Tanda Tanda Rezeki Tidak Berkat
Tanda-Tanda Rezeki Tidak Berkat. Ada banyak tanda rezeki tidak berkat. Kita boleh lihat dari kehidupan yang kita lalui adakah semakin senang dan tenang atau menjadi kurang dan tidak berkecukupan. Rezeki yang berkat kata ustaz, adalah rezeki yang kita lakukan dengan ikhlas, kita sendiri melakukan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan melakukan kerja yang halal di sisi agama.
Ada banyak cara lagi rezeki nak berkat. Kasih sayang kepada orangtua juga menjadikan rezeki lebih berkat. Kerana apa? Kerana merekalah pintu rahmat dan redha kita terletak, di atas doa mereka lah kita diberikan kemudahan segala urusan.
Tanda-Tanda Rezeki Tidak Berkat
Antara tanda rezeki diperoleh tidak berkat ialah:
- Jiwa sentiasa tidak tenang walaupun memperoleh dan memiliki harta banyak dan bertimbun
- Harta yang diperoleh menerusi jalan tidak baik mudah habis dan terhakis tanpa diduga dan tidak disedari
- Berasa sombong dan tamak hingga bernafsu untuk menambah dan memiliki lebih banyak harta hingga tindak mementingkan ibadah
- Berasa kedekut dan enggan bersedekah atau mengeluarkan zakat kerana menganggap perbuatan itu merugikan
- Sering ditimpa bencana dan musibah yang tidak disedari. Ini kerana setiap perbuatan mungkar akan mendapat laknat daripada Allah
- Ibadah tidak sempurna dan sukar menerima pendidikan terutama berkaitan agama.
Justeru itu, umat Islam harus merenung dan mengambil iktibar jika berlaku insiden yang terpaksa mengeluarkan wang seperti kereta atau motosikal baru rosak, alat elektrik di rumah tidak berfungsi, anak tiba-tiba sakit dan memerlukan rawatan yang memerlukan belanja yang tinggi, dompet, telefon bimbit dan barang kemas hilang atau kena kebas
Bagaimana kita nak menyucikan rezeki dan kemungkaran hidup yang kita lalui? Adakah taubat kita akan diterima oleh Allah SWT
Ada cara boleh dilakukan untuk menghapuskan dosa-dosa lalu kita samada dalam hal rezeki atau dosa kita kepada Allah, dan juga kepada umat manusia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara;
Sucikanlah wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Hanya dengan mengingati Allah dan kembali kepadanya hati menjadi tenang. Lakukan sesuatu kerja dan ibadah kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah. Semoga kita semua menjadi golongan hambanya yang dirahmati dan diberikan rezeki yang berkat.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aynorablogs.com/2017/04/tanda-tanda-rezeki-tidak-berkat.html