Taman Tema Upin Ipin Di Melaka 2026


 


Taman Tema Upin Ipin yang sebelum ini dirancang dibangunkan di Alor Gajah di sini kini di peringkat rundingan akhir antara syarikat perfileman animasi popular Les' Copaque Production Sdn Bhd dan MCorp.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata rundingan yang melibatkan terma dan syarat berkaitan penggunaan tanah seluas 55.85 hektar yang menjadi lokasi pembinaan produk pelancongan baharu di negeri itu dijangka dimuktamadkan dalam tempoh dua minggu lagi.
"Setelah terma dan syarat bagi pembinaan Taman Tema Upin Ipin itu dipersetujui, kita jangka produk pelancongan baharu itu dapat direalisasikan dalam tempoh dua tahun akan datang.
"Kos pembinaan taman tema itu terserah pada Les' Copaque Production Sdn Bhd dan kerajaan negeri akan memberikan kerjasama membantu mendapatkan kelulusan serta memudah cara agar pembinaannya dapat dijalankan segera," katanya kepada pemberita di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Upin dan Ipin yang turut dihadiri Penerbit dan Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Md Radzi.
Ab Rauf berkata Taman Tema Upin Ipin itu akan menjadi satu daripada taman tema tempatan bertaraf antarabangsa yang dilihat mampu menarik kedatangan pelancong dalam dan luar negara pada masa hadapan.
Beliau berkata pembinaan taman tema itu juga diharap dapat terus memberi kegemilangan kepada animasi Upin Ipin dalam kalangan masyarakat pelbagai peringkat umur di negara ini selain turut dikenali di luar negara.
Mengulas mengenai Karnival Upin dan Ipin bertemakan Animasi Kesayangan Keluarga yang berlangsung tiga hari bermula hari ini, beliau berkata karnival itu dijangka mampu menarik 300,000 pengunjung dari dalam dan luar Melaka.
"Selain itu, ia juga sebagai medan ujian beberapa tarikan yang hendak dibangunkan dalam Taman Tema Upin dan Ipin tidak lama lagi dan platform untuk mempamerkan produk terbaharu daripada Les' Copaque Production," katanya.


Tambah Burhanuddin, selepas bermesyuarat bersama MCorp kira-kira tiga minggu lalu, mereka ada menunjukkan tanah seluas 40 hektar di Alor Gajah, berdepan dengan A Famosa Resort Melaka.
"Tanah ini sudah dibersihkan dan diratakan. Memang cantik tanah ini, tetapi MCorp tidak mahu menjualnya, sebaliknya mahu ambil syer dalam projek ini.
"Jadi, kami berbincang tanggung hutang bersama, selain kami buat pinjaman bank atau keluarkan suku modal.
"Sekarang MCorp jadi rakan kongsi, jadi lebih memudahkan urusan. Saya suka jika taman tema ini diwujudkan di Melaka kerana sememangnya bandar pelancongan dan ramai pelancong Indonesia ke Melaka," katanya.
Berikutan itu, Burhanuddin berkata, projek itu kemungkinan akan bermula pada hujung tahun ini dan dijangka dibuka secara berperingkat sekitar 2026 sehingga 2027.
"Kami mungkin 'kick off' tahun ini memandangkan tanah pun sudah ada, jadi kena rancang dengan teliti. Selepas ini, kami kena cari kontraktor yang boleh buat. Dua hingga tiga bulan ini kami mahu mengusahakan modal dan menganggarkan perbelanjaan menelan RM700 juta.
"Taman tema ini seperti Disneyland. Kami sasarkan tiga tahun sudah boleh buka, tetapi buka secara berperingkat," katanya.
Sejak 2018, Les' Copaque Production sudah ditawarkan beberapa bidang tanah termasuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang; Ipoh, Perak; Johor Bahru dan Negeri Sembilan.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hanifidrus.blogspot.com/2024/02/taman-tema-upin-ipin-di-melaka-2026.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penerbit Akhirnya Jawab Kenapa Watak Upin Ipin Dicipta Sebagai Yatim Piatu

