Tamrin Ghafar Serang Tmj Adalah Agenda Dap



TMJ DISERANG TAMRIN GHAFAR BAGI MENJAYAKAN AGENDA DAP UNTUK MENGHAPUSKAN SISTEM RAJA BERPERLEMBAGAAN DAN MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH REPUBLIK
Pemantau Malaysia Baru mengecam sekeras-kerasnya tindakan Regim Mahathir DAP yang membiarkan individu-individu tertentu yang rapat dengan Pemerintah Zalim negara ini untuk terus melakukan serangan keatas institusi DiRaja negara ini.
Diawal pemerintahan kerajaan bobrok Pakatan Penipu yang gagal menunaikan janji kepada rakyat ini, iaitu sekitar Mei 2018 lalu, Kadir Jasin dan Hishammuddin Rais telah diutus untuk memfitnah DYMM SPB YDP Agong.  Sungguhpun, laporan polis telah kami buat keatas mereka berdua, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil keatas mereka yang jelas telah memfitnah dan menghasut rakyat untuk membenci Institusi DiRaja yang menjadi payung dan pelindung Agama Islam serta rakyat berbilang kaum negara ini.
Sejak kekebalan yang diberikan kepada dua individu ini dan kenaikan pangkat Kadir Jasin yang dinaikkan darjat sebagai Ketua Unit Media Pejabat Perdana Menteri, budaya menyemarakkan kebencian terhadap Institusi DiRaja ini telah diteruskan oleh beberapa juak DAP yang lain sehingga memaksa Pemantau Malaysia Baru membuat satu lagi laporan polis terhadap dua individu diatas berserta Tamrin Ghafar sejurus selepas Hari Keputraan DYMM SPB YDP Agong yang lalu.  Seperti biasa, walaupun pihak PDRM telahpun membuka kertas siasatan, akibat daripada tindakan Tun Mahathir yang telah tunduk dengan kehendak DAP, melantik Peguam Ketua Komunis Malaya sebagai Peguam Negara, kertas siasatan pihak PDRM telah sekali lagi dibakulsampahkan.

Tamrin: anti-Raja-pro-Republic Semalam, sekali lagi fitnah Tun Mahathir keatas Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang menjadi mangsa fitnah kononnya telah membunuh adik Prebet Adam yang dikatakan merupakan seorang “caddy golf”, telah diulangi sekali lagi.  Kali ini, Mangsa khadam Mahathir merupakan cucu kesayangan Almarhum Sultan Iskandar, iaitu Tengku Mahkota Johor, Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim. Iaitu seorang Putera Raja berjiwa rakyat yang cukup lantang membela nasib rakyat dengan mengkritik kepimpinan Barisan Nasional dulu dan Pakatan Harapan kini.  Semalam, TMJ telah difitnah berhubung satu pergaduhan yang kononnya melibatkan TMJ dengan seorang lagi kerabat bernama
Tengku Nadzimuddin Tengku Mudzaffar sekitar tahun 2008, iaitu ketika pemerintahan Tun Abdullah Badawi.
Tamrin telah melabel  tindakan pihak PDRM dibawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan ketika itu yang kononnya telah menutup insiden tersebut sebagai ‘Menutup
Gajah Dengan Nyiru.  Persoalannya, apa perlu diungkit peristiwa 10 tahun lalu untuk menghasut rakyat membenci Institusi DiRaja, sedangkan insiden pendakwaan terpilih kini jauh lebih parah
dibawah regim Mahathir, iaitu manusia yang telah mengkhianat ayahnda beliau Tun Ghafar Baba pada tahun 1993.

TMJ: sasaran serangan Pakatan Harapan Jika retina Tamrin, hanya mampu melihat pendakwaan terpilih yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, izinkan saya senaraikan satu dua insiden yang jelas menunjukkan pendakwaan terpilih dalam tempoh 5 bulan negara ini dirosakkan oleh Pakatan Penipu :
1. Sehari sebelum Thommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, hukuman 18 bulan Penjara yang dijatuhkan keatas Rafizi Ramli telah ditukar kepada hanya perlu berkelakuan baik dengan bon jaminan sebanyak RM10,000 sahaja.  Ada Tamrin dengar Jabatan Peguam Negara melakukan sebarang rayuan?
2. Kes Akta Komunikasi & Multimedia dan Kes Akta Hasutan yang dihadapi oleh Sivarasa Rasiah, kedua-duanya digugurkan sebaik Pakatan memerintah.
3. Kes yang dihadapi oleh Eric Paulsen dibawah Akta Hasutan juga digugurkan.
4. Kes yang kamu sendiri hadapi telah dilepaskan selepas BN ditumbangkan oleh fitnah keatas  1MDB dan GST.
5. Lebih parah lagi, Lim Guan Eng yang berhadapn dengan pertuduhan rasuah kerana telah membeli banglow mewah daripada Ms Phang Li Khoon yang mempunyai urusniaga dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan harga hanya RM2.8 juta sedangkan harga pasaran rumah tersebut adalah RM4.7 juta, telah digugurkan kes beliau tanpa perlu diselesaikan melalui proses pembicaraan.  Tidakkah Tamrin nampak betapa rosaknya kredibiliti Jabatan Peguam Negara apabila tuduhan ke atas Guan Eng dan Phang Li Khoon digugurkan walaupun 25 daripada 60 orang saksi pendakwaan telahpun dipanggil.
Tidakkah Tamrin berasa pelik diatas kebodohan pemimpin korup DAP ini yang turut berhadapan dengan tuduhan rasuah melibatkan Projek Terowong Dasar Laut? Tidak bolehkah Guan Eng berlakon dan membiarkan diri beliau dibebaskan melalui proses pembicaraan yang lebih dilihat terhormat daripada penarikan balik tuduhan oleh Jabatan Peguam Negara yang penghuni Hospital Bahagiapun boleh faham dengan jelas penyalahgunaan kuasa yang Thommy Thomas lalukan untuk menyelamatkan bekas anak guamnya itu?  Bukankah DAP sudah berjaya meletakkan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara bagi membolehkan kes beliau untuk didengar oleh hakim yang boleh membuat keputusan berdasarkan selera mereka?  Takkan selepas menguasai Jabatan Peguam Negara dan Institusi Kehakiman, Guan Eng masih tidak yakin akan menang kes tersebut.
Saya menyokong penuh kenyataan Tamrin yang menuntut agar Pasukan Polis dari  Ketua  sehingga ke pangkat  ‘private’ melaksanakan undang-undang dengan tulus dan berhemah tinggi TANPA mengira pangkat dan kedudukan.  Namun, apa yang pihak Polis boleh buat jika kertas siasatan yang diserahkan oleh mereka berhubung salahlaku pemimpin Pakatan langsung tiada satupun menerima lampu hijau oleh Bapa Penyamun yang mempunyai hobi menyimpan fail salahlaku politikus untuk digunakan sebagai bahan ugutan sekiranya politikus terbabit mula menunjukkan tanda-tanda hendak melawan kepimpinannya.
Pemantau Malaysia Baru ingin menegaskan bahawa, selagi Institusi DiRaja tidak menyeru rakyat Malaysia untuk melakukan kemungkaran atau menghalang rakyat dari melaksanakan perintah Allah, selagi itulah kami akan mempertahankan Institusi DiRaja dalam negara ini dari sebarang ancaman.  Rakyat Malaysia harus bangkit sekiranya Sistem Raja Berperlembagaan yang dilaksanakan dinegara ini mahu digantikan dengan sistem Republik bagi mengangkat Mahathir sebagai Maharaja baru menggantikan Raja-Raja Melayu.
Buat Duli Yang Amat Mulia Tengku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Johor, teruskanlah perjuangan Tuanku menyuarakan hal-hal demi kepentingan rakyat dan teruskanlah teguran-teguran yang membina tidak kira sama ada ianya ke atas kepimpinan kerajaan atau pembangkang, mahupun penjawat awam.  Usahlah bimbang jika teguran Tuanku ditemplak oleh rakyat atau tentera cyber pihak tertentu yang gemar menyerang ruang komen media sosial Tuanku.  Apa yang penting bukanlah berapa ramai yang bersetuju atau tidak dengan teguran Tuanku, tetapi yang penting ialah apa yang Tuanku katakan adalah ikhlas dari sanubari Tuanku dan berlandaskan kebenaran.  Biar apa yang kita katakan ditolak oleh majoriti rakyat asalkan ianya diredhai Allah s.w.t.
Dato’ Lokman Noor bin Adam
Presiden 
Pemantau Malaysia Baru
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/10/26/tamrin-ghafar-serang-tmj-adalah-agenda-dap/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contohi Ghafar Baba Tolak Darjah Kebesaran Guan Eng Pesan Pada Dap

