Tanda Amalan Pada Bulan Ramadan Diterima


Alhamdulillah, Ramadan sudah selamat ditempuhi dan kini kita sedang melewati pula bulan istimewa Syawal.
Ucapkanlah syukur kerana Allah telah memudahkan kita menjalaninya dengan penuh sabar sekalipun dalam kekangan pergerakan, kekangan keinginan untuk membeli, kekangan untuk beribadah di masjid dan bermacam-macam lagi sepanjang tempoh negara berperang dengan ancaman pandemik Covid-19.
“Alhamdulillah ‘ala kulli hal”
Alhamdulillah untuk segalanya.
Namun setelah pelbagai amal ketaatan diusahakan sepanjang Ramadan, adakah ia terhenti selepas kita memasuki Syawal? Aduhai sayang jika begitu. Harapnya kita masih direzekikan istiqamah untuk terus melakukan amal ibadah dan menjadikan ia sebagai rutin biasa sehari-hari.
Antara tanda tanya yang kerap dilontarkan oleh ramai orang selepas Ramadan ialah – bagaimana untuk mengetahui sama ada amalan Ramadan diterima? Menurut para ulama, ada beberapa perkara yang menjadi tanda amalan diterima.
#1- Menjadi Lebih Baik Daripada Sebelumnya
Syaikh Shalih Al-Fauzan hafidzahullah berkata,
إن من علامة قبول شهر رمضان أن تكون حال المسلم بعده أحسن من حاله قبل رمضان لأن الحسنة تدعو إلى الحسنة، والعمل الصالح يدعو إلى العمل الصالح
“Diantara tanda diterimanya amal soleh di bulan Ramadan adalah keadaan seorang muslim setelahnya menjadi lebih baik daripada sebelum Ramadan, kerana kebaikan akan mengajak kepada kebaikan (selanjutnya) dan amal soleh akan mengajak pada amal soleh lainnya.”
Dapat difahami bahawa ‘lebih baik’ di sini boleh diertikan dengan pelbagai perkara yang dikira soleh dan baik di sisi Islam. Contohnya, jika dia selama ini tidak suka bersedekah atau kedekut, dia menjadi lebih pemurah selepas Ramadan.
Jika sebelum ini dia seorang yang tidak menjaga kata-kata, kerap bercakap kasar atau mengadukan keburukan orang, maka dia jadi lebih berhati-hati kerana telah memahami berat tanggungan dosa lisan. Jika selama ini dia kurang menjaga solat, bangun lewat untuk Solat Subuh, maka kini dia lebih awal menunaikannya dan begitulah seterusnya.
#2- Berpuasa 6 Hari Di Bulan Syawal
Tanda yang lain pula adalah melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Jangan tak tahu, bukan Ramadan sahaja yang ada tawaran ganjaran berganda. Umat Islam sangat dianjurkan berpuasa enam hari pula di bulan Syawal kerana ia umpama seseorang itu berpuasa selama setahun!
Daripada Abu Ayub al-Ansari RA yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun” (Riwayat Muslim, no. 1164)
Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahullah pula mengulas bahawa kembali melakukan puasa setelah puasa Ramadan merupakan tanda diterimanya amalan puasa Ramadan. Hal ini kerana, jika Allah menerima amalan seseorang hamba, Allah akan memberi taufik untuk dia melakukan amal soleh selepas itu.
#3- Berterusan Melakukan Kebaikan
Para ulama juga mengatakan bahawa “balasan dari kebaikan adalah kebaikan selanjutnya”. Allah memudahkannya melakukan kebaikan yang seterusnya, lagi dan lagi sehingga dia mencapai kemanisan dalam beribadah kepada Allah.
Ibnu Rejab mengulas lagi,
“…siapa yang melakukan kebaikan lantas diikuti dengan kebaikan selanjutnya, maka itu tanda amalan kebaikan yang pertama diterima. Sedangkan yang melakukan kebaikan lantas setelahnya malah ada keburukan, maka itu tanda tertolaknya kebaikan tersebut dan tanda tidak diterimanya.” (Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 388)
Kesimpulan
Seorang mukmin itu, kebaikannya tidak mengikut musim atau suasana. Dia terus-terusan melakukan amal ibadah sekalipun Ramadan telah berlalu. Ramadan datang untuk menghidupkan rasa beribadah dalam diri, dan diteruskan pula dengan semangat serta keinginan yang tinggi untuk terus menghidupkan Ramadan di hati.
 
Sumber: tzkrh.com 
The post Tanda Amalan Pada Bulan Ramadan Diterima appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/tanda-amalan-pada-bulan-ramadan-diterima/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aktiviti Bulan Ramadan Pakej 1 Hari 1 Juz Al Quran Sepanjang 30 Hari Khatam 30

Aktiviti Bulan Ramadan Pakej 1 Hari 1 Juz Al Quran Sepanjang 30 Hari Khatam 30

papar berkaitan - pada 9/5/2021 - jumlah : 334 hits
PROGRAM HARIAN DI BULAN RAMADHAN PAKEJ 1 HARI 1 JUZ Adakah anda tahu bahawa 1 Juz di dalam al Quran bersamaan dengan 20 mukasurat Jadi jika anda mempunyai niat dan target untuk khatamkan al Quran di dalam bulan Ramadhan ini kami sediakan un...
5646 Serangan Biadap Zionis Israel Terhadap Para Jemaah Masjid Al Aqsa Pada Bulan Ramadan Sidang Media Ppim 11 05 2021

5646 Serangan Biadap Zionis Israel Terhadap Para Jemaah Masjid Al Aqsa Pada Bulan Ramadan Sidang Media Ppim 11 05 2021

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 372 hits
Sekurang kurangnya 200 rakyat Palestin cedera selepas polis Israel menyerbu Masjid Al Aqsa dan menembak jemaah menggunakan peluru getah dalam kejadian di wilayah timur Baitulmaqdis pada Jumaat lalu Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengutuk...
Menu Wajib Bulan Ramadan Cuba Buat Bubur Lambuk Yang Sedap Ini

Menu Wajib Bulan Ramadan Cuba Buat Bubur Lambuk Yang Sedap Ini

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 315 hits
Siapa di sini suka makan bubur lambuk Popular dalam bulan Ramadhan bubur lambuk ini memang menjadi juadah yang wajib Kalau tak ada juadah ini memang tak lengkaplah puasa Kalau kamu nak tahu bubur lambuk di bazar masjid dan buat sendiri mema...
Malam Lailatul Qadar Kapan Terjadi Tanda Tanda Dan Amalan Di Dalamnya

Malam Lailatul Qadar Kapan Terjadi Tanda Tanda Dan Amalan Di Dalamnya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 335 hits
Coba perhatikan beberapa catatan kami tentang lailatul qadar berikut ini berisi bahasan kapan terjadinya lailatul qadar tanda tandanya dan amalan di dalamnya Apakah hari terakhir Ramadhan kita sudah sesuai catatan ini
Hiburan Pakai Baju Nampak Perut Netizen Tegur Intan Najuwa Supaya Hormat Bulan Ramadan

Hiburan Pakai Baju Nampak Perut Netizen Tegur Intan Najuwa Supaya Hormat Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 295 hits
Pelakon kecil molek Intan Najuwa menjadi tumpuan warga maya apabila sering memuat naik video memaparkan dia menggayakan busana cantik di Instagram Meskipun industri hiburan kini sibuk dengan berita pelanggaran SOP oleh artis artis terkenal ...
Ramadan 30 Sahur

Ramadan 30 Sahur

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 264 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini sahur terakhir Ramadan untuk tahun ni sekejap saja kan masa berlalu dalam sedar tak sedar dalam KK mengadu penat tup tup esok dah nak raya kitaKK masak nasi goreng untuk sahur ni letak kacang pan...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach