Tanda Tanda Nak Retak Lagi Pkr Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pkr Persoal Pemecatan Ahli



Ahli Majlis Pimpinan Wanita Pusat PKR mempersoalkan tindakan lembaga disiplin parti itu yang menggantung dan memecat sekurang-kurangnya 500 anggota parti, termasuk Ketua Wanita PKR Haniza Mohd Talha dan Adun Batu Lintang See Chee How.

Ginie Lim Siew Lin hari ini mendakwa tindakan tersebut, termasuk meminta Naib Presiden PKR Tian Chua mengemukakan surat tunjuk sebab memperlihatkan parti itu menyimpang jauh daripada prinsip terasnya iaitu prinsip keadilan.

Beliau turut menggesa tindakan tersebut dihentikan supaya semua pimpinan parti dan ahli dapat bekerjasama untuk memerangi wabak Covid-19.

Lim yang juga Ketua Wanita PKR Melaka itu menambah bahawa PKR menggunakan arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang kini dilaksanakan di negara sebagai peluang untuk menggantung ahli supaya dapat menghalang sebarang protes atau bantahan.

Adun Machap Jaya itu turut mendakwa bahawa tindakan tersebut jelas dibuat secara terburu-buru ekoran mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusat (MPP) secara dalam talian pada 21 Mac.

“Namun dalam mesyuarat tersebut tiada nama dibentangkan untuk MPP menentukan sebarang hukuman seperti memecat atau menggantung keanggotaan, atau melucut atau menggantung jawatan mengikut Perkara (d) Fasal 9 Perlembagaan Parti.

“Maka sejauh manakah pelucutan keanggotaan mematuhi Fasal 9 Perlembagaan Parti. Apakah kes membabitkan aduan diterima oleh Lembaga Disiplin (LD) disiasat dan dikemukakan cadangan keputusan untuk MPP menentukan hukuman?

“Apakah mesyuarat tergempar MPP pada 21 Mac memberi kuasa kepada Setiausaha Agung untuk menentukan sebarang hukuman bagi kes membabitkan aduan anggota parti?,” katanay dalam satu kenyataan media hari ini.

Turut dilaporkan sebelum ini ahli PKR lain seperti Ketua penerangan sayap Wanita PKR, Syarul Ema Rena Abu Samah yang dikenali sebagai Ratu Naga juga menerima surat rasmi pemecatannya pada 9 April lalu.

“Persoalan sekarang bukan berkenaan political survival Tian Chua, Haniza Talha mahupun See Chee How, ataupun mereka yang mengisytihar keluar parti, tetapi persepsi umum terhadap parti yang mengamalkan budaya pilih kasih dan pendakwaan berpilih terhadap mereka yang berani menyuarakan pandangan berbeza.

“Presiden (PKR) Anwar Ibrahim sendiri pernah menjadi mangsa pendakwaan berpilih dan konspirasi politik. PKR telah ditubuhkan untuk melawan ketidakadilan bagi mengembalikan pada tempatnya yang betul.

"Maka, amat mendukacitakan apabila parti menghakimi anggota parti disebabkan perbezaan pandangan dan tindakan yang dianggap menjejaskan kepentingan parti.

"Hukuman atas sebab jenayah fikiran (thoughtcrime) dan pencegahan awal (pre-emptive) akan terus menghakis semangat demokrasi dan progresif parti,” katanya.

Lim juga menggesa supaya parti tersebut tidak melupakan ulang tahun Black 14, yang merujuk ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam tahun penjara ke atas Anwar terhadap empat tuduhan rasuah pada 14 April 1999 dan aktivis reformasi yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2001.


MR :  Bukan retak tapi dah terbelah...


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/tanda-tanda-nak-retak-lagi-pkr-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pimpinan Pkr Setuju Pemutihan Ahli Parti Kata Lembaga Disiplin

Pimpinan Pkr Setuju Pemutihan Ahli Parti Kata Lembaga Disiplin

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 231 hits
Pimpinan PKR setuju pemutihan ahli parti kata Lembaga Disiplin Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 17 Apr 2020
Ahli Majlis Salah Guna Kuasa Main Badminton Ketika Pkp Ini Sepatutnya Didakwa