Penerbit Akhirnya Jawab Kenapa Watak Upin Ipin Dicipta Sebagai Yatim Piatu

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 237 hits
Dihasilkan sejak tahun 2007 lagi siri animasi popular Upin amp Ipin mendapat sambutan cukup positif daripada peminat sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia Dari awal lagi karakter kembar ini divisualkan sebagai anak yatim piatu yang d...
Percutian Ke Melaka Secebis Kenangan Di A Famosa

Percutian Ke Melaka Secebis Kenangan Di A Famosa

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 188 hits
Haii Ni jilid akhir kisah Percutian ke Melaka Gambar gambar kenangan dengan sedikit coretan sahaja Tapi sikit tambah sikit tambah sikit Ah jadi banyak pulakkk Tabahla ye membaca sehingga ke akhirnya Buat kenangan la dengan anak dara MY Keja...
Homestay Bonda Budget Banda Hilir Melaka 2024

Homestay Bonda Budget Banda Hilir Melaka 2024

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 254 hits
Selamat datang ke Homestay Bonda Budget Melaka Kami memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda di Melaka Kenapa anda harus memilih Homestay Bonda Budget Melaka Lokasi berdekatan kawasan popular di MelakaLokasi Lokasi dan Lokasi dimana ...
Sambut Hari Perisytiharan Kemerdekaan Melaka Pada 20 Februari 2024 Dengan Program Percuma

Sambut Hari Perisytiharan Kemerdekaan Melaka Pada 20 Februari 2024 Dengan Program Percuma

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 254 hits
Sambut Hari Deklarasi Kemerdekaan Melaka pada 20 Februari 2024 dengan masuk percuma ke tempat tempat yang wajib dilawati di Melaka seperti Melaka River Cruise Menara Taming Sari Melaka Museum Gallery Zoo Melaka Bird Park Al Khawarizmi Obser...
Melaka Kekal Status Negeri Tawar Harga Rumah Terendah

Melaka Kekal Status Negeri Tawar Harga Rumah Terendah

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 257 hits
Peratus pemilikan rumah di Melaka juga dijangka terus meningkat hingga 88 menjelang 2030 dengan sekurang kurangnya 4 191 rumah perlu dibina dalam tempoh setahun kata Exco Kanan Perumahan Kerajaan Tempatan Saliran Perubahan Iklim dan Penguru...
Dinosaurs Encounter Zoo Melaka Berbaloi Ke

Dinosaurs Encounter Zoo Melaka Berbaloi Ke

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum semua Mama sekeluarga telah pergi ke Zoo Melaka pada cuti CNY baru baru ini Perkara yang menggamit kami ke sana tentulah tarikan terbaru Zoo Melaka iaitu Dinosaurs Encounter Mama nak review sket sama ada nbsp Dinosaurs Encou...
Commotion Erupts At Popular Melaka Theme Park Over One Day Free Entrance

Commotion Erupts At Popular Melaka Theme Park Over One Day Free Entrance

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 306 hits
MELAKA A commotion erupted at a popular theme park in Ayer Keroh here after a large crowd took advantage of the one day free entrance offered by the state government Melaka Tengah OCPD Christopher Patit said the overcrowding at the entry po...
Kerajaan Melaka Menawarkan 10 Lokasi Menarik Secara Percuma Pada 20 Februari 2024

Kerajaan Melaka Menawarkan 10 Lokasi Menarik Secara Percuma Pada 20 Februari 2024

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 216 hits
Selamat Datang ke MelakaBandaraya Warisan Dunia UNESCOBijak Laksana Tuah Berani Laksana JebatKerajaan Negeri sudah mewartakan 20 Februari sebagai cuti umum tahunan bagi menggantikan cuti Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah yang ...
Masuk Percuma 10 Tempat Pelancongan Di Melaka Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

Masuk Percuma 10 Tempat Pelancongan Di Melaka Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 291 hits
MASUK PERCUMA Sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan 10 tempat pelancongan di Melaka boleh masuk percuma1 Zoo Melaka2 Melaka Wonderland Theme Park3 Malaysia Heritage Studios4 Melaka River Cruise5 Muzium Penjara6 Menara Taming Sari7 Taman L...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport