Tanam Padi Lima Kali Dua Tahun Sedang Direalisasi


harakahdaily.net
February 28, 2025
Tampung keperluan negara, kurangkan import beras

JERLUN: Projek penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun adalah sangat penting untuk masa depan negara, bagi menampung keperluan makanan penduduk yang semakin meningkat.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, selain itu kerajaan juga terpaksa menanggung kos yang sangat tinggi untuk mengimport beras iaitu RM2,800 bagi setiap tan metrik.

Berbanding katanya, kos yang lebih rendah iaitu hanya RM1,500 untuk satu tan metrik beras tempatan.

Beliau juga menggesa Kerajaan Persekutuan agar mempercepatkan
projek Jeniang Transfer, bagi menangani masalah bekalan air yang dijangka serius akibat fenomena cuaca dan iklim bermula tahun ini hingga 2035.

“Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) juga, pada masa ini hanya dapat menggunakan 35 peratus sahaja bekalan air daripada sistem pengairan yang sedia ada.

“Oleh itu projek Jeniang Transfer ini diharapkan segera mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan untuk membantu mengatasi masalah bekalan air akibat fenomena tersebut,” tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima kali dua tahun di kawasan Muda fasa 1, Kampung Pida 4, Ayer Hitam, semalam.

Program tersebut dihadiri Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Mohamad Sabu

Dalam pada itu Sanusi juga menegaskan, Kerajaan Persekutuan perlu bertindak tuntas untuk memastikan matlamat dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan, dapat dicapai.

Apatah lagi ujarnya, berkaitan masalah dihadapi oleh kilang-kilang beras milik Bumiputera yang terpaksa ‘gulung tikar’ disebabkan beberapa faktor tertentu.

“Contohnya Kilang Beras Dibuk di Perlis yang terpaksa ‘gulung tikar’ selepas 57 tahun beroperasi, sudah tentu amat menyedihkan bagi kita semua.

“Isu-isu seperti ini diharapkan mendapat perhatian yang serius oleh pihak kementerian berkaitan dan tindakan sewajarnya perlu diambil,” tambahnya.

Selain itu tegas beliau, Kerajaan Persekutuan perlu memberi perhatian kepada isu tanah jerlus yang membelenggu para petani sehingga menyebabkan mereka menanggung kerugian besar.

Di kawasan MADA sahaja, jelasnya, lebih 2,000 hektar sawah berisiko menghadapi masalah itu, sementara 800 hektar sudah dikenal pasti.

“Masalah tanah jerlus ini akan menyebabkan padi tidak dapat dituai walaupun kerja-kerja penanaman dan penjagaan semua sudah selesai. Hal ini menyebabkan para petani rugi besar.

“Sedangkan mereka telah mengeluarkan kos yang tinggi serta berpenat lelah membanting tulang di tengah bendang. Namun tidak dapat menuai hasil apabila tiba waktunya,” ujarnya lagi.

Kata Sanusi, beliau difahamkan punca utama masalah ini ialah penggunaan mesin besar dan berat sejak puluhan tahun lalu, menyebabkan struktur tanah tidak cukup kuat untuk menampung beban.

Sekali gus katanya, menghalang jentera menuai masuk ke kawasan jerlus tersebut, malah masalah tanah jerlus ini juga tambahnya, menyebabkan berlaku tumpahan padi kira-kira 20 peratus pada setiap musim.

“Oleh itu, saya mohon perhatian agensi-agensi di bawah Kerajaan Persekutuan yang berkaitan dapat mengambil langkah yang bersepadu dan berkesan bagi menangani masalah ini yang didapati semakin serius.

“Kita bimbang jika langkah yang dilaksanakan pada masa ini masih kurang menampakkan hasil, ia akan menimbulkan masalah keyakinan para petani untuk terlibat dalam projek penanaman padi lima kali dua tahun yang sedang diusahakan ini,” tegas beliau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, juga menyarankan kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan agar mengambil kesempatan itu untuk meninjau masalah para pesawah.

Isu padi benih katanya, antara yang menjadi rungutan para pesawah kerana pihak mereka sering memperolehi benih tidak berkualiti dan menjejaskan hasil padi mereka.

“Saya bukanlah nak mengajar, tetapi apabila kerap sangat mendengar rungutan yang sama, maka saya nak minta Abang Mat kita dapat memberikan perhatian untuk masalah ini.

“Pastikan benih yang dibekalkan kepada petani hanya dari petak khusus untuk benih yang terjamin kualitinya, jangan asal ada atau tangkap muat,” kata Sanusi lagi.

Tegasnya, masalah yang membelenggu para petani ini wajar diusahakan jalan penyelesaiannya kerana projek penanaman padi lima musim dua tahun ini adalah langkah pertama bagi satu transformasi besar-besaran khususnya di Kedah ini.

Malah, pihaknya juga amat berbesar hati kerana memilih kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam ini untuk pelaksanaan projek.

Selain itu, Sanusi juga menarik perhatian pemimpin Kerajaan Persekutuan itu agar baja yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), dapat diperluaskan penggunaannya kepada para petani di seluruh negara.

Hasil lawatannya ke Kilang Baja Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd, iaitu syarikat milik NAFAS di Gurun, mendapati baja yang dihasilkan oleh kilang itu sangat baik dan bermutu tinggi. 
– HARAKAHDAILY 28/2/2025

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2025/02/tanam-padi-lima-kali-dua-tahun-sedang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percepat Infrastruktur Tanam Padi 5 Musim 2 Tahun Kata Anwar

Percepat Infrastruktur Tanam Padi 5 Musim 2 Tahun Kata Anwar

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 80 hits
Anwar Ibrahim meninjau petak sawah padi baru dituai selepas pelancaran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Dua Tahun di Kampung Pida 4 Ayer Hitam PETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahi...
Kasihan Harap Adik Tahun Dua Ni Cepat Sembuh Musim Sekolah Baru Dah Bermula

Kasihan Harap Adik Tahun Dua Ni Cepat Sembuh Musim Sekolah Baru Dah Bermula

papar berkaitan - pada 21/2/2025 - jumlah : 90 hits
Kasihannya Moga adik tahun dua ini cepat sembuh Musim sekolah baru bermula Anak anak ramai berjalan kaki Traffic light ada Tapi trafic light untuk pejalan kaki melintas banyak yang tidak berfungsi di Putrajaya Tekan tekan tidak hidup Mohon ...
Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 Di Glory Beach Resort Port Dickson

papar berkaitan - pada 16/2/2025 - jumlah : 111 hits
Asalamualaikum dan Salam Sejahtera Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2025 di Glory Beach Resort Port Dickson Alhamdulillah Yang sebenarnya dah berlalu tiga empat hari mesyuarat guru sekolah saya yang telah diadakan di Glory Beach Resort PD ...
Denda Hingga Rm3 000 Dan Penjara Maksimum Dua Tahun Individu Islam Tak Hormati Ramadan Di Pahang

Denda Hingga Rm3 000 Dan Penjara Maksimum Dua Tahun Individu Islam Tak Hormati Ramadan Di Pahang

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 109 hits
KUANTAN Individu beragama Islam di Pahang yang tidak menghormati bulan Ramadan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk denda sehingga RM3 000 dan penjara maksimum dua tahun Jabatan Agama Islam Pahang dalam satu hantaran di facebook menjelas...
Kelantan Kes Tembak Klia Hafizul Dipenjara 14 Tahun 6 Bulan 6 Sebatan

Kelantan Kes Tembak Klia Hafizul Dipenjara 14 Tahun 6 Bulan 6 Sebatan

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 89 hits
Nor Fazlina Abdul Rahimnfazlina nstp com myHAFIZUL dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini FOTO Nik Abdullah Nik OmarKota Bharu Pengurus syarikat agensi pelancongan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun enam bulan dan enam sebatan o...
9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

9 Anak Syarikat Kwsp Rugi 3 Tahun Berturut Don Wori Tuan Tuan Epf Ada Banyak Duit Lagi

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 124 hits
9 anak syarikat KWSP rugi 3 tahun berturut24 Feb 2025KWSP menjadi pemegang saham tunggal lapan syarikat subsidiari dengan satu daripadanya baharu ditubuh pada 2021 dan masih belum jana pendapatan mencukupi PETALING JAYA Sembilan syarikat su...
Cemas Kanak Kanak Lelaki 2 Tahun Dikhuatiri Hilang Operasi Mencari Masih Dijalankan

Cemas Kanak Kanak Lelaki 2 Tahun Dikhuatiri Hilang Operasi Mencari Masih Dijalankan

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 82 hits
Hati ibu mana yang tak luluh Seorang kanak kanak lelaki Hud Aryan Mohd Nor Hafifi baru berusia dua tahun dikhuatiri hilang di Kampung Aira Kuala Tiga Tanah Merah Kelantan pada Isnin Difahamkan si kecil ini berada di rumah neneknya yang hany...
Ismail Sabri Sprm Dan Sejarah Berulang

Ismail Sabri Diarahkan Sprm Isytihar Harta

Xiaomi 15 Ultra Dilancar Reka Bentuk Ikonik Fokus Fotografi Harga Dari Rm5 199

Ismail Sabri Diarah Isytihar Harta Sprm Sita Wang Tunai Rm170 Juta Jongkong Emas Rm7 Juta

Cycling 9 Februari 2025

15 Pantun Berbuka Puasa Klasik Bermakna Untuk Sahabat

Ikiru Hotel A Harmonious Fusion Of Architecture And Nature

Johor Princes Switch To Corvette For Gt Races


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Nenek Siapa Asyik Melompat Be Like

Startups Vs Established Industries

Nasi Lemak Lobster Jb

Salam Rmadhan Kareem 1446 Hijrah

Selamat Pagi 1 Ramadan Melayan Taman Kecilku

Jadual Perbandingan Berapa Langkah Perlu Berjalan Untuk Bakar Kalori Makanan Yang Anda Makan