Tanggungjawab Abang Kepada Adik Perempuannya Sebagai Wali



SOALAN:
Saya mempunyai adik perempuan yang sudah bekerja dan tinggal berasingan berumur awal 30-an dan kami baru kematian bapa. Sejauh manakah tanggungjawab abang sebagai wali terhadap adik perempuannya jika kematian bapa dan sehingga bila?

JAWAPAN:
Wali merupakan seorang yang diberikan wilayah (ولاية) iaitu kekuasaan ke atas orang lain. Menurut sebahagian ulama’, wilayah juga bermaksud pelaksanaan kuasanya atau pengawasan ke atas orang lain sama ada orang itu suka atau tidak. Ini juga definisi wali mujbir. Wilayah terbahagi kepada dua iaitu wilayah ke atas diri (الولاية على النفس) dan wilayah ke atas harta (الولاية على المال). [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji 4/61]

Wilayah ke atas Harta

Wilayah atas harta orang lain bermaksud menjaga dan menguruskan harta benda orang lain yang tidak mampu menguruskannnya dengan baik. Perkara ini merupakan tanggungjawab seorang ayah yang berkeahlian, adil dan tidak membazir sebagai wali kepada harta anak-anaknya lelaki dan perempuan yang belum baligh. Para fuqaha' berbeza pendapat tentang wali kepada harta anak-anak yatim yang kematian ayah.

Turutan wali ke atas harta menurut ulama’ Syafieyah ialah bahawa wali ini dipegang oleh ayah, kemudian datuk, kemudian pemegang amanah kedua-duanya, kemudian qadhi dan sesiapa yang setaraf dengannya.

Berlaku perbezaan pendapat dalam kalangan para ulama’ ialah berkaitan mengutamakan datuk dalam tertib wali ke atas harta sebelum pemegang amanah bapa. Hal ini diperjelaskan bahawa datuk seperti seorang ayah dari sudut belas kasihannya terhadap anak tersebut.

Tiada khilaf dalam kalangan fuqaha’ bahawa hak wali ini tidak diberikan kepada abang (saudara kandung), pakcik atau ibu melainkan sekiranya mereka dilantik sebagai pemegang amanah kepada ayah atau qadhi.

Firman Allah SWT:

وَابْتَلُوا الْيَتَامَىٰ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغُوا النِّكَاحَ فَإِنْ آنَسْتُم مِّنْهُمْ رُشْدًا فَادْفَعُوا إِلَيْهِمْ أَمْوَالَهُمْ
“Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya, maka serahkanlah kepada mereka hartanya.” (Surah al-Nisaa’: 6)

Berdasarkan firman Allah SWT di atas, hak wali ke atas harta anak-anak kecil berterusan sehingga anak tersebut mencapai umur baligh yang mana dia cerdik dalam menguruskan hartanya sendiri dengan baik. [Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 10/7331]

Wilayah ke atas Diri

Wilayah atas diri individu bertujuan dalam mendidik, menjaga dan mengawasi, memberikan kelengkapan dari sudut pendidikan dan kesihatan serta dalam urusan perkahwinan.

Para fuqaha’ menyatakan bahawa sebab-sebab wilayah ke atas diri individu ialah masih kecil (belum baligh), tidak berakal (gila) dan seorang perempuan. [Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh 45/165]

Hak kekuasaan wali ke atas diri individu berakhir apabila hilang sebab-sebabnya contohnya penguasaan wali ke atas kanak-kanak berakhir apabila mereka mencapai umur baligh. Namun begitu kanak-kanak perempuan hak wali ke atasnya berterusan sehingga dia berkahwin.

Menurut ulama’ Syafieyah, tertib wali ke atas diri individu bermula dengan ayah, kemudian datuk dan ayah kepada datuk (moyang), kemudian saudara lelaki kandung atau sebapa, kemudian anak lelaki kepada sauadara lelaki kandung atau sebapa, kemudian pakcik dari sebelah bapa, kemudian anak lelaki kepada pakcik dari sebelah bapa, kemudian ‘asobah yang lainnya menurut turutan pewarisan. [Lihat: Mughni al-Muhtaj 4/249]

Maka, sekiranya seorang wanita iu tidak mempunyai ayah atau datuk, hak wali dipegang oleh saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sama ada abang atau adik.

Kesimpulan

Secara tuntasnya, dalam wilayah ke atas diri individu, seorang anak yang kematian ayah akan berpindah hak wali kepada wali yang lain mengikut tertib sehingga anak tersebut mencapai umur baligh. Namun begitu, hak wali ke atas seorang wanita berterusan sehingga wanita itu berkahwin. Sekiranya seorang abang menjadi wali, dia perlu mengawasi dan menjaga adik perempuannya daripada sebarang keburukan atau musibah seperti tidak membiarkan dia tinggal berseorangan melainkan sudah diyakini tempat tersebut aman, atau memastikan pergaulannya terbatas serta mematuhi syarak dan sebagainya.

