Tanda Tanda Awal Perziinaan Bermula Di Tempat Kerja Jagalah Suami Isteri Sebelum Terlambat


Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.
Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.
Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an. Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.
BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN
Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada naffsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi naffsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.
Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.
Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih²)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.
Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.
JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC
Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial. Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja.
Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.
WHATSAPP GROUP
Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.
Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.
Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.
MATA SEORANG LELAKI
Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…” Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang.
Ada yang tengok buah dda, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan naffsu sangat. Naffsu ini memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-samalah jinakkan hawa naffsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.
ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN
Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.
KESIMPULAN
Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah. Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berziina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah.
Sumber: islamituindah via takpernahtakrindu
The post Tanda-Tanda Awal Perziinaan Bermula Di Tempat Kerja, Jagalah Suami Isteri Sebelum Terlambat appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/12/11/tanda-tanda-awal-perziinaan-bermula-di-tempat-kerja-jagalah-suami-isteri-sebelum-terlambat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Sikap Suami Macam Inilah Yang Buat Jadi Musuh Isteri Tolong Berubah Sebelum Rumah Tangga Barai

15 Sikap Suami Macam Inilah Yang Buat Jadi Musuh Isteri Tolong Berubah Sebelum Rumah Tangga Barai

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 510 hits
15 Sikap Suami Macam Inilah Yang Buat Jadi Musuh Isteri Tolong Berubah Sebelum Rumah Tangga Barai Percayalah sebab sikap suami pun si dia boleh minta bercerai sebab kadang lelaki tak sedar yang perbuatan mereka dibenci dan perlahan lahan ak...
Bahagian Tempat Tidur Suami Isteri Atas Katil

Bahagian Tempat Tidur Suami Isteri Atas Katil

papar berkaitan - pada 7/12/2018 - jumlah : 1093 hits
Sebelum aku kawin dah banyak kali aku tengok gambar macam kat atas tu Lepas kahwin bahagian tempat tidur lelaki atas katil akan hanya kecik berbanding perempuan Mula mula aku ingat gambar tu Cuma sekadar lawak situasi dan keadaan yang saja ...
Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka

Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 615 hits
Isteri Sanggup Berhenti Kerja Lepas Kahwin Suami Patut Hargai Pengorbanan Mereka Mungkin ramai wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas berumah tangga Tindakan itu memang wajar dipuji Sebagai suami tentu anda rasa serono...
Suami Kalau Kerja Jauh Pjj Lagi Dia Manja Dengan Isteri

Suami Kalau Kerja Jauh Pjj Lagi Dia Manja Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 882 hits
Suami Kalau Kerja Jauh PJJ Lagi Dia Manja Dengan Isteri Ada suami isteri yang terpaksa berjauhan setelah berkahwin disebabkan beberapa kekangan Salah satunya adalah kerana kerja yang menuntut pasangan untuk berjauhan Dalam keterpaksaan mela...
Sejak Peristiwa Itu Saya Malu Nak Bermalam Di Luar Isteri Stress Suami Tidur Mengigau Bukan Biasa Biasa

Sejak Peristiwa Itu Saya Malu Nak Bermalam Di Luar Isteri Stress Suami Tidur Mengigau Bukan Biasa Biasa

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 1238 hits
Sejak peristiwa itu saya malu nak bermalam di luar Isteri stress suami tidur mengigau bukan biasa biasaBila dah berkahwin tiada lagi rahsia di antara pasangan Baik tabiat baik atau buruk semuanya diketahui Namun masalah pasangan kuat mengig...
Bertengkar Dengan Isteri Suami Hentam Kepala Ibu Mertua Dengan Tukul Sehingga Mati

Bertengkar Dengan Isteri Suami Hentam Kepala Ibu Mertua Dengan Tukul Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 441 hits
Bertengkar dengan isteri suami hentam kepala ibu mertua dengan tukul sehingga matiSeorang menantu tergamak membunuh ibu mertuanya sendiri dalam kejadian pembunuhan di Nganjuk Jawa Timur Indonesia yang dipercaya berpunca dari masalah keluarg...
Isteri Akan Cukup Gembira Apabila Suami Pakai Cincin Yang Diterima Masa Kahwin Dulu

Isteri Akan Cukup Gembira Apabila Suami Pakai Cincin Yang Diterima Masa Kahwin Dulu

papar berkaitan - pada 3/12/2018 - jumlah : 819 hits
Jom baca perkongsian manis daripada seorang suami dan bapa anak dua Bijen Mohd tentang bagaimana hanya dengan sebentuk cincin dapat membahagiakan hati isterinya TAK lama lagi insyaAllah genaplah 5 tahun usia perkahwinan saya dan isteri Saya...
Doa Senang Dapat Kerja Amalkan Sebelum Pergi Interview Insyaallah Mustajab

Doa Senang Dapat Kerja Amalkan Sebelum Pergi Interview Insyaallah Mustajab

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 2029 hits
Bukan mudah mendapatkan pekerjaan jika hanya menunggu dirumah tanpa ada usaha untuk mencari sesuatu peluang Dengan berkat usaha keyakinan serta doa maka peluang pekerjaan akan terbuka luas Doa Senang Dapat Kerja Amalkan Sebelum Pergi Interv...
Wahai Isteri Cuba Pujuk Suami Anda Berhenti Merokok Dengan 8 Cara Yang Disarankan Doktor Ini

Wahai Isteri Cuba Pujuk Suami Anda Berhenti Merokok Dengan 8 Cara Yang Disarankan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 420 hits
Puas pujuk tetapi suami tetap tak berhenti merokok Yang kaum mak mak mesti makin risau bila dah ada anak kecil dalam rumah Jadi macam mana nak pujuk encik suami supaya berhenti merokok Ok tak susah sebenarnya tetap peranan isteri boleh bagi...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense