Pemandu Lori Ancam Bunuh Pmx Dipenjara 6 Bulan


 


KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori menangis selepas dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuat penghantaran di media sosial untuk membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.
Hakim N. Priscilla Hemamalini turut memerintahkan Faizal Mohamad, 35, yang dituduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) untuk menjalani hukuman penjara itu berkuat kuasa hari ini.
 Mengikut pertuduhan, Faizal didakwa melalui aplikasi Tik Tok “@jaidani89” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang mengancam sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 20 Julai 2023.
Hantaran itu kemudian  dibaca pukul 12 tengah hari pada 26 November 2023 di sebuah premis di Jalan Tong Shin di sini.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta serupa.
Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nurilya Ellyana Nor Azmal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap OKS kerana tindakan pemandu lori itu tidak wajar apatah lagi bersifat mengancam.
SETIMPAL“OKS seharusnya lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial dan dengan satu hukuman setimpal mampu memberikan pengajaran kepada OKS dan orang lain agar tidak melakukan kesalahan sama,” kata Nurilya Ellyana 
Bagaimanapun, OKS yang tidak diwakili peguam merayu agar hanya dikenakan hukuman denda kerana mempunyai tanggungan dua anak berusia tujuh dan lapan tahun.
“Saya baru dapat kerja dengan gaji RM2,000. Saya tanggung dua anak yang masih sekolah serta seorang ibu,” katanya.
 
Pada 26 November tahun lalu, media melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung penularan sebuah video di TikTok yang menawarkan habuan RM5 juta kepada individu yang membunuh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan berhubung kejadian itu sedang berjalan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak. – UTUSAN


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritasetiap-hari.blogspot.com/2024/01/pemandu-lori-ancam-bunuh-pmx-dipenjara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Sebab Cincin Tulisan Cina Di Kaki Burung Merpati Dipenjara 8 Bulan Didakwa Perisik

Hanya Sebab Cincin Tulisan Cina Di Kaki Burung Merpati Dipenjara 8 Bulan Didakwa Perisik

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 341 hits
Hanya kerana memiliki dua cincin pada kakinya seekor burung merpati telah ditahan oleh pasukan polis India di sebuah pelabuhan di Mumbai Tidak hanya itu burung tersebut juga dituduh sebagai ejen perisikan China kerana cincin Cincin yang dip...
Bekas Isteri Mengaku Bunuh Pemandu E Panggilan Guna Gunting

Bekas Isteri Mengaku Bunuh Pemandu E Panggilan Guna Gunting

papar berkaitan - pada 26/1/2024 - jumlah : 427 hits
BernamaTAWAU Seorang wanita mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah menikam bekas suaminya dengan gunting susulan pertengkaran di dalam kereta di sebuah ladang kelapa sawit pada Januari tahun lepas Nurimah Juli 35 berkata pada 1...
Lelaki Tawar Rm5 Juta Untuk Bunuh Anwar Menangis Dijatuhi Penjara Enam Bulan

Lelaki Tawar Rm5 Juta Untuk Bunuh Anwar Menangis Dijatuhi Penjara Enam Bulan

papar berkaitan - pada 30/1/2024 - jumlah : 236 hits
Suraya Roslansurayaroslan mediaprima com myKuala Lumpur Seorang pemandu lori terkejut dan menangis selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana membuat hantaran mengancam di TikTok untuk membunuh Pe...
Akibat Bertembung Dengan Lori Pemandu Myvi Maut Dan Kepala Hancur

Akibat Bertembung Dengan Lori Pemandu Myvi Maut Dan Kepala Hancur

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 333 hits
Seorang lelaki dilaporkan maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu mangsa bertembung dengan sebuah lori di Jalan Persekutuan Ipoh Butterworth Sungai Rawa Sungai Bogak semalam Kepala Hancur Akibat Kemalangan Menurut sumber dari Ma...
Tanpa Pencen Pesara Tentera Jadi Pemandu Lori

Tanpa Pencen Pesara Tentera Jadi Pemandu Lori

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 400 hits
Ramai pesara muda tentera yang terpaksa bekerja sebagai pemandu lori pemandu teksi serta kerja kerja lain bagi menampung kelangsungan kehidupan mereka Tanpa pencen bagaimana mereka mahu tampung kehidupan Kenyataan yang dikeluarkan baru baru...
Dua Pemandu Lori Maut Tersepit Dalam Nahas Tujuh Kenderaan

Dua Pemandu Lori Maut Tersepit Dalam Nahas Tujuh Kenderaan

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 317 hits
IPOH Dua pemandu lori maut akibat tersepit di dalam kenderaan mereka dalam kemalangan melibatkan tujuh kenderaan di Kilometer 288 1 Lebuhraya Utara Selatan Arah Utara dekat Gopeng di sini pagi ini Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan ...
Nahas 7 Kenderaan Di Ipoh 2 Individu Maut Mayat Pemandu Melekat Pada Rangka Lori

Nahas 7 Kenderaan Di Ipoh 2 Individu Maut Mayat Pemandu Melekat Pada Rangka Lori

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 328 hits
Dua individu dilaporkan maut dalam nahas yang membabitkan tujuh buah kenderaan di Kilometer 288 1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Ipoh pada pagi tadi Dua Pemandu Lori Maut Dalam Keadaan Mengerikan Memetik laporan Harian Metro Penol...
Pemandu Tak Perasan Ada Orang Berbasikal Budak Lelaki Maut Digilis Lori

Pemandu Tak Perasan Ada Orang Berbasikal Budak Lelaki Maut Digilis Lori

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 242 hits
Seorang kanak kanak lelaki dilaporkan maut dalam keadaan mengerikan selepas dipercayai digilis oleh sebuah lori dalam kejadian di Klang Selangor Kejadian Berlaku Di Telok Gong Menurut sumber Majoriti Official difahamkan maklumat awal yang d...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu