Tanyalah Kit Siang Dap Didominasi Kaum Apa Tunku Aziz
Kasthuri Jeevendran                                                                                                                                                                                                                                                                                          

Bekas  Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bercakap pada sidang  media khas di Hotel Eastin, Petaling Jaya, Selangor. foto MOHD HAZROL  ZAINAL 
KUALA LUMPUR –Kenyataan berbaur dakwaan oleh Penasihat DAP, Lim Kit  Siang kononnya sentimen perkauman di negara ini akan menjadi lebih huru  hara selepas kerjasama antara UMNO-Pas sebenarnya tidak lebih daripada  retorik politik semata-mata.
 Kit Siang juga mengandaikan selepas ini rakyat di Malaysia juga akan  menyaksikan politik toksik mengaitkan agama dan bangsa meningkat ke satu  tahap yang tidak pernah langsung dilihat dalam dunia politik negara  ini.
 Namun andaian itu tidak lebih daripada bahan gelak segelintir pihak  termasuk netizen kerana bagi mereka DAP yang diterajui oleh Kit Siang  itu sendiri didominasi oleh kaum Cina.
 Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,  walaupun diakui laungan DAP tentang berbilang kaum itu secara politiknya  di negara ini amat tepat dan betul, namun dalam dalam parti itu sendiri  tidak mencerminkan perkara tersebut.
 “Biar saya beri peringatan di sini, DAP sedang ‘melalak’ ketika ini  dengan slogan-slogan retorik tentang perpaduan berbilang bangsa. Mungkin  betul dan tepat tentang betapa pentingnya hidup berbilang kaum dan  bangsa ini.
 “Tetapi pada masa yang sama, apakah justifikasi apabila hampir 95  hingga 97 peratus pengundi Cina telah memberikan undi mereka kepada DAP?  Ini sekaligus memberikan persepsi slogan ‘negara berbilang kaum’ ini  sebenarnya tidak lebih daripada satu ‘pembohongan’.
 “Walaupun DAP sebenarnya mendakwa tentang tuntutan politik bukan perkauman.
 “Anda semua tanya balik kepada Kit Siang, apakah sebenarnya kebaikan  parti berasaskan kaum kerana DAP mendapat undi sebanyak 97 peratus dalam  kalangan masyarakat Cina sendiri. Tanyalah Kit Siang sendiri,”  tempelaknya.
 Status itu mendapat pelbagai pandangan netizen yang rata-ratanya  bersetuju dengan pendapat beliau bukan sahaja dalam kalangan Melayu  sebaliknya Cina dan juga India.
 Masing-masing berpendapat sebenarnya walaupun laungan serta slogan  ‘cantik’ menjadi perjuangan DAP namun ianya tidak lebih daripada itu  malah statistik tidak akan sesekali ‘menipu’.
 Semalam, Kit Siang melahirkan kerisauan serta kebimbangan sambil  memberi bayangan apakah yang terjadi apabila UMNO dan Pas bekerjasama  sambil mendapat restu daripada parti politik kaum seperti MCA dan MIC.
 Kit Siang yang menulis dalam blognya pagi semalam juga melahirkan  rasa bimbang yang tidak berbelah bahagi dengan penyatuan dua parti  gergasi Muslim dengan membayangkan keadaan huru hara bakal menimpa  negara tidak lama lagi. –MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/09/tanyalah-kit-siang-dap-didominasi-kaum.html