Layan Mcdonald S Boleh Bikin Hati Resah Jadi Gembira
McDonald's Malaysia! namanya sudah gah sejak sekian lama. Seronoknya dapat nikmati McDonald’s ini, terdapat pelbagai menu yang sedap-sedap. Tak hanya itu, boleh juga berkumpul beramai-ramai. Hilangkan sekejap hari yang penat dengan kerja. Makan makanan segera ini dengan rakan dan famili, mahupun orang tersayang, secara tak langsung boleh bikin hati gembira.
Layan McDonald’s Boleh Bikin Hati Resah Jadi Gembira Jika tak nak bersusah payah, boleh guna servis online food delivery dari FoodPanda. Penat kerja boleh terus balik ke rumah. Sudah sampai orderMcDonald’s melalui aplikasi Foodpanda. Tak perlu lagi susah payah masak dan perut yang lapar akan kenyang.
Menu McDonald’s Yang Menjadi Pilihan RamaiAntara menu yang harus order untuk makan dari senarai list menu makanan yang ditawarkan oleh pihak McDonald’s ini adalah :-
#1 - Nasi Lemak McD
Nasi lemak McD memang salah satu kegemaran sebabnya rasa nasi lemak ini memang best. Lebih puas bila dapat makan bersama dengan Ayam Goreng McD yang rangup dan besar. 100% dijamin HALAL dengan nasi yang wangi bersama sambal memang terbaik sekali. Nasi Lemak dengan sambal Malaysian's favouriteyang tak boleh disangkal lagi.
#2 - Ayam Goreng McD
Walaupun ada banyak restoran menjual ayam goreng namun bagi Mai, ayam goreng McD ini tetap ada keistimewaannya yang tersendiri. Rasanya yang rangup di luar, lembut di dalam dengan rasa rempah ratus memang sangat memuaskan. Lebih seronok bila ada dua pilihan iaitu original dan juga spicy. Order yang spicy, boleh makan sampai berpeluh.
#3 - Double Cheese Burger
Cheese bila dimakan dengan apa jua menu memang sangat mengasyikkan. Lagi-lagi jika dimakan dengan kepingan daging burger yang tebal dan lembut. Untuk Mai, Double Cheese Burger McDonald’s memang sangat layak untuk menjadi menu kegemaran ramai orang disebabkan oleh rasanya yang sangat awesome dan berbaloi.
#4 - Chicken McNugget Jika makan burger McDonald’s mesti nak ada makanan tambahan lain. Entahlah, rasa macam tak lengkap kalau tak ada. Dan dalam banyak-banyak makanan tambahan yang ada di McDonald’s ni, paling teruja dengan Chicken McNuggets.
Rasa Nuggets kat McDonald’s ni memang berbaloi sangat dengan rasanya yang sedap ditambah dengan isi ayamnya yang memang fresh dan 100% tanpa tulang sama sekali. Bila makan tu asyik mengunyah aje sampaikan tak sedar dah habis 🤭
#5 - Prosperity Burger : Hadirnya Setahun Sekali Saja Di Tahun Baru Cina
Sekarang ni, McDonald's dah mula keluarkan Prosperity Burger miliknya yang hanya akan muncul setahun sekali, sempena tahun baru cina. Bila ada menu special begini ia akan menampakkan satu kelainan yang agak best cuma harap-harap menu itu sendiri kenalah sedap. Tak mau lah nanti setahun sekali tunggu nak makan tapii tup-tup alamak kurang umph. Tak mau lah begitu kan.
Makin happy setiap kali ada perayaan di Malaysia, akan muncul juga menu khas yang jarang-jarang sekali ada tiap tahun.
Boleh dikatakan McDonald's ada di mana-mana kat Malaysia ni. Tapi tak dinafikan juga yang McDonald's kadangkala agak sesak hingga makan masa yang lama untuk beratur. Apa nak buat, dah namanya pun antara restoran paling ramai orang kunjungi. Kena bawak bersabarlah yer untuk nikmatinya tu ✌️
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciktie.com/2021/03/layan-mcdonalds-boleh-bikin-hati-resah.html