Tangguh Turun Harga Petrol Helah K Jaan Kaut Untung Ajk Pas


Diterbitkan Hari ini 3:01 petang

Pemimpin PAS menyifatkan langkah kerajaan menangguhkan pengapungan harga minyak adalah helah untuk mengaut keuntungan daripada rakyat ketika harga bahan bakar itu merosot di pasaran dunia.

Anggota jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan Automatic Pricing Mechanism (APM), sejak awal Disember lalu RON95 sepatutnya dijual pada harga RM1.90 seliter.

"Ini bermaksud, dengan mengekalkan bahan api ini pada harga RM2.20 seliter, kerajaan mengaut untung sebanyak 30 sen bagi setiap liter daripada pengguna.

"Menjelang tahun baru, sekali lagi pengguna diminta terus menanggung "subsidi" untuk kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam kerajaan mengumumkan harga petrol RON 97 dan RON 95 masing-masing kekal pada harga RM2.50 sen dan RM2.20 sen seliter sehingga Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan yang berkata, kementeriannya akan mendapatkan pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri ke atas penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum.

"Kementerian Kewangan akan mendapatkan pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri ke atas penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum, yang akan diumumkan selewat-lewatnya Jumaat ini," kata Lim.

Beban kos sara hidup

Dalam pada itu Khairuddin turut mengingatkan kerajaan supaya lebih teliti dan cermat dalam membuat penentuan mekanisme penetapan harga runcit petrol dan diesel supaya pengguna dan pengusaha stesen minyak tidak berhadapan dengan masalah yang tidak sepatutnya.

Katanya, APM hanya menguntungkan pengguna pada masa harga minyak mentah global menurun.

"Oleh itu, pendekatan menentukan harga runcit petrol berdasarkan sistem pengapungan harga bersekali dengan penetapan had harga maksimum seperti yang diumumkan oleh Kementerian kewangan petang semalam adalah memang sepatutnya.

"Namun, saya berpandangan had harga maksimum ini patut dan boleh direndahkan lagi berbanding RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel.

"Had harga ini penting supaya beban kos sara hidup rakyat tidak bertambah dan bagi mengelakkan berlakunya peningkatan mendadak indeks harga pengguna (IHP).

"Kerajaan juga mesti mengehadkan kadar kenaikan harga runcit bahan api ini (dicadangkan maksimum 15 sen seliter) supaya pengguna tidak mengalami kesan perubahan perbelanjaan yang mendadak," katanya lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/01/tangguh-turun-harga-petrol-helah-kjaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Minyak Petrol Ron 95 Dan Diesel Tak Jadi Turun Malam Ini Menteri Kewangan

Harga Minyak Petrol Ron 95 Dan Diesel Tak Jadi Turun Malam Ini Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 484 hits
HARGA minyak dilaporkan tidak akan berubah atau dalam kata lainnya tak jadi turun malam ini Ini bermakna selepas tengah malam ini pun minyak petrol RON95 akan kekal pada harga RM2 20 seliter Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kewangan Lim G...
Harga Runcit Petrol Termasuk Ron95 Turun Mulai 1 Januari Ini

Harga Runcit Petrol Termasuk Ron95 Turun Mulai 1 Januari Ini

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 397 hits
PUTRAJAYA Harga runcit produk petroleum termasuk RON95 dijangka turun mulai 1 Januari depan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berkata penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan juga akan dilaksanakan pad...
Ph Zalim Curi Wang Rakyat Tanpa Turun Harga Petrol

Ph Zalim Curi Wang Rakyat Tanpa Turun Harga Petrol

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 313 hits
Datuk Seri Ahmad MaslanKUALA LUMPUR Pakatan Harapan dianggap kerajaan zalim kerana mencuri wang rakyat dengan tidak menurunkan harga petrol Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan berkata mereka merompak wang rakyat dengan menaikkan h...
Minyak Petrol Tidak Jadi Turun Masih Harga Kekal Rm2 20 Untuk Ron95 Hancing

Minyak Petrol Tidak Jadi Turun Masih Harga Kekal Rm2 20 Untuk Ron95 Hancing

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 409 hits
KUALA LUMPUR 31 Dis Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini mengumumkan harga runcit petrol RON95 akan dikekalkan pada harga RM2 20 seliter untuk tempoh beberapa hari Beliau berkata penetapan itu turut melibatkan petrol RON97 pada harga RM2 ...
Hadiah Tahun Baru 2019 Harga Petrol Tak Jadi Turun

Hadiah Tahun Baru 2019 Harga Petrol Tak Jadi Turun

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 540 hits
Sebelum ini kerajaan pakatan sudah kantoi kutip cukai petrol Senyap senyap rembat poket rakyat Harga minyak mentah dunia telah jatuh beberapa bulan tapi harga runcit kekal tanpa sebarang penurunan Setelah didedahkan rompakan duit rakyat mel...
Akhirnya Harga Petrol Turun Juga Bermula Jam12 01am Malam Ini Hancing

Akhirnya Harga Petrol Turun Juga Bermula Jam12 01am Malam Ini Hancing

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 296 hits
Setelah berdrama banyak kali Akhirnya petrol turun juga Apa kata kita ucapkan terima kasih kepada Nobita Harga Runcit Petrol Turun Malam IniHarga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2 20 seliter bagi petrol R...
Sepatutnya Dua Bulan Lepas Harga Petrol Dan Turun

Sepatutnya Dua Bulan Lepas Harga Petrol Dan Turun

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 360 hits
KUALA LUMPUR 4 Jan 8211 Akhirnya harga minyak turun selepas pembangkang dedahkan fakta sebenar sedangkan sepatutnya dua bulan lepas dah turun tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan Katanya harga diapungkan mengikut harga...
Harga Runcit Petrol Diesel Turun Bermula Tengah Malam Ini

Harga Runcit Petrol Diesel Turun Bermula Tengah Malam Ini

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 484 hits
PUTRAJAYA Penetapan harga runcit produk petroleum akan dilaksanakan secara mingguan mulai 12 tengah malam esok bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasar...
Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Perkhidmatan Tukang Rumah Kawasan Kuala Lumpur Shah Alam Dan Selangor

Program Stem Genius Discover Science Through Art Fun Cetus Keterujaan Minat Sains Dan Matematik Pelajar Sekolah

Redmi Pad 2 Series Drops With Next Level Entertainment

The Unspoken Burden This Is What I Ve Learned From Being A Woman In Marriage

Cara Semakan Str Jika Tiada Akaun Bank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Sampai Tua

Diam Bukan Lemah

Baru 8 Bulan Cerai Dah Kahwin Baru Pempengaruh Dikecam Lupa Diri Amp Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Isu Hutang Rm4 65 Juta Fazura Akhirnya Buka Mulut Saya Adalah Diri Saya Syarikat Itu Entiti Yang Lain

Rafizi Apa Guna Kekal Dalam Kabinet Jika Hilang Kebebasan Bersuara

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power