Ahli Majlis Salah Guna Kuasa Main Badminton Ketika Pkp Ini Sepatutnya Didakwa

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 379 hits
Shah Alam Seorang ahli Majlis Bandaraya Shah Alam di dakwa menyalahgunakan kuasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan Menurut aduan yang di hantar ke SuaraTV sebentar tadi Yugarajah Palanisamy dikatakan telah mengarahkan dewan tersebut dibuka...
Anwar Met Pm For Sake Of Country Not Self Interest Wanita Pkr Chief Told

Anwar Met Pm For Sake Of Country Not Self Interest Wanita Pkr Chief Told

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 251 hits
PKR president Anwar Ibrahim s recent meeting with Prime Minister Muhyiddin Yassin was to discuss national affairs in light of Covid 19 and not for the purpose of political self interest said the former s political aide Farhash Wafa Salvador...
Berkorban Jawatan Mb Umno Ada Hak Jawatan Ahli Majlis Dan Ketua Kampung

Berkorban Jawatan Mb Umno Ada Hak Jawatan Ahli Majlis Dan Ketua Kampung

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 211 hits
IPOH ADUN Trong Jamilah Zakaria menegaskan Umno Perak mempunyai hak untuk jawatan ahli majlis kerajaan tempatan dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung atau ketua kampung Menurutnya Umno mempunyai kekuatan di bawah berbanding Parti...
Pimpinan Dan Ahli Amanah Diseru Bekerja Lebih Kuat Selepas Pkp Tamat

Pimpinan Dan Ahli Amanah Diseru Bekerja Lebih Kuat Selepas Pkp Tamat

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 251 hits
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu menyeru seluruh pemimpin dan ahli parti agar mempersiapkan hujah bagi mengharungi tugas lebih berat bermula 28 April ini Beliau berkata bermula dari tarikh tersebut seluruh ahli AMANAH perlu kembali...
Ada Yang Jadi Takut Nak Pregnant Aneh Mengandung Buatkan Muka Wanita Ini Jadi Tua

Ada Yang Jadi Takut Nak Pregnant Aneh Mengandung Buatkan Muka Wanita Ini Jadi Tua

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 362 hits
Ramai ibu hamil mengalami masalah perubahan fizikal dan emosi akibat ketidakstabilan hormon Mujurlah perubahan tersebut hanya berlaku dalam tempoh kehamilan sahaja dan ianya akan reda selepas kelahiran bayi Bagaimanapun apa yang akan anda l...
Pkr Wanita Information Chief Ratu Naga Sacked From Party

Pkr Wanita Information Chief Ratu Naga Sacked From Party

papar berkaitan - pada 15/4/2020 - jumlah : 323 hits
PKR Wanita information chief Syarul Ema Rena Abu Samah has been sacked from the party which also results in her being removed from the women s wing s central leadership Ema popularly known as Ratu Naga said her sacking was not transparent a...
Kepada Ahli Pkr Yang Digantung Dan Dipecat Sila Jangan Meroyan

Kepada Ahli Pkr Yang Digantung Dan Dipecat Sila Jangan Meroyan

papar berkaitan - pada 17/4/2020 - jumlah : 198 hits
ZainuddinSalam jumaat 17 APril 2020 Kepada ahli ahli PKR yang di gantung dan di pecat Aku harap tak payah lah nak meroyan atau nak tunjuk tak bersalah atas usaha kamu orang yang mengkhianat parti Kamu telah di perhati kan sekian lama bertin...
Majlis Setiausaha Ph Kesal Pemecatan Jawatan Dalam Agensi Glc

Majlis Setiausaha Ph Kesal Pemecatan Jawatan Dalam Agensi Glc

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 274 hits
Majlis Setiausaha PH berkata pemecatan beberapa jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan memperkecilkan kredibiliti dan integriti penjawat awam PETALING JAYA Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan terkini...
Eugene Levy S Toronto

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Ptptn Invites Stakeholders To Collaborate In New Scheme

Ge14 S Impact On State Federal Relations

Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Jangan Pandang Belakang 2

Pembukaan Akaun Kanak Kanak Tabung Haji



Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal


Rumah Terbuka Di Rumah Baru Cyra

Jom Heboh Edisi Raya Putrajaya

Sussurro House By Davide Adracco Architetto In Sao Miguel Do Gostoso Brazil

Spiritual Leader Indians May Vote For Bersatu Candidate Because Of Pas

Ex Manager S Jail Term Set Aside Fined Rm100 000 For Deposit Taking

Spm Candidates To Receive Results On May 27