Tanda Mak Sedang Alami Burnout Tapi Tak Sedar


Bila Badan Letih, Tapi Jiwa Pun Ikut Penat! Kadang kita mak-mak nie rasa pelik, tidur cukup, makan pun okay, tapi bila bangun pagi, rasa kosong. Rasa berat nak mulakan hari. Nak senyum pun rasa susah, tapi kalau nak marah tu jadi senang pulak. Semua benda kecil jadi besar!

Haaa... kalau pernah rasa begini, kita mungkin termasuk dalam kategori mak yang sedang alami burnout - keletihan fizikal, mental dan emosi yang terlalu lama tertahan! 



Burnout Bukan Sekadar Penat!
Tapi sebab kita ni mak, kita teruskan juga. Kita fikir, “biasalah, mak mana tak penat.”

Hakikatnya, burnout bukan sekadar penat ya!  Ia tanda badan dan minda dah bagi amaran — “tolong berhenti sekejap.”

1. Mak cepat marah dan mudah tersentuh
Dulu kita ni mak yang penyabar, tapi sekarang anak tumpahkan air pun boleh rasa nak meletup. Lepas tu, bila dah marah, rasa bersalah pula.

Sebenarnya, ini bukan sebab kita yang  dah berubah — tapi sebab mak dah terlalu penat!

Bila emosi terlalu lama ditekan, tenaga emosi makin habis. Kita bukan mak yang bukan jahat, tapi mak yang cuma perlukan rehat!

2. Badan penat walaupun dah rehatWalaupun dah tidur lama, badan tetap rasa berat. Sendi lenguh, kepala pening, semangat nak buat apa pun hilang. Ini antara tanda klasik burnout - badan dah “malas respon” sebab stres terlalu lama.

Cuba dengar apa badan kita cuba sampaikan. Kadang dia minta mak berhenti sekejap, bukan terus paksa diri.

3. Hilang minat dengan benda yang dulu buat mak gembiraDulu suka masak, suka berkebun, suka tengok drama-drama Korea kee...  tapi sekarang semua nampak “tak ada mood”.

Ini tanda emotional numbness — bila kita  dah jadi mak yang terlalu letih sampai emosi positif pun tak terasa dah!

4. Rasa diri tak cukup baik
“Kenapa aku tak pandai urus anak?”

“Kenapa orang lain boleh, aku tak boleh?”

Monolog ni selalu muncul bila burnout datang.

Kita mula rasa kita mak yang gagal, walaupun realitinya sebagai mak... kita dah buat lebih dari cukup.

Burnout  nie buat kita hilang perspektif — tapi sebagai seorang mak... kita kena tahu, letih tak bermakna lemah ok!

5. Terlalu kuat sampai lupa minta tolong
Ramai mak-mak yang terlalu biasa jadi “orang kuat”.

Kita buat semua sendiri — dari anak bangun tidur sampai semua orang lena semula. Tapi lama-lama,  kita  lupa satu perkara penting iaitu kuat pun perlu rehat! Tak salah minta tolong. Tak salah rehat. Tak salah menangis! 

Baca Juga:
Bila Mak Penat Emosi - Apa Patut Buat

Jom Buat Roti Canai Homemade


Apa Yang Mak Patut Buat Bila Rasa Burnout?1. Kenal pasti dan terima perasaan tu
Langkah pertama bukan terus cari solusi — tapi sebagai seorang mak, kita kena  akui dulu yang kita memang mak yang penat!

Kadang kita sibuk menafikan sampai lupa nak rawat. Bila kita sedar emosi sendiri, barulah kita  boleh mula sembuh perlahan-lahan.

2. Rehat sekejap... bukan menyerah, tapi pulihkan tenaga
Bila rasa “kosong”, ambil masa untuk diri sendiri. Tutup sekejap kerja rumah. Tidur 15 minit. Minum air suam. Tengok langit... Tarik nafas perlahan-lahan...  lepaskan... kita  akan rasa hidup kembali! 

3. Luahkan, jangan simpan
Kalau kita ada kawan baik atau pasangan yang boleh dengar...  cerita! Kadang kita cuma perlukan telinga yang faham, bukan nasihat. Dan kalau rasa burnout makin teruk, jangan takut cari bantuan profesional. Kaunselor dan psikolog ada untuk bantu, bukan untuk menilai!

4. Buat aktiviti yang isi semula jiwa
Masak kuih, siram pokok, solat dengan tenang, dengar lagu lama - benda kecil pun boleh jadi “ubat lembut” untuk jiwa kita. Asalkan kita buat dengan ikhlas dan tanpa tekanan.

Mak Burnout Bukan Mak LemahMak yang penat bukan mak yang gagal.

Mak yang menangis bukan mak yang kalah.

Kadang kita cuma lupa bahawa mak pun manusia — ada batas, ada hati yang juga perlu dijaga.

Jadi, mak-mak... bila rasa semua terlalu berat, berhenti sekejap. Tarik nafas. Jangan tunggu 'jatuh' baru kita nak rehat. Kerana keluarga perlukan mak yang bukan sempurna, tapi yang tenang dan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://aniemohamed.blogspot.com/2025/10/tanda-mak-alami-burnout.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mak Bukan Superwoman Tapi Kita Buat Yang Terbaik Untuk Anak

Mak Bukan Superwoman Tapi Kita Buat Yang Terbaik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 247 hits
Mak tengokkan kerja sekolah Mak lapar Mak nampak tak baju saya Bila dah bergelar mak perkataan rehat tu macam satu kemewahan yang sukar dicapai Kadang baru nak duduk terus ada suara kecil memanggil dari bilik sebelah Kadang baru nak minum k...
Ramai Pemandu Tak Sedar Mekanik Kongsi Tanda Awal Alternator Rosak

Ramai Pemandu Tak Sedar Mekanik Kongsi Tanda Awal Alternator Rosak

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 156 hits
Ramai Pemandu Tak Sedar Mekanik Kongsi Tanda Awal Alternator Rosak Kereta merupakan salah satu kemudahan penting dalam kehidupan masyarakat masa kini Dengan perkembangan pesat dunia moden kenderaan ini bukan lagi dianggap sebagai lambang ke...
Nak Cabut Gigi Tapi

Nak Cabut Gigi Tapi

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 219 hits
Pagi semua Salam Isnin Salam Mondayu Blues EhNi kisah hero kesayanga Selasa lepas dia mengadu gigi dah goyang dan berdarah Bila tengok ye memang dah goyang tapi tak goyang kuat Nak cabut sendiri risau sebab gigi tu geraham kecil Bila whatsa...
Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan

Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 374 hits
Makan dalam daun pisang ni memang tak asing lagi bagi umi sejak tahun 90an dulu masa bekerja di LRT Ampang dulu Boleh dikatakan dalam dua atau tiga kali dalam sebulan pasti ke gerai daun pisang di Jalan Ampang Memang jarang nak nikmati maka...
Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 224 hits
BernamaMenteri KDN berkata pihaknya akan semak bagaimana Adlan Berhan boleh bergerak di luar negara sedangkan pasportnya telah dibatalkan Menantu bekas PM Muhyiddin Yassin Adlan Berhan meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 M...
Rm1 215 Bilion Dah Dapat Tapi Pas Masih Nak Menipu

Rm1 215 Bilion Dah Dapat Tapi Pas Masih Nak Menipu

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 151 hits
Alif JamilPage Greater Terengganu Development ni dulu pun bukan anti pada PAS malah agak pro juga kpd PAS Tapi akhirnya harini page ni pon dah tak tahan lagi dgn budaya pembohongan politik yg makin menjadi Bila fakta kewangan negeri pun nak...
Nak Mulakan Bisnes Makanan Tapi Tak Tahu Nak Jual Apa Ini Idea Menu Delivery Laku Keras

Nak Mulakan Bisnes Makanan Tapi Tak Tahu Nak Jual Apa Ini Idea Menu Delivery Laku Keras

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 261 hits
Nak Mulakan Bisnes Makanan Tapi Tak Tahu Nak Jual Apa Ini Idea Menu Delivery Laku Keras Ramai orang nak mulakan bisnes makanan tapi selalu terhenti di langkah pertama tak tahu nak jual apa Jangan risau artikel ini akan bantu anda dengan sen...
Masih Sehala Tapi Tak Lagi Bersama

Masih Sehala Tapi Tak Lagi Bersama

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 181 hits
23 Oktober 2025 Khamis Kembali berbicara di sini selepas beberapa hari membiarkan ruang ini sepi Dalam diam aku belajar satu perkara tidak semua hubungan memerlukan banyak bicara untuk terasa baik Cukup dengan saling menghormati tahu batas ...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup

Gambar Aku 6 Tahun Tadika