Tanda Tanda Hati Yang Malap Dan Kontang


Tanda-Tanda Hati Yang Malap Dan Kontang. Hati yang malap adalah hati yang dah tak subur, dah tak mampu menumbuhkan benih iman lagi. Hati yang tak dibajai dengan amalan dan zikir yang boleh meyuburkan iman. Kalau hati dah malap dan kontang, susahlah iman nak tumbuh dan subur hingga ke akhirnya. Berhati-hati dengan hati yang dah malap, jika tidak dirawat dengan betul, bimbang nanti ia akan mati dan kering. Susah nak dikembalikan kepada keadaan asal sama ketika kita dilahirkan. Kerana, nak menyuburkan hati dengan iman dan taqwa memakan masa bertahun-tahun. Bukan sehari dua.
Walau sebaik mana pun benih, jika ditanam di tanah yang gersang atau tandus, pasti hasilnya tidak sebaik yang kita harapkan. Logiknya, petani hanya akan menabur benih pada tanah yang subur agar benih yang baik tadi akan tumbuh dan menghasilkan pohon-pohon yang rendang dengan buah-buahan yang lebat lagi ranum. Kalau yang ada hanyalah tanah yang telah kontang dan gersang, maka si petani tentunya akan berusaha untuk menyuburkannya semula dengan siraman air dan tumpukan baja sebelum benih ditaburkan.
Perumpamaan hati yang hidup dan subur adalah hati yang sentiasa mengingati Allah. Firman Allah dalam surah ar-Ra’d ayat 28:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَئِنُّ ٱلۡقُلُوبُ ٢٨

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Tanda-Tanda Hati Yang Malap Dan Kontang

Hati yang hidup hendaklah sentiasa dijamu dengan santapan dan bekal rohani sehingga menjadi rabbani, jernih dan cerah, sentiasa takut kepada Allah dan sentiasa dalam ketenangan.
Namun jangan lupa, ada hati yang malap, tidak subur atau hati yang gersang yang dibimbangi seperti tanah gersang, ditanam pokok tidak menjadi, kalau tumbuh pun terencat. Hati yang gersang tidak akan menyuburkan iman. Antara tanda hati gersang dan kontang:
1.  Rasa malas menunaikan ibadat fardhu seperti bagi lelaki, enggan solat berjemaah di masjid dengan alasan penat, sibuk atau tak ada apa-apa alasan
2.  Rasa berat menunaikan ibadat-ibadat nafilah seperti solat sunat dengan alasan pelbagai, atau tidak bersedekah atau menangguh untuk bersedekah atas alasan nak baiki rumah atau nak beli kereta
3.  Terasa berat membaca al-Quran dan menelaah sunah Nabi serta kehidupan salafusolleh
4.  Kurang berzikir 
5.  Lesu untuk melakukan kerja dakwah atas alasan dah penat, tiada imbuhan dunia, sibuk dengan kerjaya atau mungkin juga tak ada alasan apa-apa.

Ingatlah kata-kata Bakar bin Abdullah al-Muzani seorang Tabein: Jika kamu mendapati kepada saudaramu kekeringan, maka suruhlah segera bertaubat kepada Allah kerana sesungguhnya ia merupakan akibat daripada dosa yang dia kerjakan. Apabila kamu dapati dari mereka bertambah kasih sayang, yang demikian merupakan buah dari ketaatan, maka bersyukurlah kepada Allah.
Marilah kita suburkan hati dengan amalan soleh. Bajailah dengan majlis ilmu, qiamullail, tilawah juga zikir. Siramilah air yang mencukupi dengan memelihara solat, puasa dan sedekah. Jangan biarkan hati gersang kerana ia tidak menumbuhkan iman.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada kita semua. Jangan biarkan lama hati tidak dibajai dan disirami air, kerana hati yang kontang dan gersang amat bahaya bagi seorang muslim, apatah lagi dengan kondisi persekitaran dan cabaran kehidupan yang semakin sukar. 
Jagalah hati kita kerana Allah, dari Allah dan untuk Allah. Moga hati kita akan kembali kepada Allah dalam keadaan yang subur mewangi. Insya Allah.
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2021/03/tanda-tanda-hati-yang-malap-dan-kontang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Macam Anak Patung Kecomelan Anak Rizman Nordin Tawan Hati Peminat Di Majlis Akikah

Hiburan Macam Anak Patung Kecomelan Anak Rizman Nordin Tawan Hati Peminat Di Majlis Akikah

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 399 hits
Sering menjadi tumpuan anak kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Nurisa Suraya iaitu Rizqaa sekali lagi menawan hati peminat apabila wajahnya disamakan dengan anak patung Difahamkan juga Rizman baru saja selesai menjalankan majli...
Hati Dengan Umno

Hati Dengan Umno

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 179 hits
Muhd Mufiz IIHati hati dengan UMNO UMNO ni selicik Madey sebab Madey yang tubuhkan UMNO tahun 1988 dulu sebagai kenderaan politik peribadi dia yg licik UMNO ni di hari pertama lagi dah di gerakkan oleh Madey dengan budaya licik xde nilai mo...
Hiburan Lebih Dekat Di Hati Netizen Teruja Jejak Rasul Kali Ini Bakal Papar Pelbagai Kisah Di Malaysia

Hiburan Lebih Dekat Di Hati Netizen Teruja Jejak Rasul Kali Ini Bakal Papar Pelbagai Kisah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 336 hits
Menjelang bulan Ramadan ini sudah pastinya ramai yang ternanti nanti rancangan kegemaran ramai iaitu Jejak Rasul kan Mesti ada yang berfikiran bahawa mungkin rancangan tersebut hanya akan mengulang tayang musim musim lalu memandangkan kita ...
Jom Bersihkan Hati

Jom Bersihkan Hati

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 478 hits
Tips hati bersih hidup bahagia 1 Jangan cari salah orang Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar 2 Jangan hina orang Allah tidak pernah hina kita 3 Jangan buka aib orang Allah simpan aib kita sampai hari akhirat 4 Jangan perlekehkan orang...
Negara Ini Bukan Hak Peribadi Sesiapa Tak Boleh Buat Sesuka Hati Tok Mad

Negara Ini Bukan Hak Peribadi Sesiapa Tak Boleh Buat Sesuka Hati Tok Mad

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 207 hits
March 15 2021 Sistem demokrasi pasca moden Malaysia kini semakin susut dan merosot sedangkan ia seharusnya lebih kukuh dan baik berbanding sebelumnya Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata negara ini semakin mundur daripada...
Hiburan Penyanyi Lagu Cute Harith Zazman Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

Hiburan Penyanyi Lagu Cute Harith Zazman Selamat Bertunang Dengan Kekasih Hati

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 668 hits
Harith Zazman penyanyi lagu berentak catchy iaitu Cute dilaporkan telahpun mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati Nuramalina Ghakashah dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Serendah Hulu Selangor semalam Sumber Harith menerus...
Ahli Parlimen Bertindak Sesuka Hati Demokrasi Kualiti Kepimpinan Merosot Tok Mat

Ahli Parlimen Bertindak Sesuka Hati Demokrasi Kualiti Kepimpinan Merosot Tok Mat

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 513 hits
PETALING JAYA Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata demokrasi dan kualiti kepimpinan semakin merosot dengan lebih ramai Ahli Parlimen bertindak sesuka hati berdasarkan kepentingan peribadi bukannya prinsip serta nilai Oleh itu beliau...
Layan Mcdonald S Boleh Bikin Hati Resah Jadi Gembira

Layan Mcdonald S Boleh Bikin Hati Resah Jadi Gembira

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 1064 hits
McDonald s Malaysia namanya sudah gah sejak sekian lama Seronoknya dapat nikmati McDonald s ini terdapat pelbagai menu yang sedap sedap Tak hanya itu boleh juga berkumpul beramai ramai Hilangkan sekejap hari yang penat dengan kerja Makan ma...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow

Verandas Outdoor Living Creating A Relaxing Space In Your Garden

Penyanyi Sambilan Dibunuh Disyaki Kerana Cemburu

Bekas Kp Sprm Sekolahkan Azam Suntingan Video Rasuah Sabah Adalah Bukti

Lebih Rm100 Juta Disita Sprm Daripada Rumah Bekas Pegawai Kanan Ismail Sabri

18 Malaysian News Tiktok Accounts Mysteriously Vanish Here S What We Ve Learned