Tapak Sulaiman Ancam Terumbu Karang Terkenal Di Filipina
Tapak Sulaiman Crown-of-thorns merupakan pemangsa rakus yang boleh menghapuskan kawasan besar terumbu karang. Seekor dia boleh hapuskan sehingga 6 meter persegi karang hidup setahun.
Foto - Jon Hanson/Creative CommonsTapak Sulaiman Crown-of-Thorns telah mula menguasai satu selat di Filipina yang terkenal dengan kepelbagaian hidupan laut dunia.Verde Island Passage akan mengalami kemusnahan besar dengan kehadiran haiwan tersebut.Tapak Sulaiman tersebut memakan polyps pada karang-karangan sehingga hanya tinggal badan berwarna putih, sebelum beredar ke tempat lain. Ia hanya tinggalkan terumbu karang itu apabila ia mati.Laluan sepanjang 100 kilometer & 20 kilometer lebar itu dikatakan sebagai raja kepada pusat kepelbagaian lautan dunia.Terletak di atas Coral Triangle, kawasan perairan yang meliputi Indonesia, Papua New Guinea & Timor Timur digelar sebagai Amazon Lautan kerana kaya dengan hidupan laut, tetapi telah lama diberi amaran oleh pencinta alam bahawa ia akan musnah dek pencemaran & aktiviti perikanan terlampau.Ia merupakan laluan air tersibuk di Filipina dengan pengangkut minyak & bahan kimia. Pantai berdekatan terdapat limbungan kapal, pemproses minyak, pemproses bahan kimia & penempatan besar.Tapak Sulaiman itu hanya didapati dalam bilangan banyak pada beberapa bulan kebelakangan ini. Mereka mungkin berkembang kerana perikanan terlampau menghapuskan pemangsa semulajadi mereka & juga penggelodakan yang membekalkan nutrien kepada pertumbuhan mereka.Setakat ini 500 meter persegi karang telah dimusnahkan, namun angka itu mungkin akan bertambah lebih besar lagi.Para penyelam sukarelawan tempatan, pelajar universiti, dan pegawai pantai telah menyelam untuk membuang Tapak Sulaiman itu namun lebih ramai penyelam diperlukan.Proses menghalau Tapak Sulaiman dari Verde Island PassageDikutip satu persatu oleh penyelam menggunakan penyepit besi.Ditanam di pantai hidup-hidup. Kejam kan? Huhuhu.Bacaan selanjutnya mengenai ancaman Tapak Sulaiman kepada Terumbu Karang
Starfish threatens famed Philippine coral reefs.Gambar imej tapak Sulaiman berwarna ungu..20130602
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2013/06/tapak-sulaiman-ancam-terumbu-karang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29