Tanda Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda Kalau Dah Jumpa Ikat Cepat


Tanda-Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda. Kalau Dah Jumpa, Ikat Cepat! Jodoh adalah misteri yang ditentukan tuhan. Ia melibatkan adanya kesamaan antara dua insan yang punya ikatan emosi, spiritual dan fizikal untuk hidup bahagia bersama. Walaupun mungkin anda tidak dapat mengungkapkan misteri itu, namun sekurang-kurangnya anda mampu melihat tanda-tanda bahawa dia pilihan tepat untuk anda.
Oleh itu, perlu untuk anda ketahui tanda-tandanya sebelum anda memastikan dia jodoh anda. Apabila masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan benarlah dia insan yang ditakdirkan untuk hidup bersama anda, jangan sesekali pula anda melepaskan.
1. Terima anda seadanya Apapun anda sebelum ini atau apa yang pernah anda lakukan dahulu, dia langsung tak ambil kisah kerana yang penting siapa anda sekarang. Dia sedar bahawa setiap manusia ada kelemahan dan keburukan masing-masing. Malah siapalah dia yang ingin menghukum anda atas kelemahan anda itu.
2. Bersahaja di depan anda Dia tidak berpura-pura menjadi orang lain, bahkan selesa menjadi dirinya sendiri dan bersikap bersahaja di depan anda. Jika anda amati tingkah laku, cara pertuturan, caranya makan dan sebagainya yang menunjukkan sikapnya yang dibuat-buat atau pelik, sah dia berlakon di hadapan anda. Tapi jika dia tampil bersahaja maka benarlah dia calon hidup anda yang tepat.
3. Rasa senang apabila bersamanya Bukan hanya dirinya, malah apabila berada di sampingnya anda tidak akan rasa jemu. Ini menandakan yang anda miliki kesamaan dengannya. Apabila ada daya tarikan antara anda berdua secara automatiknya akan muncul perasaan tenang, gembira dan rasa tidak tertekan apabila bersama. Malah kehadirannya dalam hidup anda menjadi pengubat ketika anda senang mahupun susah.
4. Sentiasa jujur dengan anda Kejujuran merupakan kunci utama dalam membina sebuah hubungan. Selagi kejujuran bertakhta di hati, kebahagiaan akan menjadi milik anda berdua. Dengan adanya sikap jujur, hubungan yang terjalin antara anda berdua akan menjadi lebih ikhlas. Namun jika anda miliki pasangan yang tidak jujur maka akan wujud kecurangan dalam hubungan. Sebaiknya gabungkan sikap jujur dan kesetiaan bagi menghangatkan lagi sebuah percintaan yang sejati.
5. Memahami diri anda Dia hendaklah sentiasa memahami diri pasangannya dan berada bersama anda dalam apa jua keadaan sama ada susah atau senang. Apabila anda hadapi kesulitan, dia berusaha untuk menghulurkan bantuan dan menjadi penawar pada kesulitan yang anda hadapi. Bukan itu sahaja, dia juga sanggup mengharungi ranjau duri yang anda berdua hadapi dalam hubungan.
6. Tidak malu tampilkan kelemahannya Tiada manusia yang sempurna di dunia ini jadi tidak hairanlah jika kita punya kelemahan tertentu. Apabila dia ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda, dia tidak akan pernah menutup kelemahan yang dimilikinya serta bersedia memberitahu anda mengenainya. Memang benar, bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan otang yang dicintai. Namun yang baiknya apabila anda berdua tahu kelemahan masing-masing, maka dari situ anda berdua boleh berusaha untuk membaiki kelemahan tersebut menjadi lebih baik.
7. Saling mempercayai antara satu sama lain Dalam sesebuah hubungan, penting anda dan pasangan miliki sikap saling mempercayai antara satu sama lain. Ia penting bagi mengelakkan timbul rasa ragu-ragu antara anda dan pasangan. Malah apabila ada sikap percaya, hubungan yang dibina akan menjadi lebih tulus. Apabila anda berdua saling mempercayai, pastikan anda berdua akan rasa selamat memberitahu apa jua rahsia kerana anda berdua tahu rahsia itu akan tersimpan kemas dalam diri masing-masing. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran.
8. Dia menginspirasikan anda menjadi lebih baik Kehadirannya dalam hidup anda membuatkan anda sentiasa rasa bersemangat. Sokongan positif yang sentiasa didorongkan kepada anda membuatkan anda ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Hubungan yang saling menyokong antara satu sama lain ini bakal menjadikan hubungan anda berdua lebih berjaya di masa akan datang.
9. Orang sekeliling menerimanya Apabila keluarga terutamanya orang tua dan kawan-kawan anda boleh menerima kehadirannya, itu petanda dia jodoh anda. Sudah tentu kehadirannya disenangi oleh orang penting yang ada di sekeliling anda. Penerimaan keluarga dan kawan-kawan anda itu sebagai bukti bahawa mereka yakin dia boleh memberikan kebahagiaan kepada anda hingga akhir hayat.
10. Dapat membayangkan masa depan bersamanya Apabila anda sudah boleh membayangkan masa depan anda untuk hidup bersama dengannya, memang dialah jodoh anda. Biasanya kalau sesebuah hubungan itu dijalin secara serius, pasangan anda tidak ragu-ragu untuk membincangkan tentang masa depan misalnya tentang tarikh untuk berjumpa orang tua anda, merisik, bertunang dan berkahwin.
11. Dengarkan kata hati Dengarlah kata hati anda saat anda ingin membuat keputusan untuk hidup bersama seseorang. Manusia dikurniakan Allah dengan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangan. Dengan deria ini anda akan saling mengetahui perasaan, membaca fikiran dan dapat menduga reaksi serta tindak balas pada situasi tertentu. Apabila ada keyakinan dengan pilihan anda, berdoa dan berserahlah pada ketentuan Ilahi agar jodoh yang ditakdirkan ini tepat untuk anda.
12. Lakukan solat Istikharah dan bertawakal Jodoh dan pertemuan merupakan ketentuan Allah SWT. Jika dia pilihan anda, buatlah keputusan dengan sebaiknya. Namun jika dia bukan jodoh anda, tolaklah dia dengan sebaiknya. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepada-Nya. Teruskan berdoa dan lakukan solat Istikharah agar anda diberi petunjuk untuk membuat keputusan yang sebaiknya.
The post Tanda-Tanda Paling Tepat Dia Sebenarnya Adalah Jodoh Anda. Kalau Dah Jumpa, Ikat Cepat! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/tanda-tanda-paling-tepat-dia-sebenarnya-adalah-jodoh-anda-kalau-dah-jumpa-ikat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pihak Nasa Juga Bimbang Sekiranya Sungai Eufrat Kering Kerana Ini Adalah Tanda Berakhirnya Dunia

Pihak Nasa Juga Bimbang Sekiranya Sungai Eufrat Kering Kerana Ini Adalah Tanda Berakhirnya Dunia

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 578 hits
Pihak NASA Juga Bimbang Sekiranya Sungai Eufrat Kering Kerana Ini Adalah Tanda Berakhirnya DuniaPihak NASA Juga Bimbang Sekiranya Sungai Eufrat Kering Kerana Ini Adalah Tanda Berakhirnya Dunia
Ini Waktu Yang Paling Tepat Untuk Mengukur Berat Badan

Ini Waktu Yang Paling Tepat Untuk Mengukur Berat Badan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 357 hits
Raissa menjelaskan waktu ideal menimbang berat badan adalah setelah bangun tidur dan buang air kecil Kamu juga harus memastikan pakaian yang dipakai saat ini cukup ringan
7 Bank Menawarkan Pinjaman Peribadi Paling Cepat Lulus

7 Bank Menawarkan Pinjaman Peribadi Paling Cepat Lulus

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 1085 hits
Pinjaman Peribadi Paling Cepat Lulus Di Malaysia Berhutang bukanlah satu kemestian kita semua berhutang kerana kita memerlukan modal untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang kita inginkan Sebagai contoh meminjam untuk perkahwinan mahu membi...
Ramai Yang Salah Sangka Sebenarnya Orang Yang Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar

Ramai Yang Salah Sangka Sebenarnya Orang Yang Kuat Menguap Bukan Tanda Pemalas Tapi Sebenarnya Terlalu Pintar

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 359 hits
Satu kajian saintifik terbaru mendapati tempoh anda menguap berhubungkait dengan jisim otak anda dan bilangan neuron dalam otak Menurut keputusan penyelidikan itu jika anda mempunyai otak yang lebih besar maka lebih panjanglah anda menguap ...
Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami Prof Muhaya

Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami Prof Muhaya

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 711 hits
Wanita Paling Malang Adalah Wanita Yang Tersalah Pilih Suami Prof Muhaya Tertarik dengan kata kata Prof Muhaya Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami Sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan su...
Jodoh Datang Tanpa Diduga Ini 10 Tanda Di Bukan Jodoh Kita Dalam Islam

Jodoh Datang Tanpa Diduga Ini 10 Tanda Di Bukan Jodoh Kita Dalam Islam

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 1039 hits
Jodoh dan pertemuan itu adalah ketentuan Allah Setiap orang mempunyai perjalanan cerita yang berbeza dalam soal jodoh Jodoh datang tanpa diduga baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahwinan Ada juga yang yang sudah bertahun mengena...
3 Senaman Senang Paling Cepat Bakar Lemak Cepat Kurus

3 Senaman Senang Paling Cepat Bakar Lemak Cepat Kurus

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 851 hits
Hari ini saya nak sharekan 3 exercise senaman senang dan cepat bakar lemak Anda ada masalah berat badan berlebihan dan tiada masa nak buat senaman lama seperti jogging Dah buat senaman tapi berat masih juga tak turun turun Anda mungkin tida...
Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

Sebenarnya Punca Kos Sara Hidup Naik Di Malaysia Adalah Kerana Kenaikan Gaji Atuk Mahathir

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 720 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kenaikan gaji dengan berkata bahawa itu antara faktor kenaikan kos sara hidup Anda naikkan gaji sektor swasta akan ikut sekali dan kos semua benda akan naik Bukan begitu caranya mengurus organ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord