Tapi Menteri Komunikasi Tu Tak Ada Adea Untuk Nak Bantu Boss Dia Lambat Dan Lembab Untuk Bertindak


 




RASANYA TIBA MASA ANWAR PERLU DIMUNCULKAN MELALUI  SLOT KHAS TV PERJELAS KEJATUHAN RINGGIT 


Isu kejatuhan ringgit terus hangat diperkatakan di merata-rata dan nampaknya makin ramai yang berminat untuk turut membicarakannya.


Sama ada yang faham, yang separuh faham, yang buat-buat faham, yang tidak berapa faham atau yang tak faham langsung, masing-masing cuba tampil dengan hujah masing-masing.


Tetapi, dapatan di media sosial secara keseluruhannya, boleh dikatakan ebih 90 peratus netizen sedang seronok menyalahkan kerajaan atas kejatuhan ringgit yang sedang berlaku sekarang ini.


Selain yang membela dan mempertahankan kerajaan terlalu sedikit, ramai pula yang memilih berdiam dirindan hanya menulis atau bercakap tentang isu-isu yang lain.


Lebih seronok trend menyalahkan Anwar Ibrahim dalam isu ialah kerana nilai 4.80 yang dicecah ketika ini pernah menyamai kadar yang pernah berlaku pada 1998 dahulu.


Ketika 1998 itu Anwar adalah Menteri Kewwngan dan ketika ini pula beliau merupakan Perdana Menteri + Menteri Kewangan.


Jadi, sudah tentu amat menarik sekarang ini untuk menghenyak tentang kejatuhan ringgi dan hubung-kaitnya dengan Anwar.


Ditambah lagi, di waktu yang sama dimunculkan pula video-video lama mengandungi petikan ucapan Anwar ketika berada sebagai pembangkang sebelum ini yang didapati banyak sekali menghentam kerajaan setiap kali berlaku kejatuhan nilai ringgit.


Dengan itu, respon Anwar ketika kuasa sudah ada dalam genggamannya kini pastilah amat-amat dirindui.


Anwar pula menjadikan semua orang lebih rindu dendam lagi kerana tiba-tiba menolak untuk memberi komen mengenai kejatuhan ringgit yang sedang berlaku tika ini.


Kalaulah waktu ini ringgit sedang mengukuh, pastilah bercahaya-cahaya wajah Anwar melontarkan ulasannya.


Kata beliau semalam, Gabenor Bank Negara akan memberi penjelasan berkaitan hal itu.


Malangnya, meskipun setelah Gabenor Bank Negara memberi penjelasan dengan menyatakan kejatuhan ringgit tidak menjejaskan prospek ekonomi negara kerana pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya lebih didorong oleh peningkatan dalam permintaan luar dan perbelanjaan domestik yang kukuh, penjelasan beliau seolah-olah tiada nilai, lalu tidak dipedulikan.


Hampir tiada yang mengulas atau menyebarluaskan penjelasan Gabenor Bank Negara itu bagi menjernihkan suasana.


Sehingga sekarang ini, kecenderungan menyalah dan mengasak kerajaan masih berterusan tanpa diketahui bila titik kesudahannya.


Kalau esok lusa ringgit jatuh lagi, pastilah lebih ganas asakan-asakan yang mendatang.


Dalam keadaan itu, terlebih malang lagi kerana pihak kerajaan sendiri, menteri-menteri, pemimpin-pemimpin parti yang mendukung kerajaan, jentera komunikasi serta media pro kerajaan, sama ada yang dibayar gaji atau upah dalam bentuk lain, turut senyap sunyi seolah-olah pengsan mati.


Ehhh….sampainya hati mereka membiarkan Anwar selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan semacam bersendirian dibelasah kiri dan kanan oleh netizen.


Lalu, apa penyelesaian yang sepatutnya dilakukan?


Takkan nak dibiarkan berhari-hari dan berbulan lagi kerajaan madani dan Anwar dikecam oleh rakyatnya sendiri?


Dalam hal ini, saya tidak nampak ada cara lain melainkan Anwar sendiri selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan atau dalam erti kata lain – di tangan kanan dan di tangan kirinyalah terletak bagaimana negara ini diuruskan – harus segera tampil secara terbuka memberi penjelasan kepada rakyat jelata yang sedang dirundung duka.


Meskipun rakyat tak beli nasi lemak atau berbelanja di pasar menggunakan dollar Amerika, tetapi mereka sedar bila ringgit jatuh, harga bawang automatik lebih mahal daripada biasa.


Maka itu, elok dalam sehari dua dapat dimunculkan satu slot khas di mana Anwar tampil secara langsung ke seluruh pelusuk negara melalui siaran televisyen untuk memberi penjelasan dan menjernihkan keyakinan rakyat berkaitan kejatuhan ringgit yang sedang berlaku sekarang ini.


Pasukan komunikasi di PMO dan Kementerian Komunikasi dengan segala macam kemudahan yang ada di bawahnya pula bertanggungjawab meneliti semua keluhan dan resah gelisah untuk di pelbagai saluran media sosial yang kemudian semua itu perlu diberi penjelasan oleh Anwar melalui slot khas berkenaan.


Barangkali ini boleh meredakan suhu gelisah rakyat daripada terus berpanjangan, lagi pun tiada selain Anwar sebagai sosok yang paling berwibawa untuk muncul berhadapan dengan rakyat dalam isu jatuhnya ringgit ini. – ShahbudinHusin 21/02/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/02/21/rasanya-ada-kewajaran-untuk-anwar-segera-dimunculkan-melalui-slot-khas-tv-perjelas-kejatuhan-ringgit.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/02/tapi-menteri-komunikasi-tu-tak-ada-adea.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jentera Komunikasi Ok Menteri Kena Tukar

Jentera Komunikasi Ok Menteri Kena Tukar

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 160 hits
Hari ini hadir menyempurnakan penutupan Permukiman Setiausaha Akhbar dan Ketua Unit Komunikasi Korporat yang menjadi kesinambungan daripada Permukiman Jemaah Menteri bulan lalu Saya letakkan jangkaan amat tinggi terhadap prestasi dan gerak ...
Walaun Kalau Tak Buat Gempaq Bukan Dia Punya Nak Troll Tapi Tak Habis Kaji Dan Malas Baca Selidik

Walaun Kalau Tak Buat Gempaq Bukan Dia Punya Nak Troll Tapi Tak Habis Kaji Dan Malas Baca Selidik

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 211 hits
Aku jumpa posting ni yang bising untuk bulan ini Sebenarnya bill aku pun naik melambung juga Aku aku pun buka apps nak tengok bil aku Rupanya bill dalam app tak sama dengan bil kertas ini yang aku termampu nak Tapi ini pun dah cukup nak tun...
Banyak Masalah Air Lambat Masa Nak Mandi Terutamanya Waktu Puncak Pagi Pagi Nak

Banyak Masalah Air Lambat Masa Nak Mandi Terutamanya Waktu Puncak Pagi Pagi Nak

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 222 hits
Ramai ada masalah air slow time nak mandi Lagi2 kalau time peak pagi time nak kerja dgn petang lepas balik kerja Pump ni boleh setelkan masalah korang Lepas pasang terus laju air shower Nak mandi pun dah tak stress Tengok video dekat ruang ...
Menteri Komuikasi Fahmi Fadzil Turun Padang Bantu Isteri Arwah Pak Jabit Di Temerloh

Menteri Komuikasi Fahmi Fadzil Turun Padang Bantu Isteri Arwah Pak Jabit Di Temerloh

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 196 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan MADANI sedang berusaha menambah baik skim perlindungan bagi melindungi dan meningkatkan kebajikan golongan seniman serta ahli keluarga mereka Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi laman Facebook berkata usaha menamb...
Bukan Nak Back Up Tapi Umie Aida Beri Ulasan Mengenai Isu Anak Abby Abadi Dan Norman Hakim

Bukan Nak Back Up Tapi Umie Aida Beri Ulasan Mengenai Isu Anak Abby Abadi Dan Norman Hakim

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 135 hits
Pelakon versatil Datin Umie Aida baru baru ada memberi ulasan mengenai isu kontroversi membabitkan anak perempuan kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim Memetik Gempak meskipun dia tidak memberikan sebarang 8216 hint 8217 tentang isu ya...
Suka Makan Tapi Tak Reti Siang Ini Tips Penting Nak Pastikan Ikan Pari Tak Berbau

Suka Makan Tapi Tak Reti Siang Ini Tips Penting Nak Pastikan Ikan Pari Tak Berbau

papar berkaitan - pada 13/2/2024 - jumlah : 181 hits
Bagi peminat ikan pari mesti kebanyakan beli yang dah siap potong kecil di pasar raya tapi senang sahaja rupanya nak siang ikan ni Mungkin agak rumit jika dibandingkan dengan ikan biasa tapi kalau dah selalu siang dengan teknik betul boleh ...
Cubaan Walaun Nak Perangkap Aku Tapi Silap Orang

Cubaan Walaun Nak Perangkap Aku Tapi Silap Orang

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 148 hits
CUBAAN TUNJUK PANDAI TETAPI TERBUKTI KEBODOHAN SENDIRI Mula dia kata aku tunjuk pandai bila aku buat posting tentang Dusuki yang mengarut kata undang undang takzir Kelantan tu sebagai hukum Allah Jadi aku tanya dia bahagian mana yang aku tu...
Nak Nyanyi Sekali Tapi Go Kyungpyo Dedah Sebab Pelakon Biasanya Nampak Bosan Di Majlis Anugerah

Nak Nyanyi Sekali Tapi Go Kyungpyo Dedah Sebab Pelakon Biasanya Nampak Bosan Di Majlis Anugerah

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 168 hits
Peminat pastinya akan sentiasa ternanti nanti persembahan di majlis anugerah yang biasanya berlangsung pada hujung tahun ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 22 Februari Go Kyung pyo telah muncul sebagai tetamu dalam episod pertama program Junggi...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization