Tampar Budak 2 Tahun Pengusaha Taska Didenda Rm7 000


 
Tertuduh Azlinawaty Julaihi mengaku bersalah menampar kanak-kanak itu sehingga bengkak kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi dalam kejadian 15 Jun lalu.KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha taska didenda RM7,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menganiaya seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Jun lalu.
Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhi hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi, 41, selepas dia mengaku bersalah dengan menampar kanak-kanak berkenaan beberapa kali sehingga bengkak di kedua belah bahagian mata dan lebam di bahagian kanan tulang pipi, dalam kejadian di sebuah taska di Jalan Dato’ Senu, di sini pada 12.30 tengah hari, 15 Jun lalu.
Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayar denda berkenaan. Dia membayar denda itu.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Terdahulu, sebelum menjatuhkan hukuman, Emelia Kaswati dalam penghakimannya berkata mahkamah perlu menjatuhi satu hukuman berbentuk pengajaran kepada tertuduh supaya ia menjadi pengajaran kepada pengasuh lain agar tidak melakukan kesalahan sama.
Wanita itu yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman ringan, dengan alasan dia tidak berniat untuk mencederakan mangsa dan merasa kesal atas perbuatannya.
“Selama tujuh tahun sebagai pengasas dan pengasuh di taska rumah, perkara ini tidak pernah berlaku dan saya mula mengasuh kerana minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Saya minta maaf dan berjanji tidak akan mengulangi lagi,” katanya dalam nada sebak.
Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub pula memohon mahkamah supaya hukuman bentuk pengajaran diberikan memandangkan mangsa adalah seorang kanak-kanak berusia dua tahun.
Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu yang merupakan ibu mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada kedua-dua mata, tulang pipi merah dan bengkak di atas bibir selepas mengambil mangsa dari taska tersebut.
Pengadu telah bertanya kepada Azlinawaty dan dia memaklumkan mangsa terhantuk dengan anak asuhan lain ketika bermain tetapi akhirnya mengaku menampar mangsa.
Hasil siasatan polis mendapati, Azlinawaty telah menampar mangsa beberapa kali kerana mangsa meluahkan semula makanan disuap olehnya.
Hasil pemeriksaan rawatan pula mendapati, kecederaan yang dialami mangsa adalah akibat dipukul. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/tampar-budak-2-tahun-pengusaha-taska.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Tak Berniat Owner Taska Tampar Budak 2 Tahun Sehingga Bengkak Mata Amp Pipi Didenda Rm7 000

Saya Tak Berniat Owner Taska Tampar Budak 2 Tahun Sehingga Bengkak Mata Amp Pipi Didenda Rm7 000

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 308 hits
Seorang pengusaha taska didenda RM7 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya seorang kanak kanak perempuan berusia dua tahun Jun lalu Hakim Emelia Kaswati Mohamed Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Azlinawaty Julaihi ...
2 Individu Didenda Rm30 000 Miliki Minyak Masak Tanpa Lesen

2 Individu Didenda Rm30 000 Miliki Minyak Masak Tanpa Lesen

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 259 hits
DUA individu masing masing didenda RM30 000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini kerana memiliki barang kawalan berjadual iaitu 7 135 kilogram minyak masak secara borong tanpa lesen tahun lepas Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman...
Diam Boleh Pun Telan Pastu Makan Macam Anjing Wanita Pukul Budak 5 Tahun Sebab Tak Nak Makan

Diam Boleh Pun Telan Pastu Makan Macam Anjing Wanita Pukul Budak 5 Tahun Sebab Tak Nak Makan

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 345 hits
Sedang tular di media sosial video menunjukkan seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun dipukul menggunakan penyapu oleh wanita yang dipercayai ibunya di sebuah kediaman di Eco Majestic Semenyih Selangor Berdasarkan video tersebut w...
Penemuan Makam Kuno Berusia 1 000 Tahun Di Dalam Kebun Binatang Peru

Penemuan Makam Kuno Berusia 1 000 Tahun Di Dalam Kebun Binatang Peru

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 291 hits
Penemuan Makam Kuno Berusia 1 000 Tahun di Dalam Kebun Binatang Peru Tiga makam kuno yang ditemukan itu terdiri dari dua orang dewasa dan seorang anak yang dibungkus kain katun Makam itu ditemukan di atas huaca Tres Palos yang dulunya dihun...
Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

Ibu Luna Maya Ulang Tahun Ini Potret Kebersamaan Keduanya Sama Sama Cantik

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 440 hits
Di hari ulang tahun sang ibunda Luna Maya membagikan potret kebersamaan mereka Seketika foto fotonya mendapat banyak respon positif dari netizen Ibu dan anak ini ramai dipuji sama sama cantik dan memesona Ini foto fotonya
Robot Patahkan Jari Budak 7 Tahun Dalam Perlawanan Catur

Robot Patahkan Jari Budak 7 Tahun Dalam Perlawanan Catur

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 244 hits
Dalam kejohanan di Moscow baru baru ini sebuah robot yang bermain catur telah mematahkan jari seorang budak lelaki berusia 7 tahun yang bertanding menentangnya Menurut pegawai Moscow Chess Federation kanak kanak itu meneruskan penyertaannya...
Syukur Akhirnya Jumpa Ibu Dia Budak 3 Tahun Menangis Cari Ibu Remaja Muncul Jadi Hero

Syukur Akhirnya Jumpa Ibu Dia Budak 3 Tahun Menangis Cari Ibu Remaja Muncul Jadi Hero

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 434 hits
Tindakan dua beradik yang menyelamatkan seorang kanak kanak yang kehilangan ibunya di sebuah kompleks membeli belah seharusnya diberikan pujian Tidak hanya menenangkan anak kecil itu bahkan dua beradik ini juga berusaha untuk mencari ibunya...
Dari Jauh Seperti Barang Jatuh Hero Sambut Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5

Dari Jauh Seperti Barang Jatuh Hero Sambut Budak 2 Tahun Jatuh Dari Tingkat 5

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 314 hits
Seorang lelaki di China digelar wira selepas berjaya menyambut kanak kanak perempuan berusia dua tahun yang terjatuh dari tingkat lima sebuah rumah pangsa Kejadian berlaku ketika Shen Dong 31 meletakkan keretanya di seberang rumah pangsa di...
Kami Tiada Niat Dera Dia Suami Isteri Mengaku Salah Dera Anak Angkat Didenda Rm40 000

Kami Tiada Niat Dera Dia Suami Isteri Mengaku Salah Dera Anak Angkat Didenda Rm40 000

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 370 hits
Kami tiada niat dera dia Suami isteri mengaku salah dera anak angkat didenda RM40 000Pasangan suami isteri masing masing didenda RM20 000 oleh Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di Bangi hari ini kerana mendera anak angkat mereka berumur emp...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Misi Bantuan Ai Cha Santuni Keluarga Dan Cawangan Terjejas Banjir


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik