Tanda Kiamat Wabak Pandemik


بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


Lebih kurang 2 jam yang lalu, badan antarabangsa, World Health Organization (WHO) telah mengisytiharkan Coronavirus sebagai wabak pandemik. Pandemik diambil dari istilah Yunani. Pan bermaksud semua & Demos bermaksud orang.

Pandemik adalah peringkat wabak yang kritikal & paling berisiko ke atas semua orang. Bermaksud ia merupakan wabak yang tidak terkawal & merebak antara negara. Bahkan ia berpotensi tersebar ke serata dunia.

⚫️ Ingatan Nabi.

Baginda telah mengingatkan kita, antara gejala diambang berlakunya kiamat adalah kematian besar-besaran yang berpunca dari penyakit merebak.

ثُمَّ مُوتَانٌ يَأْخُذُ فِيكُمْ كَقُعَاصِ الغَنَمِ

"Kemudian berlakunya kematian besar-besaran yang membinasakan kamu semua seperti matinya kambing" - hr Bukhari.

Ibnu Faris menyatakan ia adalah penyakit yang menyerang dada hingga dirasakan seperti hingga mematahkan tulang leher. Adapun Qadhi Abu 'Iyadh menjelaskan ia adalah penyakit taun yang mematikan. Sementara Ibnu Athir berpandangan ia adalah penyakit yang mematikan ramai orang, berlaku di banyak tempat.

Nabi menggambarkan bencana wabak di ambang berlakunya kiamat, menyebabkan nyawa manusia ibarat seperti kambing. Statistik kematian yang kian bertambah, memperlihatkan nyawa manusia seakan-akan sudah kehilangan nilai.

⚫️ Taun: Pandemik.

Terdapat beberapa riwayat hadith Nabi yang mengingatkan penularan wabak taun sebagai sebahagian dari tanda hampirnya kiamat. Antaranya:

لم تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ في قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمُ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمُ الَّذِينَ مَضَوْا

"Tidak zahir dosa kekejian sesebuah kaum sehingga mereka melakukannya secara terang-terangan, melainkan akan merebak ke atas mereka penyakit taun & kebuluran. Ia sama sekali belum pernah menimpa generasi terdahulu dari mereka" - hr Ibnu Majah.

Dalam hadith ini Nabi memberi ancaman ke atas masyarakat yang bangga melakukan dosa secara terang-terangan. Mereka akan ditimpa bala berupa wabak penyakit & kesusahan hidup.

Perkataan 'taun' di dalam Bahasa Arab merujuk kepada apa-apa wabak penyakit yang merebak dengan pantas. Ia mengancam semua orang. Pantasnya ia merebak, hingga manusia tidak sempat berubat melainkan hanya mampu mengambil langkah kuarantin sebagai kaedah pencegahan.

Nabi turut mengingatkan bahawa wabak yang ditimpakan itu datang dengan versi-versi penyakit yang baharu. Ia belum pernah melanda generasi terdahulu.

⚫️ Bertaubat Di Waktu Cemas.

Sememangnya Allah datangkan ujian yang dahsyat agar manusia merasa cemas lalu insaf kembali kepada Allah. Bala merupakan desakan dari Allah untuk manusia segera bertaubat. Allah berfirman:

وَإِذَا مَسَّ الْإِنسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَن لَّمْ يَدْعُنَا

"Dan apabila manusia ditimpa bahaya, maka dia berdoa kepada Kami dalam keadaan baring, duduk atau berdiri. Tetapi setelah Allah menghilangkan bahaya itu daripadanya, dia kembali (lalai) seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami" - Yunus 12.

⚫️ Inisiatif.

Menyedari penularan wabak COVID-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik, kita perlu mematuhi segala arahan pencegahan dari pihak berwajib. Apa yang kita harapkan, kerajaan peka di tahap tertinggi dengan perkembangan ini.

Nabi telah mengemukakan kaedah kuarantin ketika menangani wabak berjangkit . Baginda bersabda:

إذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأرْضٍ، فلاَ تَقْدمُوا عَلَيْهِ، وإذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا، فَلا تخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

"Apabila kamu mendengar wabak taun (penyakit berjangkit) di suatu tempat, maka janganlah masuk ke dalamnya. Dan apabila kamu telah pun berada di tempat tersebut, janganlah keluar darinya" - hr Bukhari & Muslim.

Wabak berjangkit mudah merebak di tempat-tempat berkumpulnya manusia, termasuklah masjid. Perbanyakkanlah doa agar Allah merahmati kita & segera mengangkat bala ini.

