Tanda Tanda Kecil Kiamat


Tanda-Tanda Kecil Kiamat. Berikut kami akan kongsikan sedikit info tanda kecik kiamat yang perlu kita tahu. Jadikan ini sebagai iktibar untuk menjadi muslim yang soleh dan solehah..

Tanda-Tanda Kecil Kiamat Disini dikongsikan senarai Tanda-Tanda Kecil Kiamat yang boleh dijadikan panduan..
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis ini dapat ditemukan dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tirmidzi.
Orang Tidak Lagi Menyebut Allah.
Dari Anas berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Kiamat tidak akan terjadi hingga di bumi tidak ada yang mengucapkan: Allah, Allah.” (HR.TIRMIDZI).
Kabilah Qahthan.
Tidak Akan Terjadi Kiamat hingga seseorang dari Kabilah Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya.”(HR.BUKHARI).
Orang yang baik berkurang sedang yang jahat bertambah banyak.
“ Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga anak seseorang menjadi penyebab kemarahan (bagi orang tuanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik “; – (Riwayat Thabrani). ”
Gunung-gunung di Makkah mulai berlubang
“ Ibnu Syaibah meriwayatkan dengan sanadnya kepada Ya’la ibn Atha’ daripada ayahnya, dia berkata: “Pada suatu hari, aku menuntun tali kekang unta Abdullah ibn Amr, lalu beliau berkata: “Bagaimana pendapat kalian, jika kalian hancurkan Ka’bah dan tidak menyisakan batu yang masih menumpuk?” Mereka menjawab: “Oleh kita yang beragama Islam?”
Beliau menjawab: “Benar, kalian yang beragama Islam.” Seseorang bertanya: “Lalu apa lagi?” Beliau menjawab: “Kemudian, ia akan dibangun dengan yang lebih bagus daripadanya. Apabila kalian telah melihat gunung-gunung di Makkah mulai berlubang, dan bangunan-bangunannya menjulang tinggi melebihi pegunungannya, maka ketahuilah bahawa kiamat telah dekat.

Bayangan Ka’bah Tidak Lagi Tampak
“ Suatu ketika, Nabi Muhammad S.A.W pernah menjelaskan pada sahabatnya, “Bahawa kiamat akan terjadi jika as-Sa’ah telah membentangkan bayangannya sehingga bayangan Ka’bah tidak akan tampak.” ”
As-Sa’ah sendiri merupakan salah satu kata kiasan untuk kiamat.
Binatang buas berbicara
“ Daripada Abu Sa’id Al Khudri berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, tidaklah kiamat terjadi hingga binatang-binatang buas berbicara kepada manusia, hingga ujung cambuknya, tali sandalnya berbicara pada orang dan hingga lututnya memberitahukan padanya apa yang dilakukan keluarganya sepeninggalnya.”(HR.TIRMIDZI) ”
.
Keringnya Sungai Eufrat dan Kemunculan Gunung Emas
Sungai Eufrat Mengering.Rasulullah SAW bersabda, ‘’Hari Kiamat tak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan ‘Gunung Emas’ yang mendorong manusia berperang. Sembilan Puluh Sembilan dari Seratus orang akan tewas (dalam pertempuran), dan setiap dari mereka berkata, ‘Mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup’.’’ (HR Bukhari)
“ Dari Abu Hurairah Dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga seseorang melewati kuburan seseorang, lantas mengatakan; ‘Duhai sekiranya aku menggantikan tempat dia.'” ”
Penaklukan Baitulmuqaddis
“ Daripada Auf b. Malik r.a., katanya, “Rasulullah S.A.W telah bersabda:”Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan satu daripadanya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari ”
Zina bermaharajalela
“ “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka, pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim ”
Pemimpin yang terdiri daripada orang yang jahil dan fasik
“ “Apabila sesuatu amanah itu disalahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalahgunakan, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran. ”
Bermaharajalela alat muzik
“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah, bilakah hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah ”
Menghias masjid dan membanggakannya
“ Antara tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai. ”
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
“ “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim ”
Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik
“ Diriwayatkan daripada Anas r.a.
“Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq.” – Riwayat Ibn Ady ”
Ramai orang soleh meninggal dunia
“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal di atasnya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. – Riwayat Ahmad ”
Orang hina mendapat kedudukan terhormat
“ Antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia.” – Riwayat Thabrani ”
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja
“ “Sesungguhnya antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya sahaja.” – Riwayat Ahmad ”
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
“ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
“Antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” ”
Bulan sabit kelihatan besar
“ Antara tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani ”
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu” – Sahih Muslim ”
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar” – Riwayat Ahmad ”
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
“ “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim ”
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkara biasa
Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak di antara pasar.” – Riwayat Bukhari ”
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mana mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud dan Nasai ”
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi
Akan terdapat banyak pengkritik, pembawa cerita, penikam belakang dan pengejek dalam masyarakat
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tidak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi
Orang akan melakukan homoseksual
Akan terdapat ramai anak luar nikah
Berkurangnya sifat amanah
Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
“ Daripada Ali dan Abu Hurairah r.a.: “Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) ialah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) ialah orang fasik antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan”. – Riwayat Tarmizi ”
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
Memandang rendah kepada darah
“ Rasulullah bersabda: “Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: pelantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka dahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya.” – Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
“ Daripada riwayat Ibnu Mas’ud: “Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang.” – Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka ialah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
“ Sungguh hebat dia, sungguh jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun” – Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
“ “Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: ‘Aduhai seandainya aku juga berada di tempatnya.'” – Riwayat Bukhari[5] dan Muslim ”
Banyaknya berlaku gempa bumi
Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan
“ “Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan – Sahih Bukhari ”
Banyak berlaku peperangan demi peperangan
“ Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., “Hari qiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj'”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah”? Nabi saw. menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan.” – H.R. Ibn Majah ”
Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
“ “Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak” – Hasan At-Tayalisy. ”
 
Sumber > wiki
The post Tanda-Tanda Kecil Kiamat appeared first on Doa Harian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://doaharian.net/2019/01/03/tanda-tanda-kecil-kiamat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tanda-tanda-kecil-kiamat

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mudahkan Urusan Eyra Hazali Kongsi Ilmu Solat Sambil Dukung Anak Kecil

Mudahkan Urusan Eyra Hazali Kongsi Ilmu Solat Sambil Dukung Anak Kecil

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 202 hits
Sesiapa yang mempunyai anak kecil atau bayi pastinya mengalami sedikit kesukaran untuk meninggalkan mereka sebentar untuk kita melakukan aktiviti lain Lebih lebih lagi jika kita ingin menunaikan solat dan anak kecil pula sedang meragam tanp...
Isu Bersatu Bukanlah Isu Kecil

Isu Bersatu Bukanlah Isu Kecil

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 152 hits
BOB KELANANG Ramai tanya aku sebenarnya apa yang berlaku antara BERSATU UMNO dan PAS Kenapa UMNO macam bengang sangat dengan BERSATU dan kenapa jugak ada beberapa pihak dalam UMNO yang sebenarnya bengang dengan PAS Macam ni la AUNs Luorang ...
Membina Masjid Kecil Dalam Rumah

Membina Masjid Kecil Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 316 hits
SoalanBolehkah kita membina masjid kecil di dalam rumah dan kita beriktikaf di dalamnya Jawapan Ulama Asy Syaikh Qalyubi mengatakan Jika seseorang membangun semacam panggung kecil kemudian mewakafkannya sebagai masjid maka sah Begitu pula j...
Pas Tidak Kecil Hati Jika Ditinggalkan Umno

Pas Tidak Kecil Hati Jika Ditinggalkan Umno

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 191 hits
Pas tidak rasa kecil hati terhadap usul dikemukakan UMNO negeri untuk mengkaji semula kerjasama yang terbentuk antara kedua dua parti itu dalam Muafakat Nasional Timbalan Mursyidul Amnya Datuk Ahmad Yakob berkata Pas bersedia berdepan apa s...
Mayat Lelaki Ditemukan Di Luar Pulau Rusukan Kecil

Mayat Lelaki Ditemukan Di Luar Pulau Rusukan Kecil

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 152 hits
Mayat lelaki ditemukan di luar Pulau Rusukan Kecil Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Jan 2021 11 01PM
Kisahnya Alergi Geli Dengan Nasi Sejak Kecil Gadis Ini Harap Ada Jejaka Yang Sudi Terima Kekurangan Ini

Kisahnya Alergi Geli Dengan Nasi Sejak Kecil Gadis Ini Harap Ada Jejaka Yang Sudi Terima Kekurangan Ini

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 321 hits
Nasi merupakan makanan ruji bagi orang Asia dan wajib dimakan sekurang kurangnya sehari sekali untuk mengalas perut Senang cerita tanpa nasi memang tidak lengkaplah pemakanan seseorang itu Namun tahukah anda bahawa ada orang di luar sana ya...
Bahaya Emosi Yang Tercegah Di Masa Kecil

Bahaya Emosi Yang Tercegah Di Masa Kecil

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 161 hits
image godvineJika kita mengobrolkan bagaimana usia bayi dan prosesnya menjadi anak Ada banyak hal yang harus diperhatikan utamanya bagi seorang Ibu Tanpa melampaui rasa hormat hal ini boleh dikatakan wajib untuk ibu ketahui Setelah 1 Minggu...
Penamatan Peningkatan Atau Pembetulan Kecil Bitcoin Susut Hampir 15

Penamatan Peningkatan Atau Pembetulan Kecil Bitcoin Susut Hampir 15

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 193 hits
Pada pagi Isnin nilai mata wang digital paling popular merosot lebih daripada 14 jatuh di bawah AS 35 000 Menurut CoinMarketCap yang mengira harga purata lebih dari 20 pertukaran semasa penulisan harga bitcoin melonjak lebih rendah sebanyak...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Taman Tema Genting Highland

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan