Tapau Shawarma Mahgoub


 Assalamualaikum WBT 




TARIKH pada gambar, 24 Julai 2024 (Rabu). Tak ingatlah apa punca Iman ikut Sk ke pejabat hari tu, hahaha. Oh oh.. dah ingat. Iman ikut Sk ke pejabat, kemudian dia balik ke kolej sebab nak ambil sebahagian lagi barang-barang di kolej kerana cuti akhir semester yang mana pelajar yang terlibat perlu mengosongkan bilik asrama. Semester depan, Iman akan bertukar kolej kediaman, insyaAllah, Iman masih duduk dalam kampus




Petang tu, Iman jemput Sk balik. Sk ajak Iman pergi Restoran Mahgoub yang baharu dibuka di Nong Chik Riverside. Restoran Mahgoub ni konsepnya adalah restoran makanan segera (Fast Food). Menu-menu yang ditawarkan sama seperti kiosknya yang berhampiran dengan Hospital Sultanah Aminah juga iaitu shawarma. Kini, selain shawarma, RM juga menawarkan menu burger dan ayam goreng


Terdapat dua pilihan inti shawarma iaitu daging lembu dan daging ayam. Kemudian boleh pilih lagi, nak yang special, cheese atau original. Kami ambil special yang mana ada kentang goreng dalam balutan shawarma tu padahal side dish pun dah ada kentang goreng, apo makan kentang banyak-banyak, badan pun dah rupa kentang, hahaha

(Yang dalam gambar baju sukan sekolah biru tu, bukan Iman tau, tapi macam Iman masa sekolah-sekolah dulu, haha)



Besar dan luas restorannya. Masa kami datang ni agak lengang, mungkin waktu orang pulang kerja. Pernah Sk lalu depan ni tengahari dan malam, boleh tahan juga ramai




Tapi, Pak Inche kata, dia belum makan nasi pulak. Sebelum sampai rumah singgah dulu Restoran Tomyam Permit, tapau nasi daging merah sebungkus. PI makan nasi dulu, malam sikit baru dia makan shawarma, tapi tak habis, besar sangat dia kata. Memanglah, dah lepas makan nasi, mana mahunya nak masuk shawarma lagi dah. Yang lagi separuh tu, lusanya kot, Sk bawa pergi office buat sarapan. Biasalah, kan.. kita kan sub-Majlis Bandaraya




Eh eh.. sorry.. lupa camera eat first. Dah makan hampir separuh baru teringat belum ambil gambar lagi, hehehehe


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2024/09/tapau-shawarma-mahgoub.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Arab Dan Shawarma Di Restoran Darsa Nasi Arab Rawang

Nasi Arab Dan Shawarma Di Restoran Darsa Nasi Arab Rawang

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 426 hits
nbsp Sebelum ni kan kak ana ada kongsikan review kak ana pii makan ayam goreng Darsa Fried Chicken di entri nbsp SINI nbsp Masa tu kak ana pii berdua dengan suami ajer Adik Ika pula teringin nak makan ayam goreng DFC pula Kena la pi sekali ...
Sheraton Kota Kinabalu Sabah S Newest Luxury Landmark Opens

Anak Dara Ke Janda Baik

Kotak Kurma Custom Untuk Ramadan 2026 Tingkatkan Nilai Produk

Kereta Parkir Halang Laluan Treler Empat Kenderaan Rosak Di R R Ayer Keroh

Lepak Makan Di Syed Bistro Seksyen 3 Shah Alam

Rpm2026 Guru Malaysia Rekod Peribadi Fail Pengurusan Sekolah Lengkap

Anggota Komando Pulpak Cedera Semasa Aktiviti Payung Terjun Di Pantai Klebang

Hukum Menipu Untuk Menutup Aib Sendiri


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Realiti Suami Curang Yang Ramai Tak Berani Buka

Balik Kampung Cuti Sekolah

Hadits Arbain Nawawi Ke 18 Taqwa Dan Akhlak Mulia

Kenali Silkscreen Printing Untuk Botol Rahsia Cetakan Tahan Lama Elegan

Kicap Mee Sedap Dan Mudah

Penghargaan Cemerlang Skuad Futsal Harimau Malaya Terima Hadiah Tempat Ketiga