Ph Sarawak Tetap Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri Chong





KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyatakan sokongan penuh kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan (PM-8).

Perkara itu ditegaskan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen yang memberitahu ia adalah agenda dan hala tuju yang telah dipersetujui semua pimpinan PH.

"Kita telah berjanji bahawa Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan menjadi PM-8 dan itu adalah agenda kita dan merupakan persetujuan kita serta hala tuju yang harus kita capai.

"Sebab itu, kita jemput beliau datang pada hari ini pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) untuk menunjukkan sokongan kepada beliau dan berpegang kepada janji kita sebelum ini," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di sini hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganggap Anwar sebagai 'sifu'.

"Kita telah lebih 20 tahun bersama Datuk Seri dan kita telah bersusah payah bersama-sama memperjuangkan reformasi untuk mengubah Malaysia," tambah pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli parti PH di negeri ini untuk terus bersatu dan memberi tumpuan kepada agenda utama yang telah ditetapkan sebelum ini.

Ahli Parlimen Stampin itu memberitahu, meskipun banyak keluhan dan rintahan tentang kepimpinan PH dalam mentadbir kerajaan di negara ini, namun pelbagai pencapaian telah dicapai antaranya memerangi rasuah.

Jelas Chong, sepanjang tempoh 18 bulan mentadbir negara ini, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa menunjukkan peningkatkan iaitu dari tangga ke-61 kepada ke-51 daripada lebih 180 negara.

Tegas beliau, ia adalah perkembangan positif kerajaan Malaysia di bawah pimpinan PH yang mungkin tidak diketahui umum yang membuktikan kerajaan PH sebuah kerajaan yang telus dan serius dalam memerangi rasuah di negara ini.

"Jadi negara kita sedang menuju landasan yang tepat walaupun banyak keluhan dan rintihan, sudah tentu inilah kehidupan yang penuh cabaran dan rintangan.

"Semua ini harus kita tepikan dan tetapkan dalam minda kita ke arah hala tuju yang tepat," ujarnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/01/ph-sarawak-tetap-sokong-anwar-sebagai-perdana-menteri-chong




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/ph-sarawak-tetap-sokong-anwar-sebagai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Sarawak Sokong Anwar Pm 8

Ph Sarawak Sokong Anwar Pm 8

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 343 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen secara terbuka menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai perdana menteri ke 8 Sokongan itu dinyatakan beliau dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina Pakatan Harapan Sarawak semalam Agenda utam...
Tun M Terima Syarat Jadi Perdana Menteri Sementara

Tun M Terima Syarat Jadi Perdana Menteri Sementara

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 291 hits
Yong Intan NoorTUN M TERIMA SYARAT JADI PERDANA MENTERI SEMENTARABagi penyokong Pengerusi BERSATU yang tidak percaya wujudnya perjanjian tentang peralihan kuasa dalam kalangan EMPAT parti gabungan ketika itu iaitu KEADILAN DAP AMANAH dan BE...
Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

Kenyataan Media Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 307 hits
https www facebook com 420621651310007 posts 2758515824187233 KENYATAAN MEDIAMENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERISaya mengambil maklum tentang sidang media yang diadakan oleh Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada petang semalam Saya lihat beliau ...
Wabak Virus Corona Belum Sampai Tahap Kritikal Kata Perdana Menteri

Wabak Virus Corona Belum Sampai Tahap Kritikal Kata Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 329 hits
Hari demi hari wabak virus corona misteri ini nampaknya semakin menjadi jadi sehingga China terpaksa mengumumkan darurat di sana Malaysia juga turut telah berjaya mengesan beberapa pelancong dari China yang disyaki mempunyai simptom virus i...
Para Menteri Mungkin Gunakan Proton Perdana Dari China

Para Menteri Mungkin Gunakan Proton Perdana Dari China

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 274 hits
Bermula dengan cadangan untuk mendapatkan Toyota Vellfire dan Honda Accord pihak kerajaan secara rasminya pada minggu lalu telah mengumumkan bakal menggunakan Proton Perdana sebagai tanda sokongan kepada jenama kereta tempatan Walau bagaima...
Kompleks Jabatan Perdana Menteri Ditukar Kepada Kompleks Setia Perdana Mulai 1 Feb

Kompleks Jabatan Perdana Menteri Ditukar Kepada Kompleks Setia Perdana Mulai 1 Feb

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 426 hits
Berkuatkuasa 1 Februari ini Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya akan ditukar dengan nama baharu Kompleks Setia Perdana Menurut Ketua Unit Komunikasi Korporat JPM Izzad Zalman Abdul Kader Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tel...
Penganalisis Gesa Anwar Jelas Dakwaan Hadi Kena Sokong Dr M

Penganalisis Gesa Anwar Jelas Dakwaan Hadi Kena Sokong Dr M

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 349 hits
FMT Reporters PETALING JAYA Seorang penganalisis politik menggesa Anwar Ibrahim menjelaskan dakwaan seorang ahli veteran Umno mendakwa presiden PKR itu memberitahunya Presiden PAS Abdul Hadi Awang kena menyokong kepimpinan Perdana Menteri D...
Sokong Anwar Mcam Sokong Najib Lah

Sokong Anwar Mcam Sokong Najib Lah

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 314 hits
Penyokong Anwar pun aku nampak dah macam berkiblat dan berpandukan pada ramalan nujum lokman Adam Kalau lokman Adam jadi jambatan najib Anwar pun tidaklah pelik
Wakil Pkr Dalam Majlis Presiden Mesti Sokong Anwar Saifuddin

Wakil Pkr Dalam Majlis Presiden Mesti Sokong Anwar Saifuddin

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 256 hits
Menjelang tarikh peralihan kuasa antara PM Tun Mahathir dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi amaran bahawa wakil parti itu dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan wajib me...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord