Pembunuhan Kadet Zulfarhan Ada Apa Di Sebalik Semua Ini




Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan

By

 Rom Nain

-

 23 Nov 2021

 




Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Penantian empat tahun lamanya bagi keputusan mahkamah berkenaan pembunuhan kadet Universiti Pertahanan Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain akhirnya selesai.

Hukuman penjara 18 tahun dikenakan kepada enam tertuduh yang mengakibatkan kematian serta hukuman tiga tahun penjara kepada 12 tertuduh yang lain yang mengakibatkan kecederaan teruk diterima dengan reaksi bercampur-baur – yang bolehlah kita fahami dengan melihat kepada keadaan serta sifat kesnya ini.

Pejabat Peguam Negara mengumumkan bahawa ia akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi serta akan mengembalikan pendakwaan awal melibatkan tuduhan pembunuhan terhadap enam pelajar di bawah Seksyen 2 Kanun Keseksaan.

Oleh itu, proses perundangan masih berjalan dan ia sepatutnya tidak dispekulasikan secara lanjut.

Apa yang perlu kita ambil kisah sebenarnya adalah keadaan lain yang menyelubungi kes pembunuhan ini, khususnya berkaitan keselamatan serta kesucian kampus universiti di Malaysia serta kakitangan dan pelajarnya.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter

·         Become an Aliran member

Benar, bagaimana dan mengapa jenayah sebegini terjadi di sebuah ruang yang sepatutnya dikelilingi orang yang berdisiplin tinggi serta keadaan yang terkawal sungguh mengelirukan dan menggusarkan.

Perkara ini perlu dijelaskan bagi memastikan kita dapat mengelak peristiwa tragik sebegini dari berulang. Apa yang dilalui oleh kadet muda ini jangan pernah diulang, tidak kiralah di UPNM atau di tempat lain.

Meneliti peristiwa yang berlaku serta persoalan yang timbul, beberapa perkara ini perlu kita perhalusi:

·         Peristiwa tragik yang mengakibatkan kematian Zulfarhan berlaku di dalam UPNM di bawah seliaan mereka. Ia sesuatu yang memelikkan saatnya keseluruhan peristiwa ini – yang berlaku beberapa hari – tidak mendapat perhatian warden bertugas serta pelajar lain yang berada di asrama

·         Dengan status UPNM sebagai universiti ketenteraan di bawah Kementerian Pertahanan, apakah ia tidak mempunyai laporan serta prosedur keluar-masuk kampus yang ketat? Jika begitu, mengapa kita dapat mendapat tahu bahawa kadet ini dapat keluar masuk kampus dan bahkan berada semalaman di luar kampus sekali gus membuatkan kita tertanya-tanya, adakah (a) peraturan ini wujud dan jika begitu, (b) adakah peraturan dan prosedur ini – dijalankan dan dikuatkuasakan oleh universiti?

·         Seperti universiti awam dan swasta lainnya, UPNM pastinya mempunyai polisi kedatangan yang ketat bagi kelas akademiknya, bukan. Bagaimana ketidakhadiran kadetnya yang begitu lama tidak disedari pensyarah sekali gus mengakibatkan persoalan berkaitan dengan penguatkuasaan serta pelaksanaan polisi ini



READ MORE:  Post-colonial universities in the service of autocratic states

 

Berdasarkan ulasannya terhadap laporan ini yang ditulis oleh Ffree Malaysia Today pada 18 Jun 2017, Menteri Pertahanan ketika itu, Hishamuddin Hussein, menyatakan bahawa peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada UPNM serta tentera, dan sepatutnya tidak lagi diulangi.

Di dalam kenyataan sama, beliau mengumumkan bahawa Kementerian Pertahanan akan “melihat kepada keperluan untuk menilai semula sistem sedia ada di UPNM”.

Beliau juga dipetik dengan berkata, “Saya serius. Saya mahu melihat UPNM dan pusat latihan ketenteraan kita bertanggungjawab (atas kematian Zulfarhan)…. Mereka (UPNM) tidak boleh cuci tangan ke atas kes ini, dan kematian pelajar ini takkan sia-sia.”

Kini, saatnya semua sudah selesai dengan kes tragik ini, inilah masanya bagi menteri pertahanan untuk kembali menilai janjinya serta kembali melihat kepada akar isunya ini.

Tidak disangkal lagi bahawa kedua-dua tenaga pengajar serta wakil tentera di universiti ini wajib menjawab beberapa persoalan – jawapan yang patut mereka ada selepas renungan selama empat tahun lamanya ini.

Di dalam penghujahannya bagi menolak permintaan peguambela bagi memohon hukuman yang lebih ringan, timbalan pendakwaraya menyatakan bahawa kadet yang dituduh mempunyai peluang untuk menghentikan penyeksaan namun tidak melakukannya. Beliau mengatakan bahawa pengaruh budaya di universiti itulah sebagai punca.

Beliau dipetik berkata, “Saya ingin menyebut tentang budaya seperti yang dinyatakan oleh semua yang tertuduh. Adakah kita mahu mendukung budaya sebegini, adakah kita mendukung kadet yang sebegini yang kemudian akan menjadi askar, bagi melindungi negara kita?”

Aspek budaya, persekitaran yang menyelubungi tindakan sebegini perlu disiasat.

Jelas, sebuah inkuiri bebas, yang perlu ditubuhkan bersama oleh Kementerian Pertahanan serta Kementerian Pelajaran Tinggi, perlu dilakukan bagi menjalankan tugas tersebut.



READ MORE:  Higher education in Malaysia: The way forward

 

Dengan hanya memberi hukuman kepada 18 kadet yang tertuduh di atas kesalahan yang mereka lakukan ini hanyalah seakan menutup pengakhiran tragis kepada gejala yang lebih merbahaya. Akar puncanya, tidak kiralah di dalam budaya mahupun pentadbiran, perlu diteliti dan diubati pada tempatnya.

Bagi memetik hero Perang Dunia Kedua Field Marshall William Slim, di dalam perang “tidak ada tentera yang jahat, hanya pegawai yang jahat”.

Barangkali inilah waktunya untuk kita mengetahui siapa pegawai jahat yang bertanggungjawab mengacu kadet yang buruk ini dalam usaha menggantikan mereka dan budaya yang didukung dengan pemimpin yang lebih manusiawi.

Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan – bukannya keganasan, kebencian, atau perasan macho yang cukup toksik serta membodohkan.

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
16 November 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/pembunuhan-kadet-zulfarhan-ada-apa-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Semua Kena Tanggung Kerana Dia Buat Hutang Www Zunar My

Kita Semua Kena Tanggung Kerana Dia Buat Hutang Www Zunar My

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 205 hits
Kita Semua Kena Tanggung Hutang kerana Dia Buat Hutang Please Share More www zunar my
Di Hapuskan Gst Di Beri Tax Holiday 3 Bulan Sampai Negara Hilang Pendapatan Ni Semua Kerja Dap Tok Mat Hassan

Di Hapuskan Gst Di Beri Tax Holiday 3 Bulan Sampai Negara Hilang Pendapatan Ni Semua Kerja Dap Tok Mat Hassan

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 269 hits
Demi hendak bantu puak mereka dari membayar cukai kepada kerajaan supaya duit duit cukai itu boleh disalurkan kepada DAP maka DAP telah menghapuskan GST Setelah hapuskan GST mereka kenakan SST yang tidak telus 16 dan 4 cukai baru Tapi sebel...
Bukan Mudah Puaskan Hati Semua Orang Bella Astillah Akui Dirinya Dalam Proses Mendekati Agama Secara Lebih Dalam

Bukan Mudah Puaskan Hati Semua Orang Bella Astillah Akui Dirinya Dalam Proses Mendekati Agama Secara Lebih Dalam

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 227 hits
PETALING JAYA Selari dengan perubahan positif suaminya Aliff Aziz pelakon dan penyanyi Bella Astillah juga dalam proses untuk mendekati agama secara lebih mendalam
Langkah Proaktif Buat Semua Calon

Langkah Proaktif Buat Semua Calon

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 186 hits
BH ONLINE Bendera parti bertanding memenuhi setiap ceruk kawasan menjelang PRN Melaka 20 November ini NSTP ASYRAF HAMZAH MELAKA Satu langkah berani proaktif dan tepat pada masanya Demikian reaksi rata rata calon apabila diminta mengulas pen...
Bukit Aman Gerakkan Semua Pasukan Pemantau Sop

Bukit Aman Gerakkan Semua Pasukan Pemantau Sop

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia akan menggerakkan semua Pasukan Pemantauan Pematuhan prosedur operasi standard Pelan Pemulihan Negara susulan kadar kebolehjangkitan COVID 19 yang meningkat Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ke...
Semua Ppv Bahagian Miri Ditutup Mulai Isnin

Semua Ppv Bahagian Miri Ditutup Mulai Isnin

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 265 hits
Individu yang belum mendapatkan vaksin atau ingin mendapatkan dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terlibat kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri MIRI Kesemua pusat pemberian vaksin di Bahagian Miri akan ditutup sec...
Mahu Tenangkan Anak Shah Rukh Khan Henti Semua Penggambaran Bimbang Keadaan Aryan Masih Tr4uma Duduk Penj4ra

Mahu Tenangkan Anak Shah Rukh Khan Henti Semua Penggambaran Bimbang Keadaan Aryan Masih Tr4uma Duduk Penj4ra

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 159 hits
PELAKON Bollywood Shah Rukh Khan mengambil keputusan untuk menghentikan semua penggambaran yang melibatkan dirinya sejak anaknya Aryan Khan kembali pulang ke rumah Memetik laporan anak bintang tersebut masih berada dalam keadaan tr4uma seme...
Rahsia Dan Kebaikan Disebalik Surah Al Fatihah Yang Mungkin Tidak Diketahui Oleh Kita Semua

Rahsia Dan Kebaikan Disebalik Surah Al Fatihah Yang Mungkin Tidak Diketahui Oleh Kita Semua

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 439 hits
1 AL FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur Suami dan anak anak akan mengingati kita selalu Begitu juga bagi suami 2 AL FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian Melepas kan rasa sakit dalaman 3 AL FATIHAH Baca 7 kali...
Gaya Hidup Pengasas Sendayu Tinggi Bakal Buat Anda Semua Tergamam

Gaya Hidup Pengasas Sendayu Tinggi Bakal Buat Anda Semua Tergamam

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 140 hits
Anda pasti kenal dengan pengasas Sendayu Tinggi ini yang pernah muncul dalam iklan produk tersebut Kisah benar pendedahan gaya hidup Pengasas Sendayu Tinggi Pengasas Sendayu Tinggi Puan Rozita Ibrahim Semasa berbual bual dengan beliau tempo...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Cat888 1 2024

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun