Tanyalah Pada Lelaki Paling Gagah Pun Mereka Tak Mampu Menanggung Rasa Penatnya Mengandung
Dalam rumahtangga, suami isteri pasti inginkan zuriat yang sah, namun tatkala proses mendapatkan zuriat itu,setiap pasangan harus saling menghargai pengorbanan supaya tiada bebanan di antara suami isteri. Apatah ibu yang sarat mengandung, banyak pengorbanannya, wahai suami hargai isterimu
Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya.
Wanita mengandung kadang-kadang tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir. Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya…isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti.
Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik or ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir. Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang. Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya
Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan.Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak. Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin
Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga. Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik
Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka
Bayangkan, semua kesengsaraan ni akan dilalui oleh ibu mengandung selama sembilan bulan. Non-stop. Tanpa rehat atau cuti
Allahu, tak mampu gambarkan semua keadaan yang dilalui seorang isteri. Cerita selepas bersalin, berpantang, menyusu anak, berjaga malam, sungguh saya tak mampu. Tapi percayalah wahai ibu-ibu, anda sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah
Kerana,Setiap urat yang putus,Setiap otot yang sakit,Setiap bahagian tubuh yang menderita,
Ada ganjaran besar yang telah Allah sediakan buat kalian. Percayalah, kalian memang KUAT DAN GAGAH. Kalau tanya saya mampu tak nak gantikan tempat isteri untuk ambil tugas mengandung dan melahirkan, awal-awal lagi saya dah surrender. Tanyalah pada lelaki paling gagah dalam dunia ni pun. Aci kerat jari, dia pun tak sanggup. Sebab apa? Sebab Allah dah bagi kepada orang perempuan, mengandung ni adalah keistimewaan mutlak kalian. Kepada suami, ingat kembali semua pengorbanan yang telah mereka lalui untuk kandungkan dan lahirkan zuriat kalian. Hargailah mereka
Kerana hanya itu yang mereka perlukan dari seorang teman sesyurga idaman
Sumber: Ebit Lew via https://ift.tt/2q1CbOY
from Sehinggit Media https://ift.tt/2LYiqiU
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/tanyalah-pada-lelaki-paling-gagah-pun.html