Tanda Tanda Penyakit Jantung Usia Muda


TANDA-TANDA PENYAKIT JANTUNG USIA MUDA

TANDA-TANDA PENYAKIT JANTUNG USIA MUDA
Ramai yang mula sedar bahawa penyakit jantung boleh menyerang walaupun pada usia muda.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit jantung usia muda :
# TANDA 1 : TEKANAN DARAH TINGGI
Hipertensi atau Tekanan Darah Tinggi adalah penyakit senyap yang boleh membawa kepada komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat.
Apakah itu  Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?
Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Tekanan Darah adalah dalam dua bacaan contohnya 140/75
Tekanan sistolik – bilangan yang lebih tinggi (140 seperti contoh)
Tekanan darah diastolik – bilangan yang lebih rendah (75 seperti contoh)
Mengapa penting mengukur tekanan darah secara berkala?
Adalah mustahak untuk anda mengukur tekanan darah secara berkala bagi menentukan samada tekanan darah anda tinggi atau tidak. 90% pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi tidak menunjukkan sebarang gejala manakala 10% lagi ada menunjukkan gejala.
Pengidap Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung. Tekanan darah yang terkawal dapat mengurangkan kedatangan pesakit ke klinik pesakit luar, kemasukkan ke hospital dan kematian akibat strok (angin ahmar) dan penyakit jantung.
Faktor risiko yang menyebabkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah:
Cara hidup tidak aktif Umur melebihi 35 tahun Merokok Kegemukan Paras kolesterol tinggi Sejarah keluarga Pengambilan alkohol yang berlebihan Pengambilan garam yang tinggi Tanda dan Gejala
 
Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi) Untuk memastikan atau mengesahkan Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi, sila periksa tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa kerap anda perlu memeriksa tekanan darah.
 
# TANDA 2 : KOLESTEROL
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber makanan. Terdapat jenis kolesterol ‘baik’ dan ‘buruk’.
Apakah kolesterol ‘buruk’?
Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah. Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian daripada kimia penting untuk tubuh. Kolesterol terdapat dalam setiap sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan (normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima. Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf, membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi tubuh manusia.
Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.
Jenis lipoprotein :
Low density lipoprotein (LDL) Trigliseride merupakan komponen utama Very low density lipoprotein (VLDL) High density lipoprotein (HDL) Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)  
Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.
Apakah kolesterol ‘baik’?
High density lipoproteins
High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam pembuluh darah. Bersukan atau bersenam secara teratur dan mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam meningkatkan tahap HDL.[/01]
Trigliseride
Trigliseride adalah bentuk lemak yang dibuat dalam tubuh. Paras trigliseride yang tinggi boleh disebabkan oleh masalah obesiti, merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Mereka yang mempunyai tahap trigliseride tinggi biasanya mempunyai tahap Jumlah Kolesterol (Total Cholesterol) yang tinggi termasuk tahap LDL yang tinggi dan tahap HDL rendah. Kebanyakan individu yang mengidap penyakit diabetes atau jantung biasanya mempunyai tahap trigliseride yang tinggi.
 
Siapa yang memerlukan ujian saringan kolesterol?
Setiap individu boleh mengalami masalah tahap kolesterol tinggi tanpa mengira usia atau jantina. Tiada tanda-tanda dan gejala yang akan membantu seseorang individu untuk mengetahui beliau mempunyai tahap kolesterol tinggi atau sebaliknya. Hanya pemeriksaan darah rutin akan membantu anda mengesan tahap kolesterol dalam darah anda. Paras tinggi kolesterol hanya diberikan perhatian jika ada beberapa masalah utama lain yang perlu dinilai.
 
Disarankan bagi mereka yang berumur atas 35 tahun harus menjalani ujian saringan sekurang-kurangnya satu pemeriksaan perubatan pada setiap tahun. Jika anda mempunyai kolesterol tinggi, harus diulang setiap 2 ke 6 bulan. Di sarankan ujian kolesterol di ulang selepas kaunseling dan perlaksanaan intervensi di lakukan.
 
