Tanda Kolesterol Tinggi Yang Ramai Tak Sedar
Kolesterol tinggi ni memang licik, sebab dia tak tunjuk tanda-tanda jelas. Ramai orang yang ada kolesterol tinggi sebenarnya tak sedar pun, sebab badan rasa biasa je.
Tapi jangan salah sangka, kolesterol tinggi ni boleh bagi kesan buruk pada jantung dan saluran darah. Kalau tak jaga, boleh membawa padah. Jom kita sembang sikit pasal tanda-tanda yang mungkin korang tak perasan.
Pernah rasa cepat penat walaupun buat kerja ringan? Macam baru lipat kain je tapi dah rasa nak baring? Haa, ini salah satu petunjuk awal kolesterol tinggi. Badan korang macam cepat surrender sebab saluran darah mungkin dah mula tersumbat. Kalau ada rasa macam ni, jangan buat tak tahu
Tanda kolesterol tinggi yang ramai tak sedar. Gambar kredit Pinterest.com
Lepas tu, cuba tengok area mata. Ada nampak bintik-bintik kekuningan? Itu namanya xanthelasma. Benda ni muncul bila kolesterol dalam darah korang dah tahap berlebihan. Kadang-kadang, orang anggap ni benda remeh, tapi sebenarnya itu amaran kecil dari badan korang
Tanda lain yang biasa orang alami tapi tak ambil serius adalah sakit dada atau sesak nafas. Bila saluran darah ke jantung terganggu, sakit dada ni boleh jadi lebih kerap lepas korang buat aktiviti berat. Jangan tunggu lama, terus pergi check kalau ada rasa macam ni
Tapi jangan harap pada simptom je, sebab kolesterol tinggi ni memang bijak sembunyi. Cara paling tepat untuk tahu tahap kolesterol adalah dengan buat blood test secara berkala. Tak susah pun, cuma pergi klinik dan check. Daripada menyesal kemudian hari, baik cegah awal-awal
Paling penting, jagalah pemakanan. Kurangkan makanan berminyak, lebihkan sayur dan buah. Buat exercise pun penting, jangan malas. Gaya hidup sihat ni tak susah kalau korang konsisten. Bila kolesterol terkawal, badan korang pun rasa lebih ringan dan aktif
Kesihatan ni aset paling mahal. Jangan tunggu sampai ada masalah baru nak bertindak. Mulakan dari sekarang, InshaAllah korang boleh elak risiko yang lebih besar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/01/tanda-kolesterol-tinggi-yang-ramai-tak.html