Tarif Trump Pengeluar Sarung Tangan Malaysia Terima Manfaat


 

Pengeluar sarung tangan Malaysia masih mencatatkan prestasi positif daripada pengumuman Trump. Foto arkib
KUALA LUMPUR, 4 Apr – Pengeluar sarung tangan Malaysia adalah antara yang mencatatkan keuntungan tertinggi apabila perbezaan tarif Amerika Syarikat (AS) semakin melebar antara eksport Malaysia dan China ke AS, dengan kadar tarif masing-masing sebanyak 24 peratus dan sekurang-kurangnya 54 peratus.
Saham Hartalega meningkat 19 sen kepada RM2.05, Kossan Rubber melonjak 16 sen kepada RM1.80, Supermax naik 8.0 sen kepada RM11.19, dan Top Glove naik enam sen kepada 86.5 sen.
Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik yang meluas dan menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan tarif sebanyak 24 peratus dan tambahan 34 peratus, masing-masing ke atas barangan import dari Malaysia dan China, yang berkuat kuasa pada 9 April.

Tarif tambahan sebanyak 34 peratus ke atas China adalah melebihi daripada 20 peratus yang dikenakan sebelumnya, menjadikan jumlah levi baharu itu kepada 54 peratus.
Bagi Thailand dan Indonesia, negara itu masing-masing dikenakan tarif timbal balik sebanyak 36 peratus dan 32 peratus yang bakal memberi kesan kepada pengeluar sarung tangan di negara-negara berkenaan.
“Kami neutral ke arah positif terhadap perkembangan terbaharu ini, kerana secara keseluruhannya, pengeluar sarung tangan Malaysia masih mencatatkan prestasi positif. Memandangkan tarif lebih daripada 100 peratus yang dikenakan ke atas sarung tangan perubatan China pada 2025-2026, jurang harga antara pengeluar Malaysia dan China untuk eksport ke AS masih besar.
“Sehubungan itu, tidak seharusnya ada perubahan terhadap landskap industri semasa untuk pasaran AS,” kata Kenanga Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya pada Khamis.

Bank pelaburan itu berkata, tarif tambahan sebanyak 34 peratus yang dikenakan ke atas China adalah sebagai tambahan kepada 60 peratus yang sedang dikenakan ke atas eksport sarung tangan getah bagi perubatan dan pembedahan China ke AS.
Ia berkata, kesannya adalah positif untuk Malaysia kerana sebarang kehilangan volum di pasaran bukan AS dapat diimbangi dengan permintaan yang lebih tinggi dari AS memandangkan AS dari segi sejarah menyumbang sebanyak 35 peratus hingga 40 peratus daripada jumlah volum sarung tangan Malaysia.
“Kami percaya memandangkan ketegangan geopolitik semasa antara AS dan China serta kenaikan tarif ini, pembeli Amerika lebih cenderung untuk tidak mendapatkan bekalan mereka dari China.
“Beberapa pembeli mula mengalihkan pembelian mereka ke Malaysia sebagai strategi pengurusan risiko, yang berpotensi memberi manfaat kepada pemain-pemain industri Malaysia termasuk Hartalega, Kossan Rubber, Top Glove dan Supermax,” tambahnya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/04/tarif-trump-pengeluar-sarung-tangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

Hiburan Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 185 hits
Kejutan tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donold Trump boleh menyebabkan sehingga 50 000 kehilangan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung yang sebahagian besarnya akan menjejaskan kawasan seperti Pulau Pinang Johor ...
Ini Anggaran Harga Iphone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump

Ini Anggaran Harga Iphone 16 Pro Di Malaysia Selepas Tarif Trump

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 157 hits
Baru baru ini Pentadbiran Tump telah membuat pengenalan tarif baharu Disebabkan itu ia juga berpotensi merencatkan strategi syarikat Apple Terdahulu Apple telah pun berdepan dengan tarif sebanyak 20 di China Dengan pengenalan tarif balas ba...
Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

Trump Kenakan Tarif Malaysia Mungkin Kehilangan 50 000 Pekerjaan

papar berkaitan - pada 6/4/2025 - jumlah : 101 hits
Kejutan tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donold Trump boleh menyebabkan sehingga 50 000 kehilangan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung yang sebahagian besarnya akan menjejaskan kawasan seperti Pulau Pinang Johor ...
Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

Tarif Trump Penerangan Kesan Ke Atas Malaysia

papar berkaitan - pada 7/4/2025 - jumlah : 228 hits
Pada 2 April 2025 yang lepas President Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah memperkenalkan tarif baharu ke atas hampir ke semua rakan dagang negara tersebut termasuklah negara kita Malaysia Untuk pengetahuan anda Amerika Syarikat merup...
Apa Kesan Tarif Trump Terhadap Malaysia

Apa Kesan Tarif Trump Terhadap Malaysia

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 145 hits
Adrian Lim Chee AnnIni penjelasan paling ringkas tanpa istilah istilah bombastik untuk orang ramai faham Tarif merupakan cukai yg dikenakan oleh sesebuah kerajaan terhadap barangan import Lazimnya langkah ini dibuat untuk memahalkan baranga...
Rakyat Malaysia Diseru Aktifkan Kempen Beli Barangan Malaysia Sebagai Respon Tarif Trump

Rakyat Malaysia Diseru Aktifkan Kempen Beli Barangan Malaysia Sebagai Respon Tarif Trump

papar berkaitan - pada 4/4/2025 - jumlah : 163 hits
SITI NUR ZAWANIApril 4 2025Rakyat Malaysia diseru mempergiat kembali kempen Beli Barangan Buatan Malaysia untuk menyokong ekonomi tempatan bagi mengimbangi kesan ekonomi susulan tindakan Amerika Syarikat yang mengenakan tarif 24 peratus ke ...
Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx

Malaysia Akan Hantar Pegawai Ke Washington Bincang Soal Tarif Trump Pmx

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 200 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Malaysia akan menghantar pegawai ke Washington bagi memulakan rundingan dengan Amerika Syarikat berkenaan tarif balas sebanyak 24 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia Memetik l...
Heads Up Kl Selangor Asean Summit Means Temporary Home Based Learning For Some Schools

Lantikan Politik Dr Akmal Bersyukur Pm Anwar Kini Faham Apa Yang Dilakukan Bn

Berbuat Baiklah Kerana Ia Juga Untuk Dirimu Sendiri

How To Turn Your Child Into A Consistent Learner During The School Year

Mas Khan Qi Razali Selamat Bergelar Suami Hari Ini

Karina Kot Siapa Taknak Tular Video Peminat Bawa Lari Standee Karina Aespa Di Mid Valley Kl

Peria Sayur Pahit Yang Kaya Dengan Pelbagai Khasiat

Milosuam Dah Kenapa Nepotisme Bukan Salah Kalau Ada Merit Teruk Kena Kecam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lindungi Anak Anda 5 Penyakit Yang Boleh Jadi Mimpi Ngeri

Mee Rebus Johor

Pkr Ke Mana Hilangnya 60 Peratus Undi Di Persimpangan Jalan Atau Parti Yang Kehilangan Haluan

Usaha Bersama Asean Dalam Membangun Ekosistem Digital Yang Selamat

The Mysterious Yonaguni Monument Japan S Underwater Enigma

Manhunt Launched After 4 Abduct Goldsmith In Tumpat