Tambiau Forest House Ranau Sabah
Tambiau Forest House Ranau Sabah | Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan dalam entri sebelum ini [+] Pulau Supirak Pitas Sabah, hari ini Murni akan berkongsi salah satu tempat camping yang menarik di Ranau. Usai pengembaraan kami di Pulau Supirak sebelum ini, kami menuju pula ke Tambiau Forest House yang terletak di Ranau.
Tambiau Forest House Ranau Sabah11/02/2024
Kami sampai di Tambiau Forest House dalam jam 6:10 petang, perjalanan dari Pitas ke Ranau. Kereta parking di kawasan yang telah disediakan & untuk ke kawasan tapak perkhemahan yang terletak di atas bukit perlu menaiki kenderaan 4x4. Murni lupa charge bayaran untuk berkhemah di sini, maklumat lanjut nanti korang boleh hubungi sendiri dengan pemilik di Laman Facebook Rasmi [+] Tambiau Forest House Ranau Sabah.
Memandangkan kami sampai agak lewat, kami selesai dirikan khemah, susun barang & pasang lampu dalam jam 7:00 malam. Untuk hidangan makan malam kami tidak memasak untuk jimat masa sama semua sudah penat haha. Sebelum sampai ke Tambiau Forest House, kami singgah di Pekan untuk membeli makanan. Menu kami nasi putih, ayam panggang & sayur. Cuaca di kawasan ni sejuk, malam tu juga Murni tidur awal. Kemudahan tempat memasak, tandas, & elektrik pun ada disediakan juga.
12/02/2024
Bangun awal pagi dapatlah menikmati view awan karpet. Banyak port untuk ambil gambar yang disediakan di Tambiau Forest House. Kalau kamu bernasib baik boleh dapat view sunset, sunrise & stargazing yang sangat cantik. Masa kami ke sini cuaca tidak berapa baik, mendung & hujan.
@murnimohdyusof 11-12/02/2024 𝘜𝘴𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘗𝘶𝘭𝘢𝘶 𝘚𝘶𝘱𝘪𝘳𝘢𝘬 (𝘷𝘪𝘥𝘦𝘰 𝘣𝘭𝘮 𝘱𝘰𝘴𝘵 😌), 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘮𝘦𝘯𝘶𝘫𝘶 𝘬𝘦 𝘛𝘢𝘮𝘣𝘪𝘢𝘶 𝘍𝘰𝘳𝘦𝘴𝘵 𝘙𝘢𝘯𝘢𝘶 𝘶𝘵𝘬 𝘤𝘢𝘮𝘱𝘪𝘯𝘨. 𝘔𝘪𝘴𝘪 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘶𝘳𝘶 𝘢𝘸𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘳𝘱𝘦𝘵. . . . . 𝘚𝘺𝘶𝘬𝘶𝘳 𝘈𝘭𝘩𝘢𝘮𝘥𝘶𝘭𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩. 𝘗𝘦𝘳𝘫𝘢𝘭𝘢𝘯𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘪 𝘥𝘪𝘱𝘦𝘳𝘮𝘶𝘥𝘢𝘩𝘬𝘢𝘯 & 𝘥𝘢𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘦𝘯𝘪𝘬𝘮𝘢𝘵𝘪 𝘷𝘪𝘦𝘸 𝘺𝘨 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘪𝘯𝘥𝘢𝘩. #CapCut #camping #campinglife #bestview #blogger #malaysianblogger #enchantingsabah #fyp ♬ suara asli - aspalPlatB🤜🤛
Insyaallah kalau ada kesempatan masa, Murni akan singgah lagi ke sini. Usai siap kemas barang dalam jam 8:00 pagi, kami bergerak menuju ke Poring Hot Spring Ranau untuk aktiviti hiking ke Langanan Waterfall. Sampai sini saja perkongsian Murni, nanti kita sambung lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://murnimohdyusof.blogspot.com/2024/10/tambiau-forest-house-ranau-sabah.html