Abdul Mu'izz Muhammad
12 Mac 2020
Sumber
اللهم صل على محمد وآل محمد
(Allahumma salli 'ala Muhammad wa ali Muhammad)سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ
(SubhanAllahi wa biHamdihi, SubhanAllahil adzim)
سبحانك اللهم وبحمدك أشهد ان لا إله إلا أنت أستغفرك وآتوب إليك
(Subhanakallahumma wabihamdika asyhadu allaailaaha illa anta astaghfiruka wa atuubu ilaika)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mohdnoorshawal.com/2020/03/tanda-kiamat-wabak-pandemik-covid19.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 462 hits
Assalamualaikum Semasa belajar Pendidikan Islam di tingkatan 4 tahun 1989 di SM Sains Machang Kelantan dahulu ustaz ada mengingatkan kami sekelas tentang tanda tanda hari kiamat bakal menjelma Dia bagitahu tanda2 kiamat tu ada dua iaitu ham...
Gunung Gunung Berapi Di Indonesia Kembali Aktif Tanda Kiamat Kecil Dunia Akan Berlaku

Gunung Gunung Berapi Di Indonesia Kembali Aktif Tanda Kiamat Kecil Dunia Akan Berlaku

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 505 hits
Letusan gunung berapi yang berlaku di beberapa buah negara sangat menggerunkan sehingga ada nyawa yang terkorban Tetapi letusan ini tidak hanya memberikan kesan yang negatif sahaja malah turut memberikan impak yang positif terhadap landskap...
Cara Menghilangkan Tanda Panah Di Atas Header Blog

Cara Menghilangkan Tanda Panah Di Atas Header Blog

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 582 hits
SEJAK ada perubahan dashboard Blogger yang baru template blog hasil customize memunculkan tanda panah di atas header Berikut ini Cara Menghilangkan Tanda Panah di Atas Header Blog Ini tanda panahnya Sumber tanda panah itu adalah kode head d...
Spekulasi Salahuddin Keluar Amanah Tanda Pn Tersepit

Spekulasi Salahuddin Keluar Amanah Tanda Pn Tersepit

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 251 hits
AMNI JAGAT Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau bersama sama lima lagi ahli parlimen dari Parti Amanah Negara akan mengumumkan untuk keluar dari parti tersebut dan bersama sama dengan Perikatan Nasional Beliau...
Mengenal Puguk Idun Pahlawan Tanpa Tanda Jasa Dari Lematang Ilir Melawan Pasukan Gajah Merah

Mengenal Puguk Idun Pahlawan Tanpa Tanda Jasa Dari Lematang Ilir Melawan Pasukan Gajah Merah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 201 hits
Namanya adalah Rohidun bin Dalaman Di kampungnya Desa Purun Kecamatan Penukal Kabupaten Penukal Abab Lematang Ilir Provinsi Sumatera Selatan ia akrab disapa Puguk Idun Lelaki yang sebenarnya tak ingat secara pasti kapan ia dilahirkan itu me...
Tanda Orang Beriman

Tanda Orang Beriman

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 185 hits
Sesungguhnya orang orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat ayatNya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal orang orang yang mendirikan solat...
Pemuda Sosialis Dap Tampal Tulisan Cina Sultan Selangor Arah Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu

Pemuda Sosialis Dap Tampal Tulisan Cina Sultan Selangor Arah Ganti Semua Papan Tanda Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 456 hits
Hari ini kita digemparkan lagi dengan isu penampilan tulisan cina pada papan tanda jalan dan ini dilihat seperti sengaja untuk mengganggu keamanan dan mencetuskan ketegangan kaum di Malaysia Menurut laporan Berita Harian perkara ini dilakuk...
Papan Tanda Cina Ingat Ini Bukan Negara Komunis China

Papan Tanda Cina Ingat Ini Bukan Negara Komunis China

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 232 hits
Perbuatan biadab DAP ekstremis langgar Perlembagaan PersekutuanBANGI 2 Muharram 1442H Jumaat Perbuatan biadab Pemuda Sosialis DAP Sarawak meletakkan karektor tulisan Cina di papan tanda jalan yang sudah tertera bahasa Melayu dianggap sangat...
Pelekat Berbahasa Cina Di Papan Tanda Jalan Ditanggalkan Kata Pemuda Dap Kuching

Pelekat Berbahasa Cina Di Papan Tanda Jalan Ditanggalkan Kata Pemuda Dap Kuching

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 270 hits
Pemuda DAP mendakwa Dewan Bandaraya Kuching Utara sudah menanggalkan pelekat berbahasa Cina daripada beberapa papan tanda jalan yang cuba dikembalikannya Dalam satu catatan Facebook pada Khamis katanya ia menampal pelekat berbahasa Cina unt...
Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

The Oven Of Elfarion A Spanish Folk Tale That Will Warm Your Heart And Fill Your Stomach

Jangan Sesekali Cerita Benda Ni Kat Bos


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


10 000 Langkah Program Kembara Madani Afiat Negeri Sarawak 2024

Pengalaman Seram Siapa Bagi Salam Dalam Surau R R

Pengiring Vip Semakin Menggila Terbaru Langgar Kereta Orang Awam

Vicente Stays Calm Despite Key Player Absences For India Friendly

Siti Muncul Juara Siri Antarabangsa Malaysia

5 Beradik Yatim Piatu Sekelip Mata Ibu Bapa Dilanggar Pemandu Mabuk