Tangguh Haji Tangguh Umrah Pergi Undi Setuju


 Apabila Hadi Awang seru umat Islam mengutamakan ‘kemenangan Islam’ dalam landskap politik negara, beliau sebenarnya bercakap mengenai kemenangan PAS.
Sekilas pandang pada tajuk anda sudah tentu tahu what this article is all about. Ia mengenai seruan Presiden PAS Hadi Awang kepada umat Islam supaya mengutamakan pilihan raya daripada mengerjakan haji dan umrah.
Sebenarnya beliau sudah beberapa kali membuat seruan sedemikian khususnya menjelang pilihan raya dan juga selepas pilihan raya. Kira-kira lima minggu selepas PRU15 Hadi merungut “malangnya orang Islam yang keluar mengundi hanya sekitar 60% — menunjukkan orang Islam yang tidak menunaikan kewajipan mengundi walaupun alasannya kerana ibadat haji dan umrah”. Ini saya petik daripada surat terbuka beliau kepada ‘jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi’ yang disiarkan dalam ruangan Minda Presiden oleh media rasmi PAS. Hakikatnya ramai umat Islam beri keutamaan kepada haji dan umrah. Untuk rekod Perikatan Nasional yang dianggotai PAS tidak menang PRU15.
Menjelang pilihan raya enam negeri yang dijalankan serentak pada 2023, Hadi mengingatkan umat Islam termasuk jemaah umrah dan bakal haji tentang ‘dosa besar’ tak mengundi.
Baru-baru ini semasa berkempen menjelang PRK Ayer Kuning di Perak, sekali lagi Hadi bercakap perkara sama. Beliau mahu umat Islam tunda dulu naik haji kerana kemenangan politik lebih utama.
Penerbangan pertama ke tanah suci untuk musim haji tahun ini dilapor dijadualkan pada 29 April — tiga hari selepas PRK Ayer Kuning. Ertinya jika bakal haji mahu mengundi memang sempat. Namun biasanya beberapa hari sebelum berangkat jemaah haji sudah beri fokus pada ibadah yang akan didirikan di tanah suci. Perkara dan urusan lain selain ibadah are far from their mind.
Mengapa Hadi kata apa yang beliau kata? “Nabi (Muhammad) nak tunaikan haji pun … nabi mendahulukan kemenangan politik daripada haj dan umrah. Ia boleh ditangguhkan, kemenangan politik tidak boleh ditangguh,” kata beliau pada majlis ceramah kempen calon PN di Tanjung Keramat, Perak beberapa hari lalu.
Untuk memperkukuhkan hujah, Hadi sering mengutarakan peristiwa Rasulullah dihalang melaksanakan umrah sehingga termeterainya perjanjian Hudaibiyah. Ada agamawan pula berkata Rasulullah terhalang secara fizikal bukan kerana strategi politik.
Saya kerdil dalam soal agama. Bukan level saya mengulas pandangan Hadi dan para agamawan dalam soal Islam. Cuma bagi saya Hadi membawa peristiwa zaman Rasulullah ke dalam konteks politik tanah air masa kini seolah-olah mahu disamakan pilihan raya Malaysia dengan medan perang Nabi Muhammad menentang musuh Islam.
Pada hemat saya apabila Hadi menyeru umat Islam mengutamakan ‘kemenangan Islam’ dalam lanskap politik negara, beliau sebenarnya bercakap mengenai kemenangan PAS. Bukan sesuatu yang baharu, aneh atau memeranjatkan kerana untuk sekian lama PAS melabel diri sebagai parti Islam yang perjuangkan Islam, sehingga ada dalam kalangan penyokong percaya PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
Bagi saya umat Islam yang memilih untuk mendirikan ibadah haji atau mengerjakan umrah, politik zaman ini tidak boleh disamakan dengan situasi zaman nabi. Politik sekarang tidak suci seperti politik zaman Rasulullah jika istilah politik boleh digunakan.
Berdasarkan itu sudah tentu umat Islam yang berpeluang ke tanah suci akan memilih mengerjakan ibadah, bukannya menyertai ‘perang politik’ menerusi peti undi. Saya yakin mereka termasuk ahli dan penyokong PAS sendiri, melainkan golongan yang benar-benar wala’ pada parti dan pemimpin.
Kesimpulannya. Saya percaya ramai umat Islam tahu dosa jika tidak berjuang untuk Islam cuma mereka tidak setuju perjuangan politik masa kini dikaitkan, apa lagi disamakan, dengan perjuangan Islam seperti yang dilaksanakan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Seperkara lagi. Diulangi kata Hadi tangguhkan haji dan umrah dan beri keutamaan pada pilihan raya. Kita tahulah apa yang Hadi mahu pengundi lakukan. Bagaimana jika yang tangguhkan haji atau umrah dan beri keutamaan kepada pilihan raya itu tidak undi PAS? Apa agaknya kata Hadi? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/04/tangguh-haji-tangguh-umrah-pergi-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undi Pas Tangguh Haji Kalau Pas Menang Belum Tentu Islam Menang

