR manakala BR akan dikurangkan kepada 3.27 peratus daripada 3.52 peratus dan BLR/BFR akan dikurangkan kepada 6.47 peratus daripada 6.72 peratus.
"Pada masa sama, kadar deposit tetap Public Bank juga akan diselaraskan menurun, berkuat kuasa pada tarikh yang sama," katanya.
Alliance Bank Malaysia Bhd dan Alliance Islamic Bank Bhd juga mengumumkan penurunan kadar SBR, BR, BLR/BFR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, 3.57 peratus dan 6.42 peratus setahun, berkuat kuasa 15 Julai, selaras dengan penurunan OPR oleh BNM.
"Sejajar dengan semakan itu, Alliance Bank dan Alliance Islamic Bank juga akan menurunkan kadar deposit tetap mereka pada tarikh yang sama," katanya.
Maybank juga akan menurunkan kadar BR dan BLR masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus dan 6.40 peratus setahun, berkuat kuasa pada 11 Julai, selaras dengan penurunan kadar OPR semalam.
Bank itu berkata kadar pembiayaan asas Islam akan diturunkan sebanyak 25 mata asas daripada 6.65 peratus kepada 6.40 peratus setahun.
Selaras dengan semakan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaraskan turun sebanyak 25 mata asas, berkuat kuasa pada hari yang sama.
Dalam pada itu, CIMB Bank Bhd (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Bhd (CIMB Islamic) akan melaksanakan pengurangan kadar sebanyak 25 mata asas bagi SBR dan Kadar Lembaga bagi Deposit Tetap/Akaun Pendapatan Pulangan Tetap-i berkuat kuasa 14 Julai ini.
Bank kedua terbesar di Malaysia dari segi aset itu berkata, langkah itu dilaksanakan berikutan keputusan menurunkan BNM menurunkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
"Semua kemudahan pembiayaan yang berdasarkan BLR dan BFR akan dikurangkan sebanyak 0.25 peratus," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


~ Bajonz Jambul ~
~ Bajonz Photography ~

**Klik Sini Pakej Fotografi Termurah dan Hebat**

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bajonzjambul.blogspot.com/2025/07/por-turun-bank-utama-malaysia-mula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Turun Anwar Rally A Call For Unity To Save Malaysia From Impending Crisis Of Sorts

Turun Anwar Rally A Call For Unity To Save Malaysia From Impending Crisis Of Sorts

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 188 hits
THE United Rights of Malaysian Party is calling on all Malaysians Malays Chinese Indians and all others who believe in justice and democracy to participate in the peaceful Turun Anwar rally which is a nationwide call for Prime Minister Datu...
Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

Tarif Us Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 211 hits
Tarif US Malaysia Mulai 1 Ogos 2025 Kadar Impaknya Terkini langkah penguatkuasaan tarif bermula 1 Ogos 2025 diumumkan sebagai sebahagian daripada tindakan balas perdagangan oleh AS yang memberi kesan kepada produk tertentu dari beberapa neg...
Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

Alliance Bank Lancar Filem Perniagaan Pertama Malaysia The Ultimate Elevator Pitch

papar berkaitan - pada 29/6/2025 - jumlah : 279 hits
Sempena World MSME Day Alliance Bank Malaysia Berhad melancarkan filem dokumentari penuh pertama Malaysia yang menampilkan perjalanan 13 usahawan dalam program BizSmart Challenge Accelerator Edition Filem ini akan ditayangkan secara eksklus...
Opr Turun Apa Maksudnya Untuk Anda Dan Ekonomi Malaysia

Opr Turun Apa Maksudnya Untuk Anda Dan Ekonomi Malaysia

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 180 hits
OPR turun buat pertama kali sejak Mei 2023 apabila Bank Negara Malaysia menurunkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2 75 dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari hari ini Penurunan ini bertujuan untuk menyokong pertumbu...
Sesuai Citarasa Saya Kali Ke 2 Datang Malaysia Tahun Ini Jay B Got7 Akui Suka Makan Nasi Lemak

Sesuai Citarasa Saya Kali Ke 2 Datang Malaysia Tahun Ini Jay B Got7 Akui Suka Makan Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 230 hits
Selepas April yang lalu Jay B GOT7 sekali lagi datang menemui peminat di Malaysia Artikel Berkaitan Pada 8 Julai Jay B telah tiba di Malaysia bagi menghadiri acara La Roche Posay yang diadakan di Mid Valley Kuala Lumpur Selepas menghadiri a...
Tablet Terbaik Bawah Rm500 Di Malaysia 2025 Bajet Tapi Power

Tablet Terbaik Bawah Rm500 Di Malaysia 2025 Bajet Tapi Power

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 252 hits
Tablet Terbaik Bawah RM500 di Malaysia 2025 Bajet Tapi Power Tak semua orang perlukan tablet mahal Jika anda sedang cari tablet murah bawah RM500 untuk kegunaan asas seperti kelas online YouTube atau kerja ringan artikel ini untuk anda Kami...
Artis Malaysia Berkahwin Atau Bertunang Sepanjang Tahun 2025

Artis Malaysia Berkahwin Atau Bertunang Sepanjang Tahun 2025

papar berkaitan - pada 8/7/2025 - jumlah : 247 hits
Tak sangka dah masuk Julai pejam celik pejam celik dah setengah tahun berlalu Sepanjang Januari sampai Jun 2025 ni ramai juga artis Malaysia yang dah selamat bertunang atau naik pelamin Tahniah buat semua Yang dah kahwin tu semoga bahagia s...
Tengku Zafrul Mocked For His White House Jog After Us Slaps Malaysia With 1 Additional Tariff

Tengku Zafrul Mocked For His White House Jog After Us Slaps Malaysia With 1 Additional Tariff

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 189 hits
CONGRATULATIONS YB Tengku Zafrul Got a luxurious visit finished jogging next to the White House but the outcome Truly sad penned Malaysian Indian People Party national youth chief Justin Prabakaran Kalaichelvam on his Facebook page At the e...
Malaysia Leads Call For Asean To Admit Timor Leste

Malaysia Leads Call For Asean To Admit Timor Leste

papar berkaitan - pada 9/7/2025 - jumlah : 139 hits
BERNAMA PICMalaysia leads call for Asean to admit Timor LesteIylia Marsya Iskandar Nor Ain Mohamed Radhi Qistina SallehuddinKUALA LUMPUR Malaysia as Asean chairman has asked all member states to support Timor Leste s accession into the bloc...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Mentors For Startup Business Owners

Warga Asing Tanam Mayat Kawan Di Tapak Lupus Sampah Ditahan Polis

Elakkan Salah Pasang Ini Antara Kesalahan Selalu Berlaku Bila Gantung Jalur Gemilang

Template Buku Program Hari Kebangsaan 2025

Rediscovering Intimacy Through Aroma And Vapor A Deep Dive Into Vapordisiacs


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bihun Goreng Kampung

Eda Ezrin Nur Aida Selesai Ambil Keterangan Lebih 3 Jam

Bubur Lambuk Segera Brahims Mudah Cepat Sedap

Sentuhan Moden Pada Kuih Tradisional Resipi Warisan Yang Berjiwa Kontemporari

Larian Yang Tak Perlu Diketahui Dunia

Pasaran As Dalam Pergerakan Mencapai Paras Tertinggi Sepanjang Masa Fokus Kepada Perang Dagangan