Apa tahap disarankan?
Total Cholesterol – di bawah 200 mg (5.1 mmol / L)
Kolesterol LDL – di bawah 70 mg (1.8 mmol / L) untuk pesakit yang mempunyai penyakit jantung. Tahap bawah 100 mg (2.6 mmol/L) jika mempunyai faktor risiko penyakit kardiovaskular dan bawah 130 mg (3.4 mmol / L) untuk orang normal dan tidak ada faktor risiko.
Wanita umumnya memiliki paras HDL lebih tinggi berbanding lelaki dan mereka dilindungi oleh hormon sampai menopause. Paras HDL dan risiko penyakit jantung mereka menjadi sama dengan lelaki setelah menopause.
Apakah gejala kolesterol tinggi?
Kebanyakan orang dengan kolesterol tinggi tidak mempunyai tanda-tanda atau gejala. Anda dan doktor anda tidak akan dapat mengesannya, walau bagaimana pun antara gejala yang mungkin berlaku adalah seperti berikut:
Angina iaitu sakit dada atau ketidakselesaan akibat aterosklerosis pembuluh darah koronari Intermittent claudication iaitu rasa sakit pada bahagian betis apabila berjalan pada jarak tertentu. Hal ini berlaku kerana aterosklerosis pembuluh darah di kaki yang menyebabkan penyumbatan di salur darah dan seterusnya menghalang pengedaran darah yang lancar. Stroke atau mini stroke berlaku apabila darah beku atau pendarahan (salur darah pecah) di bahagian tertentu otak. Ini menyebabkan bahagian otak yang terlibat akan hilang fungsi dan kelumpuhan anggota berlaku. Plak pecah boleh menyebabkan berlakunya trombosis koronari dan penyumbatan aliran darah ke jantung iaitu serangan jantung Xanthoma iaitu ketulan kuning pada kulit terutama di sekitar mata. Ketulan kuning ini disebabkan oleh penggumpulan lemak dan biasanya menyebabkan kolesterol tinggi dalam darah. Xanthoma selalunya terjadi terutama di kalangan mereka dengan hiperkolesterolemia familial.
# TANDA 3 : ATEROSKLEROSIS
Anda mungkin sering mendengar berkenaan serangan jantung, namun adakah anda mengetahui penyebab penyakit ini? Penyakit ini berlaku apabila pembuluh darah (arteri) menjadi sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolesterol mengakibatkan aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung.
 
Otot jantung akan mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan “ischaemia”. Jika penyumbatan pembuluh darah di tahap yang teruk (>75%) bekalan oksigen akan terhenti. Otot jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan jantung yang teruk dan boleh membawa kematian.
 
Keadaan ini dikenali sebagai Aterosklerosis yang menyebabkan Penyakit Arteri Koronari . Keadaan ini selalunya terjadi tetapi tidak disedari oleh ramai orang; meskipun telah meragut banyak nyawa.
Darah mengalir melalui pembuluh darah (arteri) ke organ-organ penting seperti jantung dan otak. Plak kolesterol dalam arteri akan menyempitkan lumen dan mengganggu aliran darah. Ada ketika sumbatan ini boleh pecah dan menyebabkan pembentukan darah beku. Jika hal ini terjadi pada jantung, ia akan mengganggu aliran darah dan menyebabkan berlakunya serangan jantung.
 
Organ yang tidak menerima bekalan darah yang mencukupi akan rosak. Jika keadaan ini berlaku di dalam otak, ia akan menyebabkan angin ahmar (strok). Jika ia terjadi di periferi, maka ia akan menyebabkan “Penyakit Arteri Peripheral” dan mengakibatkan kerosakan atau kegagalan organ. Ramai pesakit, terutama yang berisiko tinggi tidak sedar akan adanya arterosklerosis terutama yang berisiko tinggi kerana tiada tanda awal tertentu yang boleh di kesan. Oleh itu saringan kolesterol adalah penting untuk intervensi awal.
KESIMPULAN
Diharap pendedahan tentang TANDA-TANDA PENYAKIT JANTUNG USIA MUDA dapat memberi kesedaran kepada anda tentang penyakit jantung. Untuk maklumat lebih lanjut layari portal MyHEALTH KKM
 
 
 
The post TANDA-TANDA PENYAKIT JANTUNG USIA MUDA appeared first on KekandaMemey.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kekandamemey.com/tanda-tanda-penyakit-jantung-usia-muda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebab Serangan Jantung Usia Muda

Sebab Serangan Jantung Usia Muda

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 530 hits
Serangan jantung tanpa sebarang tanda Seram ke Tak seram lah Mana ada orang takut dengan serangan jantung Betul tak kempen tentang kesihatan jantung Tak ada siapa peduli Keluar iklan pasal serangan jantung Korang tukar channel Siap order gr...
Ini Penyebab Dan Cara Mencegah Penyakit Jantung

Ini Penyebab Dan Cara Mencegah Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 281 hits
Penyakit jantung memang kerap kali secara mendadak menyerang siapapun Bahkan orang dengan usia yang masih muda sekali pun Walaupun serangan jantung bisa menyerang dengan senyap dan mendadak penyakit ini bisa dihindari dengan cara ini
8 Cara Hidup Sehat Agar Terhindar Dari Penyakit Jantung

8 Cara Hidup Sehat Agar Terhindar Dari Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 313 hits
Pola hidup sehat sangat penting untuk diterapkan dalam kehidupan sehari hari Hidup sehat dapat menghindarkan tubuh dari berbagai macam penyakit salah satunya penyakit jantung
Rawatan Untuk Penyakit 3 Serangkai Diabetes Tekanan Darah Tinggi Dan Jantung

Rawatan Untuk Penyakit 3 Serangkai Diabetes Tekanan Darah Tinggi Dan Jantung

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 1003 hits
Rawatan Untuk Penyakit 3 Serangkai Diabetes Tekanan Darah Tinggi Dan Jantung Ibu pejabat kami beralamat di Lot 740 C Nilam Puri 16010 Kota Bharu Kelantan Terima kasih kepada anda yang sudi melayari web ini Saya percaya anda sedang mencari p...
4 Hal Yang Bisa Jadi Tanda Bahaya Ketika Jantung Tidak Bekerja Dengan Baik

4 Hal Yang Bisa Jadi Tanda Bahaya Ketika Jantung Tidak Bekerja Dengan Baik

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 210 hits
Pada gaya hidup yang dimiliki oleh masyarakat saat ini terdapat banyak hal yang bisa memicu munculnya masalah jantung ini Terdapat beragam jenis masalah kesehatan jantung yang mungkin dialami seseorang
6 Cara Mencegah Penyakit Jantung Pada Bayi Patut Diketahui

6 Cara Mencegah Penyakit Jantung Pada Bayi Patut Diketahui

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 258 hits
Mengalami penyakit jantung pada bayi tentu membuat setiap orangtua khawatir dengan tumbuh kembang sang buah hati Karena pasti akan mengganggu aliran darah ke jantung serta berakibat fatal
Bukan Biasa Biasa Tahu Berkesan Cegah Penyakit Jantung

Bukan Biasa Biasa Tahu Berkesan Cegah Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 508 hits
Tahu merupakan makanan sihat tinggi protein yang tidak boleh diabaikan kerana manfaatnya terhadap kesihatan Tahu bukan saja rendah kalori ia tinggi serat sangat baik untuk menu diet menurunkan berat badan Makan tahu juga sangat baik untuk m...
Stres Punca Orang Muda Maut Diserang Sakit Jantung Pakar

Stres Punca Orang Muda Maut Diserang Sakit Jantung Pakar

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 416 hits
Pakar kesihatan mendedahkan stres menjadi faktor utama golongan muda maut akibat serangan jantung Pengamal perubatan am Dr Zubaidi Ahmad berkata serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah ting...
Jangan Tertipu Dengan Usia Muda Syarat Mati Tidak Harus Tua

Jangan Tertipu Dengan Usia Muda Syarat Mati Tidak Harus Tua

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 277 hits
Kalau jodoh itu rahsia Allah kematian juga rahsia Allah Kita sebagai hamba di muka bumi lebih mengingatkan tentang kematian Usia muda dan tubuh badan yang sihat bukan satu jaminan untuk kita mampu hidup sehingga mencapai usia tua Umat Islam...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game