Firman Allah SWT:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh Malaikat-Malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” (Surah al-Tahrim: 6)

Selain itu, seorang abang tidak diwajibkan memberi nafkah kepada adik perempuannya yang mempunyai pekerjaan dan mampu menyara dirinya sendiri. Dan juga wali tidak mempunyai hak dalam menguruskan harta orang di bawah jagaannya yang sudah baligh. Walau bagaimanapun, seorang abang perlu memastikan adik perempuannya mempunyai keperluan dan tempat tinggal yang baik dan selesa. Islam menuntut umatnya berbuat kebaikan sesama saudaranya lebih-lebih lagi kaum kerabat yang tidak berkemampuan.

Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam urusan kehidupan kita. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/tanggungjawab-abang-kepada-adik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gibran Saya Daftar Sebagai Wali Kota Bukan Wakil Wali Kota

Gibran Saya Daftar Sebagai Wali Kota Bukan Wakil Wali Kota

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 231 hits
Salah satu bakal calon Wali Kota Solo Gibran Rakabuming Raka mengaku tetap akan melakukan blusukan usai mengikuti fit and proper test di DPP PDIP Senin kemarin Kegiatan tersebut tentunya sambil menunggu turunnya rekomendasi dari Ketua Umum ...
Buasir Otak Tv Abang Adik Sudah Berjaya

Buasir Otak Tv Abang Adik Sudah Berjaya

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 434 hits
Sebuah cerita pendek yang mengisahkan seorang remaja lelaki yang rajin belajar demi mencapai cita citanya menjadi seorang doktor namun sering diganggu oleh adik perempuannya yang tidak suka belajar dan lebih suka bermain Tonton video animas...
Tunggu Kami Disana Jumpa Ayah Dengan Adik Ainul Disana Abang Ali Puteh

Tunggu Kami Disana Jumpa Ayah Dengan Adik Ainul Disana Abang Ali Puteh

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 749 hits
Pemergian Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan pastinya meninggalkan kesan mendalam di hati insan tersayang Pilu Ali Puteh 31 menzahirkan rasa sayang terhadap arwah abangnya dan mengenang kembali saat ketika mereka masih bersama ...
Abang Kandung Tuan Ramdan Dedah Kisah Sebenar Disebalik Tindakan Adik Menyamar Jadi Polis

Abang Kandung Tuan Ramdan Dedah Kisah Sebenar Disebalik Tindakan Adik Menyamar Jadi Polis

papar berkaitan - pada 4/2/2020 - jumlah : 881 hits
Tular di media sosial semalam berkaitan seorang remaja lelaki yang mengaku kononnya sebagai seorang anggota polis berpangkat inspektor Pihak polis yang dapat menghidu kegiatan tersebut telah menahan remaja terbabit Terbaharu seorang lelaki ...
Dapatkan Hak Anda Sebagai Penumpang Apabila Flight Delay

Dapatkan Hak Anda Sebagai Penumpang Apabila Flight Delay

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 370 hits
HAK PENUMPANG JIKA FLIGHT DELAY Korang mesti pernah rasa jika flight delay kan Ada sesetengah kes yang terjadi bila syarikat penerbangan cancel flight korang tanpa penjelasan Untuk makluman korang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah meng...
Ph Sarawak Tetap Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri Chong

Ph Sarawak Tetap Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri Chong

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 252 hits
KUCHING Pakatan Harapan Sarawak menyatakan sokongan penuh kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan Perkara itu ditegaskan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen yang memberitahu ia adalah agenda dan hala t...
30 Tahun Gunakan Batu Sebagai Penyendal Pintu Rupanya Batu Tu Bernilai Rm410 000

30 Tahun Gunakan Batu Sebagai Penyendal Pintu Rupanya Batu Tu Bernilai Rm410 000

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 302 hits
Seorang lelaki di Michigan baru menyedari bahawa selama ini dia menyimpan batu meteor bernilai RM410 000 Batu itu selama ini hanya digunakan sebagai penyendal pintu selama 30 tahun Lelaki yang tidak ingin didedahkan identitinya itu berkata ...
Wabak Koronavirus Sebagai Kecemasan Antarabangsa

Wabak Koronavirus Sebagai Kecemasan Antarabangsa

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 360 hits
Setelah lebih seminggu koronavirus dikesan di seluruh dunia Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak itu sebagai satu kecemasan antarabangsa yang memetik Straits Times Singapura melaporkan pengisytiharan itu diumumkan Ketua Pengar...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii