Bagaimana Amalan Puasa Isnin Khamis Jadikan Hidup Anda Lebih Ringkas Mudah Dan Berjaya




Berpuasa bukan perkara asing lagi sekarang. Semua orang, samada yang percaya atau tidak kepada Tuhan, yang ada agama, malah yang tak ada agama pun, bercakap mengenainya. Itu terjadi setelah kajian demi kajian membuktikan yang amalan berpuasa sangat besar manfaatnya bagi manusia.
Dalam artikel ini saya mahu beri tumpuan terhadap manfaat berpuasa dalam membantu anda untuk meringkaskan kehidupan jika dilakukan secara tetap. Tetap di sini bererti samada secara berjadual sekurang-kurangnya setiap bulan. Atau jika mahu perkasakan lagi keberkesanannya, diulang sebagai rutin pada setiap minggu.
Untuk anda yang baru nak mula, boleh jadikan ia amalan berjadual setiap bulan terlebih dulu. Anda hanya perlu ikut kiraan bulan qamariah. Setiap kali masuknya bulan qamariah yang baru, anda boleh berpuasa sehari. Bila dah selesa sikit, boleh berpuasa 2 atau 3 hari berturut-turut setiap kali masuknya bulan qamariah baru. 
Kemudian boleh ditambah pula dengan berpuasa apabila masuknya pertengahan bulan qamariah. Dengan berbuat begitu maka jadual berpuasa anda akan menjadi tetap. Setiap kali muncul anak bulan menandakan masuk bulan baru, anda berpuasa. Bila bulan mengambang penuh, anda juga berpuasa. Ini cara pertama.
Untuk cara kedua, anda boleh amalkan puasa setiap hari isnin dan khamis. Ini memang dah jadi satu amalan sunat yang banyak diamalkan oleh orang tua-tua kita sejak dulu lagi. Amalan ini bukan sahaja membolehkan anda mendapat pahala, malah kehidupan secara automatik menjadi ringkas dan mudah.
Puasa Isnin KhamisSaya nak beri tumpuan pada amalan puasa setiap hari isnin dan khamis untuk pujuk anda agar amalkannya sehingga jadi amalan tetap yang tidak akan ditinggalkan lagi sepanjang hayat.
Amalan ini dah saya amalkan sejak lebih 20 tahun yang lalu dan saya sendiri tak ingat bila tahun saya mulakannya. Yang pasti, saya mula selepas dah berumah tangga dan dah berniaga, ertinya antara tahun 2003 ke 2005 dulu.
Berikut di bawah saya kongsikan apa yang saya dapat dari mengamalkan puasa setiap minggu 2 kali itu yang menjuruskan kepada kehidupan menjadi lebih ringkas dan mudah buat diri saya.
1. Kesihatan.Secara mudah, saya dapat alami sendiri faedah kesihatan hasil dari berpuasa ini jika dibandingkan sebelum amalkannya dulu dan selepas. Jika sebelum dulu, saya mudah kena demam, setelah amalkan puasa, demam merupakan perkara yang jarang berlaku. Jika kena serangan virus atau seumpamanya, rasa panas di waktu petang, esoknya akan terus hilang lebih-lebih lagi jika esok itu hari isnin atau khamis.
Saya yakin anda sendiri tahu bahawa kajian demi kajian menunjukkan mereka yang mengamalkan puasa secara berselang seli membantu menyihatkan tubuh badan.
Faktor kesihatan itu memudah dan meringkaskan hidup anda.
Tak perlu habiskan duit menelan ubat-ubatan yang berupa dadah sintetikTak perlu habis duit belanja untuk beli makanan tambahan / 'supplements' yang kononnya menambah bekalan keperluan badan anda.Membantu tubuh badan membuang segala racun atau toksik yang berada di dalam badan secara teratur dan konsisten.Paling penting terutama zaman mencabar ini, masa dan wang yang terpaksa dikeluarkan untuk berjumpa doktor dapat dijimatkan kerana anda jarang jatuh sakit, kalau sakit pun akan cepat sembuh.2. Kekal bentuk badan.Ini merupakan antara faktor penting yang membuatkan saya putuskan untuk berpuasa setiap hari isnin dan khamis dulu. 
Ia bermula dengan pertanyaan kenapa setiap kali masuk bulan ramadan, saya boleh pakai seluar yang lebih kecil saiz pinggangnya. Malah kena pakai saiz itu supaya tak rasa longgar dan terlondeh jika tiada tali pinggang. Bila ramadhan makin jauh ditinggalkan, saya kena pakai saiz yang lebih besar pula sebab saiz kecil itu sudah jadi ketat. 
Bermula dari situ lah tercetusnya idea untuk terus berpuasa pada hari raya kedua, iaitu puasa enam, sebab nak kekalkan saiz yang dah slim. Bila selesai puasa 6, saya sambung pula dengan puasa isni, kemudian khamis dan begitulah berterusan, sedar tak sedar dan lebih 20 tahun. 
Ternyata memang betul, dengan berpuasa tetap badan anda sentiasa kekal slim. Dengan bentuk badan yang konsisten itu anda dapat banyak manfaat.
Anda jimatkan duit daripada menyertai ‘fitness centre’ untuk kekalkan bentuk badan.Tak tertipu keluarkan duit untuk beli ubat kurus yang biasanya mahal nak mampos sebab yang menjual atau jadi duta produk adalah artis terkenal.Anda jimatkan duit beli pakaian berbeza saiz. Satu untuk kegunaan selepas bulan puasa dan satu saiz lagi untuk beberapa bulan menjelang bulan puasa.3. Tinggikan produktiviti.Setiap kali anda berpuasa pada hari isnin dan khamis, waktu yang terpaksa digunakan untuk minum dan makan boleh digunakan untuk urusan kerja atau beribadah. Jom kira penjimatan masa di situ.
Sarapan pagi pertama - 45 minitMinum pukul 10 pagi - 45 minitMakan tengahari - 1 jam 30 minitMinum petang - 45 minitSemua itu membolehkan anda tingkatkan produktiviti sebanyak 3 jam 40 minit. Dan ia berlaku setiap hari isnin dan khamis. Satu lagi kelebihannya, setiap isnin dan khamis kawan-kawan tidak akan ganggu ajak minum kerana tahu anda berpuasa. 
Gangguan dihilangkan secara automatik. 
4. Mudah menabung.Setiap hari Isnin dan Khamis, wang anda dapat dijimatkan untuk belanja makan dan minum seperti tersenarai di atas lebih kurang RM 50. Dalam tempoh seminggu anda mampu berjimat sebanyak RM100. Dalam masa sebulan anda mampu menabung sebanyak RM400. Ini belum ambil kira penjimatan dalam belanja kawan-kawanyang sertai anda makan dan minum bersama.
5. Rutin balik awal.Setiap kali berpuasa, saya lebih gemar pulang awal dan berbuka di rumah. Saya yakin anda juga begitu. Kalau tidak, saya syorkan agar ikut cara itu untuk sentiasa utamakan berbuka bersama keluarga di rumah. Bila lagi nak bersama mereka. 
Ini menjadikan keluarga tersenyum riang setiap hari Isnin dan Khamis kerana tahu anda akan pulang awal.
Jika anda masih bujang dan tinggal dengan ibu, anda membahagiakan ibu.Jika sudah kahwin, anda membahagiakan isteri dan juga anak-anak.Nah! 
Saya berjaya senaraikan 5 kelebihan dalam mengamalkan puasa isnin khamis. Saya yakin anda tentu akui kebenaran apa yang saya nyatakan di atas. 
Cuma masalahnya adalah untuk mengamalkannya. Ia adalah sesuatu yang sangat sukar bagi mereka yang lemah semangat dan tidak tinggi keazaman. 
Bab nak ajar macam mana nak amalkan itu saya tak dapat bantu. Anda sendirilah perlu cara jalan yang terbaik untuk melaksanakannya. Saya berikan sedikit petua di bawah.
Petua puasa isnin khamisBerikut beberapa petua yang boleh anda guna untuk mengamalkannya.
Tanam azam hari ini dan sekarang juga untuk mula berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis.Set telefon bimbit agar mengingatkan anda pada malam Isnin dan malam Khamis.Pasang niat sebaik saja telefon berdering mengingatkan anda untuk berpuasa keesokan harinya.Katakan pada diri anda, jika aku gagal buat amalan yang cukup baik dan terlalu banyak faedahnya seperti di atas, maka apa jaminan untuk aku menjadi orang yang berjaya?Bagun sahur sekurang-kurangnya untuk minum.Berhenti makan dan buat perkara lain yang membatalkan puasa keesokan harinya.Jika rasa macam tak larat pagi esok dan terdetik tak mau puasa, katakan pada diri anda ‘aku tak akan mati hanya kerana berhenti makan sehingga masuknya waktu magrib'. Jangan layan kemanjaan tubuh dan minda yang terlalu lemah sebegitu.Saya syorkan pada anda yang membaca agar tanam azam dan segera lakukan amalan puasa Isnin Khamis. Terutamanya jika anda mahu jadi usahawan. Juga kepada anda yang memang dah jadi usahawan. 
Ini adalah satu suntikan semangat untuk mengubah diri anda menjadi orang yang komited dan berjaya dalam usaha yang dilakukan. Insyaallah anda boleh lakukan demi kejayaan, harungi apa saja cabaran untuk menjadi lebih baik.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2025/01/bagaimana-amalan-puasa-isnin-khamis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah Cepat Betul Ke

Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah Cepat Betul Ke

papar berkaitan - pada 27/12/2024 - jumlah : 121 hits
Anak pertama lambat nak bersalin yang kedua pula lancar mudah dan cepat Betul ke Sememangnya proses melahirkan bayi akan menjadi lebih cepat serta mudah untuk kelahiran kedua dan seterusnya Malahan pada peringkat awal proses kelahiran akan ...
Puasa Mengikut Jam Detoks Semulajadi Badan Dan Otak Lebih Cergas

Puasa Mengikut Jam Detoks Semulajadi Badan Dan Otak Lebih Cergas

papar berkaitan - pada 6/1/2025 - jumlah : 157 hits
Puasa bukan sekadar ibadah tapi juga satu terapi untuk tubuh badan kita Tahu tak setiap jam kita berpuasa badan akan melalui pelbagai proses pemulihan yang sangat bermanfaat Dari mengurangkan paras gula dalam darah hinggalah ke proses autop...
Semuanya Lebih Mudah Jimatkan Masa Mak Ayah Dengan Penyedia Penyelesaian Sistem Aplikasi Awfatech

Semuanya Lebih Mudah Jimatkan Masa Mak Ayah Dengan Penyedia Penyelesaian Sistem Aplikasi Awfatech

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 104 hits
Berbanding dahulu apa jua yang melibatkan urusan anak anak mak ayah perlu mengisi borang panjang lebar untuk mengisi data kini tidak lagi bila adanya sistem yang lebih baik Paling membantu pastinya sistem aplikasi yang dapat membantu menjim...
10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/12/2024 - jumlah : 144 hits
nbsp 10 MENU SARAPAN RINGKAS YANG DISUKAI ANAK ANAK Muism cuti sekolah sering mnejadi masa yang dinanti nantikan oleh anak anak untuk berehat dan berseronok Tapi tidak pada ibu ibu kerana ia merupakan cabaran untuk menghadapi anak anak apab...
6 Rahasia Resep Minuman Kopi Yang Lebih Nikmat Dan Sehat

6 Rahasia Resep Minuman Kopi Yang Lebih Nikmat Dan Sehat

papar berkaitan - pada 25/12/2024 - jumlah : 110 hits
image paleoplan Kopi adalah salah satu minuman favorit di berbagai wilayah penjuru dunia Karena kandungan dan manfaat yang baik untuk kesehatan menjadikan hasil bumi ini laris di pasaran Sejak zaman dahulu minuman kopi dikenal sebagai minum...
Pas Ni Agama Penting Ker Atau Politik Lebih Penting

Pas Ni Agama Penting Ker Atau Politik Lebih Penting

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 131 hits
Desa HMJelas hukum dalam agama fitnah itu dosa besar dan diharamkan dalam agama Jelas jugak mahkamah jatuh hukum tukang fitnah didenda kena bayar RM 750 000 kepada yangg difitnah Kalau tak bayar kerusi parlimen Kepala Batas akan dikosongkan...
Resipi Sata Ikan Sedap Mudah Buat Sendiri Lagi Puas Hati

Resipi Sata Ikan Sedap Mudah Buat Sendiri Lagi Puas Hati

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 108 hits
Siapa di sini suka makan Sata Ikan Lebih lebih lagi bila berkunjung ke Pantai Timur iaitu Terengganu dan Kelantan Pasti sata antara menu yang dicari Sata adalah sejenis makanan ringan yang diproses dari isi ikan Kemudian dibalut dengan daun...
Patung Dewa Murugan Tertinggi Di Dunia Terletak Di Batu Caves

Ditahan Isa Kerana Mahu Serang Orang Islam

Setia Alam Shooter Opens Fire On Janitor After Request To Relocate His Belongings

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Sains Pembungkusan Terbiodegradasi Perspektif Dari Rantaian Bekalan Mampan

The Role Of Jewelry Showcases In Attracting Customers And Boosting Sales

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari

Fuel Prices Remain Unchanged

Bernama Rtm Urged To Promote Awareness Campaigns On Repaying Loans

Fadhlina Offers Help To Alleged Child Abuse Victim In Perlis

Pelaburan Rm3 Juta Svg Worldwide Ss25 Mendefinisikan Semula Fesyen Jalanan Malaysia

Cara Elak Getah Nagka Lekat Kat Tangan