Tapau Murtabak Majid Special Cheese No 1
Assalamualaikum WBT
SEMALAM, Iman kata, nak makan Murtabak Cheese. Boleh tak bonda beli Murtabak Cheese Kampung Kurnia tu, lama tak makan.
Bolehhhhhh!
Pukul 3.30 Sk keluar ke Kampung Kurnia, jaraknya 10 minit dari pejabat. Macam biasa, dorang memang dah standby murtabak yang dah siap bungkus. Ni nanti kalau waktu balik berebut, kan.. jadi, kita pergi awal sikit. Pun dah habis rupanya Murtabak Daging Cheese. Yang tinggal kambing dan ayam
Ada tiga perisa inti iaitu daging, ayam dan kambing. Pilih nak yang biasa-biasa intinya, dua kali ganda intinya (special) atau berganda-ganda-ganda intinya (jumbo). Kalau suka cheese dalam murtabak atau nak letak cheese banyak-banyak pun boleh. Tepuk dada tanya selera
Harga makanan sekarang memang dah tak ada kasih-sayang dah. Janganlah pulak minta menu rahmah kat sini. Oh, baru perasan ada inti udang
Beli Dodol Makndak pek mini ni dua biji. Makndak ni, kawan sekolah rendah Sk tau. Atlit sekolah, terror segala permainan batu seremban, ceper, Zero Point, memang bagi kat dia la. Sekarang pengusaha dodol di Pontian. Makndak atau nama sebenarnya Halinda, cerita pada Sk, dulu dia belajar di Pusat Latihan Kemahiran (PLK) bidang Penyediaan Makanan. PLK tu la sekarang ni Kolej Kemahiran Johor (KKJ) tempat Sk cari rezeki
Tapau dua keping, satu Special Cheese Kambing (RM26), satu Murtabak Daging Biasa (RM10) sebab Pak Inche tak suka makanan ada cheese kecuali dessert. Saiz murtabak lebih kurang dua pertiga kertas A4 yang dipotong memanjang
Terus hidang dalam pinggan masing-masing aje senang. Sk bahagi dua murtabak cheese dengan Iman. Pak Inche punya, Sk lipat dua aje. Murtabak biasa nipis sikit dari Murtabak Cheese tapi telur dan daging melimpah. Sebelum makan tu, panaskan sekejap. Murtabak datang bersama kuah dalca yang pekat dan hirisan timun yang digaul dalam sos cili. Seingat Sk, di Johor dulu-dulu-dulu, murtabak memang makan dengan kuah dhal dan timun bersos cili tu. Sekarang ni aje dah ada jual Murtabak Kuah Bawang Stail Utara.
Mula tu, risau jugaklah kena scam dengan Pak Majid, hahaha. Terus carikkan bahagian tengah murtabak tu nak tengok cheesenya. Pengalaman pertama Sk makan Murtabak Majid boleh baca DI SINI.
Puas hati, penuh inti kambing dan penuh cheese jugak. Memang sedap sangat ya Murtabak Cheese Kampung Kurnia ni ya. Pernah juga Sk cuba murtabak cheese kat tempat lain tapi rasanya sini juga yang puas hati makan.
Baru cakap dengan Iman, nak pergi Angsana Mall beli kurma, kelmarin Pak Inche bawa balik kurma sekotak kecik pemberian Huda. Huda bagi lagi sepeket kecil beras basmathi. Yang hari tu dah buat masak Nasi Ayam Hainan, kali ni kita buat nasi arab lemak pulak la... Terima kasih, Huda
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2023/03/tapau-murtabak-majid-special-cheese-no-1.html