Melaka Kekal Status Negeri Tawar Harga Rumah Terendah


 
Peratus pemilikan rumah di Melaka juga dijangka terus meningkat hingga 88% menjelang 2030, dengan sekurang-kurangnya 4,191 rumah perlu dibina dalam tempoh setahun, kata Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Rais Yasin.MELAKA: Melaka masih mengekalkan status negeri menawarkan harga rumah terendah di Malaysia pada harga purata RM207,600 berbanding RM458,751 di peringkat nasional hingga suku ketiga tahun lepas berdasarkan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic).
Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Rais Yasin, berkata ini sekali gus merekodkan peratusan pemilikan rumah di negeri itu sebanyak 84.5%, lebih tinggi daripada peratus pemilikan rumah di peringkat nasional iaitu 76.5%.
“Pencapaian ini dipengaruhi oleh dasar perumahan kerajaan negeri yang menetapkan setiap pembangunan perumahan melebihi 10 ekar (kira-kira 4 hektar) perlu membina sekurang-kurangnya 50% komponen rumah mampu milik (RMM).
“Komponen RMM berkenaan meliputi rumah kos rendah pada harga RM70,000, rumah kos sederhana rendah (RM120,000), RMM Impian A tidak melebihi RM180,000 dan RMM B tidak melebihi RM250,000,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo RMM Melaka 2024 yang turut dihadiri Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Husam Musa dan Pengerusi Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM) Murad Husin.
Mengulas lanjut, Rais berkata peratus pemilikan rumah di negeri itu dijangka terus meningkat hingga 88% menjelang 2030, dengan sekurang-kurangnya 4,191 rumah perlu dibina dalam tempoh setahun.
Beliau berkata hingga 31 Dis lepas juga, LPM merekodkan pembangunan sebanyak 48,966 RMM di seluruh negeri itu dengan kerjasama pemaju swasta dan kerajaan Persekutuan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula 2020.
“Berdasarkan jumlah itu, sebanyak 36,898 RMM telah dibangunkan agensi kerajaan negeri dan pihak swasta, manakala 12,068 RMM pula dibangunkan agensi kerajaan Persekutuan seperti Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA), SPNB, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN).
“Bukan itu sahaja, daripada jumlah tersebut sebanyak 12,464 RMM siap dibina manakala 18,509 RMM sedang dalam pembinaan dan 17,993 RMM telah mendapat kelulusan serta dalam peringkat perancangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata Melaka hanya mencatatkan sebanyak 551 kediaman yang siap dibina tetapi tidak terjual dengan nilai RM283.9 juta dan angka itu jauh lebih rendah berbanding negeri lain seperti di Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Menurutnya, sebahagian besar kediaman tidak terjual itu merupakan jenis kondominium dan apartmen yang berharga melebihi RM300,000 seunit.
Terdahulu, katanya Ekspo RMM Melaka 2024 yang berlangsung tiga hari bermula hari ini menyasarkan untuk menjual kira-kira 50% daripada 7,368 unit RMM yang ditawarkan dan diskaun hingga RM30,000 terutama bagi rumah belia. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/melaka-kekal-status-negeri-tawar-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mursyidul Am Pas Selain Melaka Pas Yakin Dapat Dapat Kuasai Negeri Lain Pada Pru16

Mursyidul Am Pas Selain Melaka Pas Yakin Dapat Dapat Kuasai Negeri Lain Pada Pru16

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 198 hits
Haspaizi ZainPAS yakin parti itu akan dapat menambah lagi bilangan negeri yang akan dikuasai mereka termasuk Melaka pada Pilihan Raya Umum akan datang Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata ini berdasarkan sokongan yang ditunjukkan rakyat ke...
Masak Di Rumah Resepi Mudah Fish And Chip

Masak Di Rumah Resepi Mudah Fish And Chip

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 431 hits
nbsp Adik Ika dah banyak kali duk ajak masak fish and chip kat rumah Ada tu kak ana ke pasaraya nak cari ikan dori yang elok untuk di jadikan fish and chip tapi nampak macam frozen dah terlalu lama salutan ais batu tebal yang amat Mesti ika...
Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Di Ruang Tamu Rumah

Lelaki Ditemukan Meninggal Dunia Di Ruang Tamu Rumah

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 274 hits
Muhaamad Hafis Nawawimhafis hmetro com myLELAKI ditemukan tidak sedarkan diri di rumah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital FOTO Ihsan BombaCyberjaya Lelaki yang mengalami masalah perceraian meninggal dunia ketika men...
Makan Di Rumah Makan D Kota Seafood

Makan Di Rumah Makan D Kota Seafood

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 359 hits
Assalamualaikum WBTAHAD tiba dah habis minggu jimba jimba Kalau minggu lepas cuma masuk pejabat tiga hari minggu ni kena masuk pejabat lima hari Yabedabedoooooo Kali ni Sk tiga beranak nak bawa pembaca ke Rumah Makan D Kota Seafood yang ter...
Didampingi Prabowo Jokowi Resmikan Rumah Sakit Panglima Besar Soedirman Di Bintaro

Didampingi Prabowo Jokowi Resmikan Rumah Sakit Panglima Besar Soedirman Di Bintaro

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 504 hits
RSPPN ini sebagai wujud penghargaan dan penghormatan atas konstribusi luar biasa Panglima Besar Soedirman dalam sejarah perjuangan bangsa
Kmy Kmo Rumah Jantan Chord

Kmy Kmo Rumah Jantan Chord

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 276 hits
OST Homebois Team Chord Homebois Team Anthem Chord F m Ini gelanggang aku Dm C m tempat layaran aksi mana semua seteru F m ayuh beradu sakti C m Ini gelanggang aku tempat layaran aksi C m mana semua seteru F m ayuh beradu sakti F m ini ruma...
Pembinaan Rumah Ibadat Perlu Ikut Saluran Undang Undang Ppim Harakahdaily 19 02 2024

Pembinaan Rumah Ibadat Perlu Ikut Saluran Undang Undang Ppim Harakahdaily 19 02 2024

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 382 hits
KAJANG Persatuan Pengguna Islam Malaysia membantah pembinaan kuil secara haram yang dikatakan bakal dibina di kawasan Tanah Lot 12101 Mukim Cheras di sini Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dato Nadzim Johan berkata pihaknya ti...
26 Tahun Beli Rumah Rm 1 5 Juta Untuk Ibu Bapa Dia

26 Tahun Beli Rumah Rm 1 5 Juta Untuk Ibu Bapa Dia

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 515 hits
BANYAK daripada kita pada usia 26 tahun masih berjuang untuk naik tangga kerjaya apatah lagi bermimpi untuk membeli rumah bernilai RM1 5 juta Tetapi seorang rakyat Malaysia berusia 26 tahun telah melakukannya dan bahagian terbaiknya Dia mem...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi