Tanpa Pencen Pesara Tentera Jadi Pemandu Lori


 
Ramai pesara muda tentera yang terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, serta kerja-kerja lain bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka. (FOTO HIASAN)
Tanpa pencen, bagaimana mereka mahu tampung kehidupan?
Kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, baru-baru ini merupakan satu tamparan besar kepada pekerjaan di sektor kerajaan.

Walaupun ia bukanlah satu perkara yang baru kita dengari, namun keputusan yang diumumkan ini boleh memberi impak yang tinggi kepada satu sektor pekerjaan paling besar di Malaysia.

Terlebih dahulu, pada tahun 2020, kerajaan telah pun menjalankan dasar memberhentikan elaun kritikal yang sebelumnya diberikan kepada kakitangan kerajaan sektor penting seperti perubatan dan perundangan.  
Bagaimanapun, keputusan itu membebankan lantikan baru sektor-sektor tersebut kerana tanpa kelebihan dari segi manfaat seperti elaun kritikal dan sebagainya, sektor swasta dilihat lebih menarik kerana bayaran dan elaun mereka adalah lebih tinggi. 
Ini menyebabkan ramai pegawai perubatan serta peguam sektor awam ini memilih untuk bertukar kepada sektor swasta dan ada juga yang membuka syarikat firma dan klinik mereka sendiri.
Terkini, keputusan kerajaan untuk tidak menawarkan lagi skim berpencen kepada seluruh kakitangan awam lantikan baru merupakan satu keputusan yang amat membimbangkan. 
Beberapa faktor yang perlu dilihat adalah dari segi gaji yang lebih rendah dari sektor swasta, manfaat yang berkurang, serta keterjaminan kehidupan untuk masa akan datang. 
Ada pendapat yang mengatakan bahawa wang yang terkumpul di dalam Akaun Simpanan Pekerja (KWSP) boleh menampung kehidupan pekerja setelah sampai umur persaraan mereka iaitu sekitar 56 tahun hingga 60 tahun. 
Namun demikian, dalam keadaan ekonomi sekarang yang sedang kita hadapi dengan pekerja sektor swasta, masih terdapat masalah kekurangan wang saraan melalui akaun KWSP mereka yang tidak mencapai jumlah sasaran minimum iaitu RM240,000. 
Ada juga masalah pesara yang tidak mempunyai kemahiran dalam menguruskan wang KWSP mereka di mana kesemua wang tersebut habis dalam jangka masa hanya 2 hingga 3 tahun.
Seterusnya, jawatan-jawatan di sektor kerajaan dilihat sebagai pekerjaan yang memberikan jaminan serta keistimewaan dengan skim berpencen. 
Disebabkan itu, kakitangan awam memilih untuk bekerja di sektor kerajaan walaupun mereka tahu gaji yang diberikan adalah kurang dari sektor swasta. 
Ini kerana, mereka tahu bahawa pekerjaan di sektor kerajaan ini boleh memberikan manfaat kepada mereka di masa hadapan iaitu setelah mereka mencapai usia persaraan. 
Manfaat pencen ini juga memberikan motivasi dan semangat kakitangan awam untuk bekerja dengan baik dan ada juga yang sanggup bekerja lebih masa walaupun tidak diberikan bayaran untuk kerja lebih masa. 
Kita juga harus lihat industri atau sektor pekerjaan awam yang kritikal seperti tentera, polis, bomba, dan yang lain sepertinya di mana gaji pegawai rendah tidak membolehkan caruman KWSP mereka cukup untuk menampung mereka di usia persaraan. 
Tentera juga ada yang perlu bersara secara wajib pada usia muda sekitar umur 40-an yang mana mereka masih mempunya anak-anak yang perlu ditanggung untuk pembelajaran mereka. 
Tanpa skim pencen, bagaimana golongan ini boleh menampung kehidupan mereka? Sedangkan pada ketika ini, ramai pesara muda tentera yang terpaksa bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, serta kerja-kerja lain bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka.
Perubahan dasar skim pencen ini harus dikaji semula dan dibincangkan dengan badan-badan tertentu seperti Cuepacs dan sebagainya dan perlu di adakan wacana pemikiran bersama kakitangan awam secara terbuka supaya dapatan dari perbincangan tersebut boleh memberikan solusi yang lebih baik. 
Skim pencen boleh diberhentikan, namun waktunya belum sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang serta kekurangan kemahiran pekerja dalam menguruskan wang KWSP secara baik. – HARAKAHDAILY  26/1/2024

Dr Safiah Omar ialah pensyarah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tanpa pencen, pesara tentera jadi pemandu lori.. 

(i) M40 gaji RM5,000 pun tak cukup, bagaimana B40 mengais?



KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia bagi tahun 2024 dijangka lebih mencabar dan suram berdasarkan rekod dan prestasi sepanjang tahun 2023, sekali gus bakal memberi impak teruk ke atas daya tahan kehidupan rakyat.
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Awang Hashim mengimbas petunjuk tersebut daripada kejatuhan nilai Ringgit Malaysia iaitu 4.73 berbanding Dolar Amerika Syarikat yakni paras terendah sejak 26 tahun

“Sebenarnya pada tahun lepas iaitu Oktober 2023, Malaysia juga mencatat Ringgit terendah dalam sejarah pada harga 4.79 berbanding Dolar AS. Sejak Jun 2023, Ringgit tidak pernah naik melebihi paras 4.50 berbanding Dolar AS

“Ringgit juga jatuh kepada 3.53 berbanding Dolar Singapura. Sejak tahun 2020, pada tahun 2023 inilah tahun pertama Ringgit Malaysia jatuh melebihi paras 3.50 berbanding Dolar Singapura,” ujarnya.(Sila rujuk 'M40 gaji RM5,000 pun tak cukup, bagaimana B40 mengais?'   -HARAKAHDAILY 26/1/2024)

(ii) DAP tidak setia negara, pinggir Melayu di Pulau Pinang KUALA LUMPUR: DAP adalah parti politik yang tidak setia kepada negara kerana berjuang berdasarkan rangka perlembagaan dan agenda Negara Sekular dengan menolak kedaulatan agama Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia. 

Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, ketidaksetiaan DAP itu juga kerana mengusahakan hak kesamarataan rakyat Malaysia melalui agenda ‘Malaysian Malaysia’.

“Perjuangan ‘Malaysian Malaysia’ ini telah menimbulkan kebimbangan dan ketegangan dalam masyarakat terutamanya di kalangan Bumiputera. Ini disebabkan DAP berjanji untuk menghapuskan kuota serta hak keistimewaan kaum majoriti.

“Sentimen perkauman yang dikaitkan dengan DAP telah lama wujud hingga menyebabkan perpecahan dan ketidakharmonian dalam masyarakat,” ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh. (Sila rujul 'DAP tidak setia negara, pinggir Melayu di Pulau Pinang' – HARAKAHDAILY 26/1/2024)
(iii) Terkini, Israel masih hidup hasil ‘pernafasan buatan’. -Iran.Hojjatoleslam Mohammad Javad Haj Ali Akbar. (FOTO: MNA)
TEHRAN: Merujuk kepada kegagalan rejim Israel dalam mencapai matlamatnya mengalahkan pejuang Hamas di Semenanjung Gaza, pemimpin sementara Solat Jumaat Tehran berkata, Zionis masih hidup dengan bantuan ‘pernafasan buatan’ Centcom.“Selepas 110 hari sejak operasi Taufan Al-Aqsa, semua berita menunjukkan kekalahan rejim Zionis dan penyokong mereka,” kata Hojjatoleslam Mohammad Javad Haj Ali […]
Sila log in atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya
(Sila rujuk 'Rejim Israel masih hidup hasil ‘pernafasan buatan’ Centcom')

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.
Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/01/tanpa-pencen-pesara-tentera-jadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Veteran Mywira Bantuan Kerjaya Bagi Pesara Tentera

Veteran Mywira Bantuan Kerjaya Bagi Pesara Tentera

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 290 hits
Bagi membantu pesara tentera mencari peluang pekerjaan baru baru selepas bersara atau berhenti dari perkhidmatan kerajaan telah memperkenalkan program padanan kerjaya yang dikenali sebagai MyWira Usaha ini dilakukan oleh Kementerian Sumber ...
Akibat Bertembung Dengan Lori Pemandu Myvi Maut Dan Kepala Hancur

Akibat Bertembung Dengan Lori Pemandu Myvi Maut Dan Kepala Hancur

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 236 hits
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori di Jalan Persekutuan Ipoh Butterworth Sungai Rawa Sungai Bogak semalam Kepala Hancur Akibat Kemalangan Menurut sumber dari Ma...
Dua Pemandu Lori Maut Tersepit Dalam Nahas Tujuh Kenderaan

Dua Pemandu Lori Maut Tersepit Dalam Nahas Tujuh Kenderaan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 206 hits
IPOH Dua pemandu lori maut akibat tersepit di dalam kenderaan mereka dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 288 1 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dekat Gopeng di sini pagi ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan ...
Nahas 7 Kenderaan Di Ipoh 2 Individu Maut Mayat Pemandu Melekat Pada Rangka Lori

Nahas 7 Kenderaan Di Ipoh 2 Individu Maut Mayat Pemandu Melekat Pada Rangka Lori

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 182 hits
Dua individu dilaporkan maut dalam nahas yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 288 1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Ipoh pada pagi tadi Dua Pemandu Lori Maut Dalam Keadaan Mengerikan Memetik laporan Harian Metro Penol...
3 Tentera Maut Dilanggar Lori Terbabas Di Lebuh Raya

3 Tentera Maut Dilanggar Lori Terbabas Di Lebuh Raya

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 230 hits
FMT ReportersSelain 3 anggota tentera yang maut pemandu lori Isuzu berusia 31 tahun turut cedera parah dalam kemalangan melibatkan 4 kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan hari ini PETALING JAYA Tiga anggota tentera maut dalam kemalangan mem...
Pemandu Lori Ancam Bunuh Pmx Dipenjara 6 Bulan

Pemandu Lori Ancam Bunuh Pmx Dipenjara 6 Bulan

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 182 hits
KUALA LUMPUR Seorang pemandu lori menangis selepas dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran di media sosial untuk membunuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwa...
Pemandu Tak Perasan Ada Orang Berbasikal Budak Lelaki Maut Digilis Lori

Pemandu Tak Perasan Ada Orang Berbasikal Budak Lelaki Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 172 hits
Seorang kanak kanak lelaki dilaporkan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai digilis oleh sebuah lori dalam kejadian di Klang Selangor Kejadian Berlaku Di Telok Gong Menurut sumber Majoriti Official difahamkan maklumat awal yang d...
Tentera Israel Kami Sembunyi Takut Ancaman Hamas

Tentera Israel Kami Sembunyi Takut Ancaman Hamas

papar berkaitan - pada 23/1/2024 - jumlah : 245 hits
AgensiMATAN Fezel bercerita dalam wawancara dengan Israel Tomorrow yang videonya tersebar di media sosial X Baitulmaqdis Seorang tentera Israel yang bertempur di Semenanjung Gaza mendakwa terpaksa bersembunyi dan takut untuk keluar berhadap...
Saya Sayang Awak Update Kehidupan Di Kem Tentera Jimin Bts Tulis Surat Buat Peminat

Saya Sayang Awak Update Kehidupan Di Kem Tentera Jimin Bts Tulis Surat Buat Peminat

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 121 hits
Ada yang rindu Ji min ARTIKEL BERKAITAN Pada 17 Januari Ji min berkongsi surat kepada peminat kesayangan ARMY di Weverse Semestinya peminat berasa teruja untuk mendengar khabar berita daripada ahli BTS yang sedang menjalani latihan ketenter...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat