Tanam Kangkung Dari Biji Benih


Percubaan pertama saya menanam sayuran di rumah Perlis. Saya rasa ragu-ragu nak menanam pokok jenis sayuran sebab agak kerap juga saya tiada di rumah. Pokok jenis sayuran kalau tak disiram berhari-hari memang tipis peluang untuk hidup membesar. Tapi kali ini saya nekad mencuba dan sediakan solusi penyiraman pokok

Beli biji benih di kedai Shopee - Baba Official Store. RM6.45 / peket.
Tarikh semai biji benih - 5 Oktober 2025.Saya semai biji benih terus dalam bekas tanaman - saya gunakan kotak putih polistirena (polystyrene) . Medium tanaman - peat moss. Letak dua biji benih dalam satu lubang, tanam secara berbaris. Siap tanam terus spray air, kemudian saya tutup tanaman dengan plastik hitam (selama beberapa hari saja) supaya biji benih cepat bercambah. 
Sebenarnya, saya tak tahu pun cara menyemai benih kangkung. Proses menyemai biji benih dibantu oleh Encik Suami, saya ikut apa saja saranan Encik Suami. Tapi zaman sekarang kalau tak tahu boleh je rujuk carian internet

8 Oktober 2025Selepas tiga hari semaian, benih kangkung mula bercambah. Punyalah seronok, pada hal cuma bercambah sikit je tu 😀
10 Oktober 2025Dah nampak rupa kangkung selepas lima hari semaian

15 Oktober 2025 - saya mula menggunakan automatic watering system untuk penyiraman sebab nak tinggalkan rumah dalam tempoh enam hari. Selama tiada di rumah, kadang-kala timbul rasa risau kot alat tersebut tak berfungsi dengan baik

21 Oktober 2025 Alhamdulillah…anak pokok kangkung membesar dengan baik hasil siraman automatik

Bahagia sungguh tengok hasil tanaman membesar. Terus rasa macam petani yang berjaya. Pada hal kau tanam kangkung je 🤣
Hari ini - 23 Oktober 2025Selepas 18 hari semaian, beginilah saiz daun kangkung paling besar dan lebar. Tak tahulah ini saiz yang sesuai atau tidak, setakat ini saya tak letak baja. Mak tanya pagi tadi, baru saya terfikir pasal baja 😄
Semoga pokok kangkung saya terus membesar sehingga waktu tuaian, ada rezeki dapatlah saya masak sayur kangkung hasil tanam sendiri. 
Set automatic watering system saya beli di kedai Shopee - LavicaMY. Harganya sekitar RM35 satu set, saya beli ni ada empat point dropper (tempat keluar air). Tak begitu susah nak pasang, cuma perlu sedikit kesabaran untuk fahamkan bagaimana sistemnya berfungsi









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/10/tanam-kangkung-dari-biji-benih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanam Serai Di Raised Bed Tropika

Tanam Serai Di Raised Bed Tropika

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 118 hits
Panduan Ringkas Penanaman Serai di dalam Raised Bed Iklim Tropika Serai di raised bed bulat tepi pagarTuaian perlu dibuat bila pokok cukup matangSerai adalah herba tropika yang sangat sesuai ditanam di kawasan beriklim tropika seperti Malay...
Dinda Sons Port Dickson Best Cafe For Authentic Malaysian Food Local S Pick

Modi To Attend Asean Summit Virtually

Kenaikan Harga Emas 2025 Patut Tunggu Turun Atau Mula Simpan Sekarang

Saya Minta Ditukarkan Kepada Pembiayaan Peribadi Islamic Bank Kenapa

Kalau Macam Tu Betul La Sanusi Mb Kedah Fitnah Anwar

Minister Fahmi Thanks 123 Companies For Pouring Rm22m Into 2025 National Day Celebrations

James Chin Kepong Mp Challenge Pas To Start Its Own All Halal Sans Alcohol Pas Airline

Bukan Setakat Alkohol Kru Penerbangan Juga Patut Diberi Pilihan Tutup Aurat Zainul Rijal


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Komando Serang Masjid Rusila

Cara Perbaharui Sijil Beranak Tulisan Tangan

Rizab Antarabangsa Malaysia Tetap Kukuh Pada Usd12 Bilion Menunjukkan Kestabilan Ekonomi Negara

4 Fon Kepala Wayarles Anc Bunyi Sedap Harga Bawah Rm500

Makluman Harga Runcit Produk Petroleum Bagi Tempoh 23 Oktober Hingga 29 Oktober 2025

Kedah Lelaki Bangladesh Mati Dijerut 6 Termasuk Suspek Ditahan