Contohi Ghafar Baba Tolak Darjah Kebesaran Guan Eng Pesan Pada Dap

papar berkaitan - pada 15/10/2018 - jumlah : 552 hits
Tun Ghafar BabaJawatankuasa Eksekutif Pusat DAP akan mengadakan mesyuarat pada minggu depan bagi membincangkan soal penerimaan darjah kebesaran oleh pemimpin parti itu kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng Beliau berkata tindakan menerima d...
Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 438 hits
Setiausaha PAS KELANTAN Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan laungkan parti itu turut memperjuangkan IslamTindakan pihak DAP untuk me...
Tak Adil Menteri Dap Serang Kelantan

Tak Adil Menteri Dap Serang Kelantan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 451 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap serangan tanpa henti menteri DAP terhadap kerajaan Kelantan sebagai tidak adil Terbaru katanya serangan dibuat ahli parlimen Pulau Pinang hari ini mengeluarkan kenyataan b...
Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

Pemimpin Parti Amanah Negara Adalah Boneka Dap Akhirnya Senyap Seribu Bahasa

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 335 hits
Setiausaha PAS KELANTAN Datuk Che Abdullah Mat Nawi menyelar sikap pemimpin Parti Amanah Negara yang terus mendiamkan diri dalam walaupun mereka sebelum ini melaungkan laungkan parti itu turut memperjuangkan IslamTindakan pihak DAP untuk me...
Video Lagu Dap Dinyanyikan Di Majlis Rasmi Bukan Lagu Ph

Video Lagu Dap Dinyanyikan Di Majlis Rasmi Bukan Lagu Ph

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 299 hits
Apakah yang telah berlaku di negara ini Kini lagu yang mengangkat DAP sudah dinyanyikan di majlis rasmi Belum pun sampai 6 bulan memerintah Malaysia kini DAP diangkat sebagai jaguh yang berjasa membina negara Malaysia yang berusia 61 tahun ...
Bersatu Umno Dan Pas Perlu Ke Arah Bergabung Singkirkan Dap Dari Kerajaan

Bersatu Umno Dan Pas Perlu Ke Arah Bergabung Singkirkan Dap Dari Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 557 hits
Langkah pertama yang perlu dibuat ialah singkirkan pemimpin masing yang mungkar
Guan Eng Upset With Dap Datuks

Guan Eng Upset With Dap Datuks

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 258 hits
At the end of the day Chinese just love these titles awards datukships tan sriships and so on and are willing to pay a lot of money for them Some have parted with RM250 000 or even RM500 000 to get a gelaran It is in the Chinese psyche NO H...
After Tok Pa S Entry Dap Says Unhealthy For Harapan To Take Ex Umno Mps

After Tok Pa S Entry Dap Says Unhealthy For Harapan To Take Ex Umno Mps

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 336 hits
DAP chairperson Tan Kok Wai said it was unhealthy for Pakatan Harapan component parties including his own party to accept former Umno MPs His comment came two days after Umno veteran Mustapa Mohamed who is the Jeli MP Bersatu Mustapa quit U...
Tanah Runtuh Cap Gesa Kerajaan Dap Bertanggungjawab

Tanah Runtuh Cap Gesa Kerajaan Dap Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 258 hits
BANGI 14 Safar 1440H Selasa Kerajaan negeri Pulau Pinang digesa mengaku bertanggungjawab ke atas kejadian tanah runtuh tapak projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus pada Jumaat lalu yang mengorbankan sembilan nyawa Pengerusi Persatuan Penggu...
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera