Tambah Subsidi Upah Atau Banyak Pks Hadapi Masalah Besar




Tambah subsidi upah atau banyak PKS hadapi masalah besarOleh: Redzuan RF8 MediaJune 14, 2021ShareProgram subsidi upah yang diumumkan kerajaan dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 atau lockdown kali ini dianggap tidak mencukupi bagi menampung kehilangan pendapatan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk sebulan.
Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menambah amaun subsidi upah daripada RM600 yang diumumkan kepada jumlah yang lebih relevan untuk menampung kekurangan hasil PKS sepanjang bulan Jun.
“‘Total Lockdown’ yang sepatutnya tamat pada 14 Jun telah dilanjutkan untuk dua minggu lagi. Walaupun perlanjutan PKP sangat penting bagi menangani jumlah kes Covid-19 harian yang melebihi 5000 kes setiap hari, tetapi saya khuatir industri bagi kategori bukan dalam perkhidmatan perlu, terutamanya PKS tidak dapat lagi terus bertahan.
“Berbanding dengan tempoh sama pada tahun 2020, industri peruncitan di Malaysia mencatat kadar pertumbuhan negatif sebanyak 9.9%. Laporan Industri Peruncitan di Malaysia juga menyatakan harapan pemulihan dalam jualan semakin malap selepas kes Covid-19 harian baru-baru ini mencecah rekod baru.
“Kerajaan PN yang telah mengumumkan perlaksanaan Program Subsidi Upah (PSU) sebanyak RM600 untuk sebulan sebelum pengumuman perlanjutan 14 hari PKP 3.0. Bagaimanapun, jumlah subsidi tersebut adalah tidak mencukupi sekarang kerana kebanyakan PKS perlu bertahan selama 14 hari lagi tanpa sebarang pendapatan,” kata Chean Chung dalam satu kenyataan.
Menurut ADUN Semambu itu, PKS kini terpaksa menghadapi kekurangan jualan sebelum lockdown dan kini ketiadaan pendapatan untuk sebulan.
Oleh itu, beliau mencadangkan agar amaun subsidi upah ditambah kepada RM1,200 bagi bulan Jun. Hal itu, katanya, untuk mengimbangi ketiadaan pendapatan dan kos selain gaji yang perlu ditanggung PKS.
“Sebagai contoh, satu peruncit tempatan yang berjenama mempunyai 20 cawangan dengan setiap cawangan mempunyai 6 pekerja dengan purata gaji bulanan setiap pekerja adalah sebanyak RM 1800.
“Selepas tolak subsidi upah sebanyak RM 600, peruncit tempatan masih perlu menanggung beban tambahan sebanyak RM 144,000 tanpa sebarang pendapatan bagi penutupan selama 4 minggu atau sebulan ini.
“Jangan lupa, ia hanya kos minimum kerana tidak termasuk pekerja pentadbiran, pekerja logistik dan kos operasi pejabat serta kos kewangan yang lain.
“Melihat kepada prospek yang amat mencabar dan kerapuhan PKS, saya menggesa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meningkatkan Program Subsidi Upah (PSU) kepada RM 1200 sekurang-kurangnya kepada sektor yang bukan perkhidmatan perlu untuk melindungi pekerjaan dan perusahaan tempatan,” katanya lagi.
Tambah Chean Chung, peningkatan amaun tersebut adalah wajar dan setara dengan amaun yang dikeluarkan pada PSU 1.0 pada tahun lepas.
Pada asasnya, kata beliau, Kerajaan PN harus mengakui kegagalan mereka yang menyebabkan berlaku gelombang jangkitan kedua dan ketiga serta melaksanakan tindakan pampasan yang sepatutnya. Jangan menjadikan PKS dan pekerja-pekerjanya sebagai satu-satunya mangsa dalam menangani krisis kali ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/tambah-subsidi-upah-atau-banyak-pks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ingatkan Badan Besar Tuhan Kurniakan Otak Yang Juga Besar Rupanya Tidak Apa Kata Seret Dia Atas Jalan Derita Atau Tidak

Ingatkan Badan Besar Tuhan Kurniakan Otak Yang Juga Besar Rupanya Tidak Apa Kata Seret Dia Atas Jalan Derita Atau Tidak

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 206 hits
Didakwa seret kucing atas jalan lelaki mengaku tidak bersalahAbd Razak Mohd AliJun 13 2021 Tertuduh didakwa secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan yang tidak perlu kepada seekor kucing dengan menyeretnya di atas jalan Astro AWANITEL...
Dalam Menteri Kabinet Pn Banyak Kepala Besar

Dalam Menteri Kabinet Pn Banyak Kepala Besar

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 390 hits
LEBIH 100 000 PETISYEN SURUH AZMIN LETAK JAWATAN RAKYAT MULA MUAK DENGAN KABINET PN KERANA ADA YANG BESAR KEPALA MASALAH KEBENARAN KEPADA YANG TIDAK PENTING BEROPERASI BERNIAGA TETAPI MENDAPAT KEBENARAN BEROPERASI PUNCA MESYIARAT KABINET TE...
Strategi Ketua Bnpb Hadapi Masalah Rs Dan Tenaga Kesehatan Di Kudus

Strategi Ketua Bnpb Hadapi Masalah Rs Dan Tenaga Kesehatan Di Kudus

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 211 hits
Ia menegaskan pihaknya akan berupaya maksimal untuk menghentikan penambahan kasus COVID 19 Tren penambahan kasus baru selama dua hari terakhir juga mulai menurun
Makan Banyak Tapi Kurus Menggesir Gigi Waktu Tidur Anak Mungkin Ada Masalah Cacing

Makan Banyak Tapi Kurus Menggesir Gigi Waktu Tidur Anak Mungkin Ada Masalah Cacing

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 362 hits
Secara jujurnya bila kali terakhir makan ubat cacing Tahukah anda jangkitan cacing boleh akibatkan anemia dan ganggu tumbesaran anak Ibu ibu jangan ambil lewa je Kalau boleh bagi ubat cacing ikut waktu Sekarang ini bila kita mengambil ubat ...
Anak Suka Menconteng Cerdik Fasa Ni Banyak Dia Belajar Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

Anak Suka Menconteng Cerdik Fasa Ni Banyak Dia Belajar Ibu Ayah Mesti Bagi Peluang

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 368 hits
Soalan biasa yang ditanyakan oleh ibu bapa di antara membaca bercakap dan menulis mana satu nak dimulakan dulu Ini kerana ibu bapa risau anak anak akan ketinggalan dengan rakan rakan seusianya Bagi ibu bapa yang nak tahu lebih jelas Terapis...
Tak Perlu Bimbang Darah Haid Makin Banyak Panjang Lepas Cucuk Vaksin Ini Penjelasan Doktor

Tak Perlu Bimbang Darah Haid Makin Banyak Panjang Lepas Cucuk Vaksin Ini Penjelasan Doktor

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 317 hits
Pemberian vaksin kepada semua rakyat disambut baik oleh rakyat negara ini walau pun pada permulaannya pelbagai perdebatan tidak kurang juga pelbagai persoalan yang membuatkan kita sedikit merasa gusar Namun hasil dari perkongsian dan pengal...
Lebih Setahun Anak Banyak Minum Susu Kena Control Ni Punca Anak Susah Makan

Lebih Setahun Anak Banyak Minum Susu Kena Control Ni Punca Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 452 hits
Ada ibu ayah merungut anak tak nak makan nak susu je sepanjang masa Kalau tak bagi rela berlapar Hinggakan sampai satu tahap ibu ayah terpaksa juga ikut selera anak sebab rasa kasihan Tapi sampai bila Menurut situasi anak banyak minum susu ...
Ini 15 Freebies Amp Diskaun Yang Korang Boleh Redeem Jika Sudah Ambil Vaksin Makanan Paling Banyak

Ini 15 Freebies Amp Diskaun Yang Korang Boleh Redeem Jika Sudah Ambil Vaksin Makanan Paling Banyak

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 315 hits
Semenjak kerajaan Malaysia mengeluarkan vaksin AstraZeneca ramai yang tidak melepaskan peluang membuat pendaftaran untuk mendapatkannya Tambahan pula kes jangkitan Covid 19 masih dalam tahap yang membimbangkan jadi ramai yang cuba sedaya up...
7 Tempat Simpan Duit Raya Anak Yang Terbaik

Kerajaan Nak Kambing Hitamkan Petronas Dalam Tragedi Putra Heights Ia Adalah Fi

Grief Understanding The Journey After Loss In Life

Learn Sign Language Unlocking The World Of Visual Communication

Pet Care For Ameraucana Chickens From Hatchlings To Happy Hens

Jamal Harap Sri Pahang Fc Terus Kekal Beraksi Dalam Saingan Liga Malaysia Pada Musim Depan

Frightening Panther Assault Leaves Lorry Driver Severely Injured Near Seremban

Pimpinku Ke Jannah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Holiday Stress

Bolehkah Gabungkan Puasa Qada Dengan Puasa Enam Syawal

Corat Coret 1 2 Syawal 1446h

Harvard Portraiture Project Elevating Overlooked Voices

Harvard Office For The Arts Celebrates Its 50th Anniversary

The Joy Of Vaping Without Instructions Why Disposable Pods Feel Effortless