Nampaknya Tiada Siapa Mampu Puaskan Hati Warga Emas Ini
KENYATAAN bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang  berikrar tidak akan berhenti daripada usaha menjatuhkan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin mengundang kritikan.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata,  tidak ada mana-mana perdana menteri yang mampu memuaskan hati Dr.  Mahathir.
“Dari zaman Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun  Hussein Onn, Tun Abdullah, Datuk Seri Najib sehinggalah kini Tan Sri  Muhyiddin, nampaknya tiada sesiapa yang mampu memuaskan hati beliau.
“Moga dengan barakah Ramadan kali ini dapatlah kiranya terbuka  hatinya untuk menerima seadanya sesiapa yang diangkat menjadi perdana  menteri yang mungkin tidak sehebatnya. Amiin,” doa Asyraf Wajdi.
Asyraf Wajdi turut berdoa dengan dengan berkat Ramadan moga Allah  limpahkan melimpahkan hidayah dan petunjuk kepada Dr. Mahathir yang  telah lanjut usia itu untuk menghentikan segala tindakan dan usaha yang  disifatkan boleh memporak-porandakan kestabilan politik negara.
Reuters yang dipetik oleh FMT melaporkan, Ahli Parlimen Langkawai itu  berkata, beliau tidak akan berhenti menjatuhkan Muhyiddin kerana berang  dengan Presidn Bersatu itu yang memberi peluang kepada parti dicemari  rasuah yang ditolak pengundi dalam pilihan raya umum kembali berkuasa.
Agensi berita antarabangsa itu melaporkan, bekas perdana menteri itu  mempersoalkan kesahihan pakatan Muhyiddin yang berusia 2 bulan setengah  dengan Umno.
“Salah untuk membuat penyusunan pintu belakang ini. Kami mahu memberi  rakyat kerajaan sah yang mereka pilih. Itu matlamat kami,” katanya  kepada Reuters dalam wawancara melalui sidang video.-SM
#sumber
MR :  Sampai mati dia akan rebut jawatan PM dan Penegrusi BERSATU
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/05/nampaknya-tiada-siapa-mampu-puaskan.html