Cara Org Berpolitik Bekerja
Norman Radzuan.
Pemimpin UMNO bekerja perlu dipelajari
Saya suka cara wakil rakyat UMNO Onn Hafiz, Johan Aziz dan Dr Akmal Saleh selesaikan masalah rakyat. Selalu saya lihat di Tik Tok content mereka melintas. Mereka terus hubungi pihak berwajib utk selesaikan masalah ditempat mereka lawati.
Bukan sahaja kakitangan awam tetapi kontraktor2 yg bertanggungjawab disergah. Mereka tidak kira apa kakitangan awam atau kontraktor2 kata…asalkan rakyat gembira.
Menambahkan pakej mereka sebagai org politik bekerja… mereka gunakan media sosial masing2. Apa tindakan dilakukan rakyat dpt melihat.
Zaman era ini jika anda bekerja org tidak tahu mereka akn kata anda tidak bekerja…tapi dgn media sosial anda selesaikan 10 pemasalahan seperti anda bekerja sepanjang tahun.
Bukan tidak ada pimpinan PH membantu rakyat tetapi strategi kurang menarik. Dtg berikan bantuan itu typical politician… tapi dtg melihat mengampil tindakan segera itu agak luar biasa.
Saya harap pemimpin PH belajar dari pemimpin UMNO bab ini… take it in positive way. Waktu saya di pejabat UMNO rakan perpaduan dia sana beritahu… “Pemimpin engkau kena ada attitude sebagai pemimpin kerajaan bukan pembangkang. Jgn takut2… kalau takut2 diambil kesempatan lawan takut jadi pembangkang.”
Moralnya kita ambil potitif… ya kena ada pendekatan baru. Selesaikan masalah rakyat dgn cara baru bukan bila viral dtg beri bantuan. Itu pemimpin kena lakukan, nampak jalan raya menyusahkan rakyat sila laporkan bukan biarkan. Kuasa ada dan HP ada ditangan…call saja pihak yg bertanggungjawab ( PBT ).
Penyelaras DUN kena rajin turun padang bukan tunggu di pejabat sahaja menunggu aduan. Paling PENTING setiap wakil rakyat mesti mempunyai team media yg baik.
Team media kena tahu ‘bikin filem’ dan tahu macamana mahu viralkan. Jgn kedekut spend duit utk tujuan ini. Jgn content asal ada, tak menarik… kena profesional atau semi pro team… Ia sgt penting.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2023/09/cara-org-berpolitik-bekerja.html