Tanding Jawatan Selain Presiden Timbalan Jika Benar Mahu Pulihkan Parti


malaysiakini
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Jan 21, 2023 8:00 AM
Pemimpin veteran Umno Khir Toyo berkata sekiranya pemimpin parti ingin membantu memulihkan Umno, mereka boleh bertanding jawatan lain selain jawatan presiden dan timbalan presiden.

Bekas menteri besar Selangor itu mempersoalkan sama ada pihak yang ingin mencabar kepimpinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mempunyai agenda peribadi dalam mencabar dua jawatan tertinggi parti berkenaan.

"Untuk memulihkan parti sewajarnya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dicabar. Jika tidak ia akan merencatkan proses pemulihan dan melebarkan perpecahan.

"Mereka yang ingin membantu memulihkan parti sewajarnya bertanding jawatan tertinggi lain dan melontarkan idea dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT), apatah lagi Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi seorang yang suka mendengar pandangan ahli MKT.

"Bukan Zahid yang berkuasa dalam Umno, sebaliknya MKT. Apakah matlamat sebenar mereka yang ingin bertanding untuk jawatan dua tertinggi, apakah agenda peribadi untuk menjadi timbalan perdana menteri mahupun menteri?" katanya kepada Malaysiakini.

Mengulas lanjut, Khir berkata sekarang bukan masanya untuk pemimpin dan ahli parti itu bertelagah sesama sendiri sebaliknya perlu bergandingan bahu untuk memulihkan Umno.

Pada 14 Jan lalu, majoriti perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Umno 2022 (PAU) menyokong usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata keputusan itu dicapai menerusi undian yang dijalankan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Usul tambahan agar dua jawatan tertinggi berkenaan tidak dipertandingkan dibawa oleh perwakilan dari Negeri Sembilan. Pada sesi undian itu difahamkan empat ahli MKT tidak bersetuju dengan usul berkenaan.

Pemimpin Umno Khairy Jamaluddin antara yang mahu agar dua jawatan tertinggi berkenaan dipertandingkan dan berulang kali memberi gambaran kesediaannya untuk bertanding.

Tak ada sebab untuk kecewa

Sementara itu, Setiausaha Veteran Umno Mustapha Yaakub berkata mereka yang sebelum ini berhasrat bertanding dua jawatan tertinggi berkenaan masih boleh mencuba nasib merebut jawatan yang lain.
"Jadi tidak ada sebab mereka yang berhasrat untuk bertanding dua jawatan utama itu berasa kecewa kerana mereka masih ada ruang untuk menawar diri bagi merebut tiga jawatan penting naib presiden yang tersenarai dalam 'top five'.

"Malah, kehadiran mereka dalam barisan 'top five' (sekiranya menang) mampu memperkuatkan barisan MKT dalam usaha pemulihan semula Umno selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)," katanya kepada Malaysiakini.

Tambah Mustapha, perbuatan sindir-menyindir perlu dihentikan serta tiada keperluan lagi untuk mencabar dua jawatan berkenaan yang diluluskan supaya tidak dipertandingkan.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/tanding-jawatan-selain-presiden.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
140 Ketua Bahagian Umno Sokong Jawatan Presiden Timbalan Tidak Dipertandingkan

140 Ketua Bahagian Umno Sokong Jawatan Presiden Timbalan Tidak Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 162 hits
SERAMAI 140 Ketua Bahagian Umno seluruh negara semalam menyatakan solidariti agar jawatan presiden yang kini disandang Ahmad Zahid Hamidi tidak dipertandingkan pada pemilihan Perhimpunan Agung Umno yang dijangka Mei nanti Mewakili kumpulan ...
Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden Timbalan

Sah Tiada Pertandingan Untuk Jawatan Presiden Timbalan

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 178 hits
malaysiakini comPAU 2022 Perwakilan Umno hari ini meluluskan usul agar tiada pertandingan dijalankan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden parti itu kali ini Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin turut mengesahkan usul berkenaan di...
Pemilihan Umno Termasuk Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Keputusannya

Pemilihan Umno Termasuk Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden Keputusannya

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 363 hits
Perhimpunan Agong UMNO 2022 sangat meriah tetapi ada beberapa perkara kontroversi yang telah menjadi perbualan rakyat Kita dapat agak ada sesetengah pihak seperti mahu memperkecil kecilkan ketokohan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pre...
Menjawab Persoalan Mengapa Saya Beria Ia Mahu Jawatan Presiden Umno Dipertandingkan

Menjawab Persoalan Mengapa Saya Beria Ia Mahu Jawatan Presiden Umno Dipertandingkan

papar berkaitan - pada 16/1/2023 - jumlah : 261 hits
Artikel saya sebelum ini yang bertajuk Zahid Hamidi Tok Mat Sah Penakut nampaknya mendapat respon kurang menyenangkan daripada kedua dua pihak UMNO dan juga PH secara serentak Di pihak UMNO yang pro kepada Zahid Hamidi mereka menyoal kenapa...
Ketua Staf Presiden As Dijangka Letak Jawatan

Ketua Staf Presiden As Dijangka Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 146 hits
Ketua staf Presiden AS dijangka letak jawatan Dikemas kini 18 saat yang lalu Diterbitkan pada 22 Jan 2023 11 00PM
Pencabar Zahid Hamidi Tok Mat Mesti Kuasai Jawatan Naib Presiden Dan Mt Umno

Pencabar Zahid Hamidi Tok Mat Mesti Kuasai Jawatan Naib Presiden Dan Mt Umno

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 228 hits
Oleh kerana ruang untuk bertanding Presiden dan Timbalan Presiden UMNO sudah tertutup bagi pemimpin yang ingin mencabar Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan apa langkah seterusnya yang harus mereka lakukan selepas ini Apakah berdiam diri pilihan ...
Usul Tidak Tanding 2 Jawatan Utama Umno Boleh Dirujuk Kepada Ros Kata Ismail Sabri

Usul Tidak Tanding 2 Jawatan Utama Umno Boleh Dirujuk Kepada Ros Kata Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/1/2023 - jumlah : 198 hits
AHLI Umno yang tidak berpuas hati dengan keputusan Perhimpunan Agung Umno 2022 meluluskan usul supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan tahun ini boleh merujuk perkara itu kepada Jabatan Pendaftaran...
Blog Manis Strawberi Datang Memberi Kejutan Hari Ini

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Komandan Brimob Diberhentikan Tidak Dengan Hormat Terlibat Insiden Maut Ojek Online

Isham Jalil Cubaan Ban Akaun Tiktok

Rasa Baru Boleh Berangkak

Hiburan Peniaga Bunga Dedah Bapa Dua Beradik Lemas Pinjam Wang Sebelum Tragedi Nak Sambut Birthday

Hidayah Allah Itu Mahal Nilainya

Terung Buat Pc Menangis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jangan Harap Pada Manusia Haraplah Hanya Pada Allah

File 168 Memang Df Singgah Blog Setahun Sekali Eh

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Jangan Timbulkan Fitnah

Sabah Fc X Adidas Perkenal Jersi Baru Musim 2025 2026