Undi Pas Tangguh Haji Kalau Pas Menang Belum Tentu Islam Menang

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 48 hits
HarapandailyApril 22 2025OLEH AHMAD MURSIHj Hadi dakwa Haji boleh ditangguh kemenangan politik tidak boleh tangguh Islam mesti berkuasa Tapi Pas bukan agama Islam tapi hanya parti ciptaan manusia sama seperti parti lain 33 bulan Pas jadi ke...
Bekas Ahli Pas Tak Setuju Dalil Menangkan Politik Lebih Penting Dari Tunai Haji

Bekas Ahli Pas Tak Setuju Dalil Menangkan Politik Lebih Penting Dari Tunai Haji

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 144 hits
SITI NUR ZAWANIApril 21 2025Seorang bekas ahli Pas tidak bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang mengenai keutamaan mengundi pada pilihan raya berbanding menunaikan haji dan umrah Menurut Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali men...
Nabi Tangguh Haji

Nabi Tangguh Haji

papar berkaitan - pada 20/4/2025 - jumlah : 120 hits
Che IbrahimDi segi seerah Nabi saw tidak pernah menangguhkan ibadat haji atau umrah kerana ada urusan lain Dakwaan Nabi saw menangguhkan ibadat haji demi kemenangan Islam adalah satu pembohongan fakta Apa yang berlaku ialah nabi saw dan rom...
Pihak Iqwan Tak Setuju Lepaskan Zehra Zambri Tak Jadi Cerai Kes Tangguh Ke Proses Jkp

Pihak Iqwan Tak Setuju Lepaskan Zehra Zambri Tak Jadi Cerai Kes Tangguh Ke Proses Jkp

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 90 hits
Hari ini Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat memutuskan kes penceraian penyanyi Zehra Zambri dan suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin ditangguhkan ke 7 Mei depan Menurut OhBulan peguam yang mewakili Zehra iaitu Abd Muiz Samsuri berkata ta...
Tangguh Haji Hadi Guna Kiasan Berbahaya

Tangguh Haji Hadi Guna Kiasan Berbahaya

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 48 hits
Malaysiakini nbsp Wawancara Seorang ahli akademik menasihatkan agar Tan Sri Abdul Hadi Awang berpolitik atas dasar dan polisi bukan perkara keagamaan yang melampaui batas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Abu Hafiz Salleh ...
Terkini Tangguh Dulu Undi Pas Adun Pas Dikecam Cari Salah Pdrm Iz

Terkini Tangguh Dulu Undi Pas Adun Pas Dikecam Cari Salah Pdrm Iz

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 84 hits
1 Puad Zarkashi minta pengundi ayer kuning tangguhkan kemenangan pas 2 UMNO Kelantan kecam Adun pas kerana didakwa beri gambaran buruk terhadap PDRM 3 Shahidan Kassim dakwa tanah wilayah Persekutuan di bawah bidang kuasa KSN dan perdana men...
Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

Kempen Ladang Babi Pn Gagal Sekat Madani Psm Ganda Undi

papar berkaitan - pada 27/4/2025 - jumlah : 143 hits
Zarrah Morden amp Zikri KamarulzamanGabungan Madani berjaya mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning di Perak dengan BN berjaya menewaskan Perikatan Nasional dalam pilihan raya kecil itu Walau bagaimanapun penelitian lanjut pada angka angka keput...
Azmin Ali Pn Berjaya Sekat 18000 Undi Target Kerajaan Perpaduan

Azmin Ali Pn Berjaya Sekat 18000 Undi Target Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 28/4/2025 - jumlah : 103 hits
Perikatan Nasional tetap meraih kemenangan moral apabila berjaya menafikan hasrat Barisan Nasional dan Pakatan Harapan untuk memperoleh 18 000 undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning pada Ahad Setiausaha Agung PN Datu...
Saiz Badan Jadi Pertikaian Ketua Jurulatih Bola Tampar Negara Beri Penjelasan Hanya Mahu Kumpul Mata Untuk

Diy Heavy Duty Canvas Tool Roll Empowering Makers With Custom Storage Solutions

Hindu Ngo Wants India High Comm Perlis Ruler To Act Against Dr Maza For Int Defamation Incitement

Sap Build Process Automation Malaysia Transforming Workflows

Menginap 3 Hari 2 Malam Di Hotel Tenera Bandar Baru Bangi

7 Malaysian Habits That Drive Us Crazy

Setting Up Anchorella The 2 Minute Trick To Beach Umbrella Stability

Resepi Ayam Goreng Ala Kfc


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai 10 Kereta Paling Mahal Di Dunia

Tersentuh Sebab Surah Maryam

Bos Bagi Kuih Muih

Doa Untuk Kuatkan Hati

Selamat Hari Guru 2025 Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Nasi Goreng Kerabu Sedap Lain Macam Senang Pula Tu