Taman Mini Malaysia Tampil Dengan Nafas Baharu Sebagai Malaysia Heritage Studios


Taman Mini Malaysia Tampil Dengan Nafas Baharu Sebagai Malaysia Heritage Studios (MHS) | Assalamualaikum semua.. Siapa sini pernah pergi ke Taman Mini Malaysia? Ha, tahu tak yang sekarang ni Taman Mini Malaysia ni dah bertukar wajah dan diberi nafas baru sebagai Malaysia Heritage Studios (MHS)? Ye, tahun lepas sis berkesempatan datang ke Melaka dan singgah ke sini. Masa tu masih dalam proses ubahsuai jadi ada banyak lagi la yang belum siap. 


Mengenai Malaysia Heritage Studios
Untuk pengetahuan korang, Malaysia Heritage Studios merupakan taman tema magikal pertama di Malaysia yang mempamerkan 13 buah rumah negeri yang terdapat dalam negara. Sejumlah 13 tema telah dipilih untuk meraikan warna-warni warisan Malaysia yang mencakupi kesenian, alam semula jadi, budaya, sejarah dan kisah legenda yang tersembunyi dipaparkan dalam bentuk yang mempesonakan agar pengalaman imersif dapat diraih. MHS menempatkan pelbagai keunikan budaya dan tradisi, menonjolkan kekayaan dan nilai eksklusif yang Malaysia ada, termasuklah rumah negeri warna-warni, karakter legenda, hikayat dan sejarah dan pelbagai aktiviti lain yang boleh dinikmati para pengunjung untuk merasai pengalaman magikal. 


Perasmian Pembukaan Malaysia Heritage Studios (MHS)
Dengan tema “Selamat Ha-Hari Raya di Kampung Kita”, Taman Mini Malaysia kini tampil dengan nafas baharu sebagai Malaysia Heritage Studios (MHS) yang dibangunkan semula secara menyeluruh sekali gus dinaiktaraf menjadi destinasi pelancongan utama di negeri Bandaraya Bersejarah ini. Perasmian pembukaan yang dilaksanakan besar-besaran hari ini juga adalah sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka (TMM2024) yang dilihat bakal meningkatkan ekonomi pelancongan tempatan


Terdahulu, Taman Mini Malaysia dibangunkan sebagai lokasi pelancongan konvensional yang hanya menampilkan rumah-rumah tradisional dari semua negeri di Malaysia. Namun, konsep lama itu telah diubahsuai sepenuhnya, menjadikan pengalaman pelancongan kali ini lebih imersif dan magikal bagi para pengunjung yang mengidamkan kepuasan maksimum

“Pengalaman pelancongan merupakan asas yang akan menentukan hala tuju daya tarikan bagi mana-mana produk pelancongan, terutamanya taman tema. Kali ini di MHS, semua rumah tradisional dihidupkan semula dengan sentuhan pengalaman yang lebih imersif dan interaktif menerusi penggunaan teknologi moden bagi melengkapi pengalaman ketika berada di sini. Sebagai contoh, Rumah Perlis yang menampilkan pakaian tradisional bagi setiap kaum di Malaysia. Untuk menghayati keanggunan pakaian itu sepenuhnya, pengunjung hendaklah memutarkan butang bagi melihat pakaian diperagakan oleh patung tersebut, disertai dengan muzik iringan,”~ Datuk Yong Lam Woei, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Heritage Studios ~


Tarikan Baharu Malaysia Heritage Studios (MHS)
Keserian MHS turut dirancakkan lagi dengan tarikan baharu yang mempunyai elemen pendidikan iaitu Immortal Maze. Dibina dalam bentuk labirin, para pengunjung perlu menyelesaikan teka-teki untuk bertemu dengan hidupan legenda (mythical creatures) seperti Naga Seri Gumum, Jentayu dan Garuda, Kuda Semberani, Sang Kelembai, Gajah Mina, dan Mawas. Semua karakter ini tersembunyi dengan nilai-nilai teladan dan pengajaran yang tersemai menerusi penceritaan hikayatnya


Uniknya, setiap hidupan legenda ini dipamerkan menerusi seni bina animatronik yang dilengkapi dengan penderia untuk mengaktifkan simulasi pergerakannya. Kombinasi teknologi dalam pembudayaan warisan ini dilihat sebagai penanda aras kemajuan bidang pendidikan yang kini lebih terkehadapan

Bermulanya nafas baharu MHS hari ini, dianggarkan sejumlah lebih 300,000 pengunjung yang berbeza latar belakang termasuklah pengunjung antarabangsa bakal menikmati keunikan MHS tahun ini

 “Dengan sokongan padu daripada kerajaan negeri Melaka, saya percaya pengunjung yang hadir akan berasa kagum dengan warisan dan budaya negara kita yang kaya. Ia sekali gus menjadikan MHS sebagai destinasi pelancongan yang menitikberatkan elemen pendidikan terutamanya bagi para pelajar dan hero-hero kecil kita yang akan mengambil alih untuk memelihara nilai warisan ini pada masa hadapan. Saya boleh katakan dengan suntikan pelaburan sebesar RM20 juta terhadap pembangunan MHS, hasil yang diperoleh adalah dari segi nilai warisannya yang kekal sepanjang zaman. Dengan kemajuan arus perdana, kami sebagai syarikat turut bergerak seiring agar tidak ketinggalan dalam industri, malah usaha kami akan sentiasa terkehadapan. Justeru, sebagai pemain utama dalam industri pelancongan, sudah menjadi komitmen kami untuk membuat pelaburan yang setanding dengan kehebatan teknologi,”~ Datuk Yong Lam Woei ~

Definisi Pelancongan Baharu
Selaras dengan kempen TMM2024, fokus baharu MHS lebih tertumpu pada pelancongan yang berkonsepkan pendidikan ke arah membina komuniti yang celik budaya dan warisan negara. Sektor pelancongan secara dasarnya mempunyai fleksibilitinya tersendiri kerana ia sesuai digabungkan dengan industri lain. Sebagai destinasi pelancongan, MHS merupakan platform yang tepat untuk menyuntik elemen pendidikan bagi memperkayakan lagi pengalaman para pengunjung. 


“Bangga saya sifatkan MHS sebagai destinasi ‘learning hub’ pelancongan yang mesra informasi kerana kepadatan maklumat berbentuk ilmiah dan sesuai dijadikan sebagai pusat pembelajaran luar bilik darjah. Tidak dinafikan pendidikan secara formal sememangnya penting, namun pembelajaran secara santai di luar kelas juga perlu dipupuk agar kita sentiasa dipenuhi dengan pengetahuan, lebih-lebih lagi mengenai warisan dan budaya yang kian ditelan zaman. Secara asasnya, kita boleh menggelarkan MHS sebagai pusat pembelajaran dan pembudayaan warisan.”
“Selain itu, komitmen kami terhadap MHS juga telah menganugerahkan kami The Excellence Award Winner 2023: Best New Attraction (Malaysia) oleh Tripzilla. Ini menunjukkan hasil titik peluh kami sebagai pemain industri tempatan yang bertungkus lumus meningkatkan kualiti destinasi pelancongan tempatan,” ~ Datuk Yong Lam Woei ~
Dalam usaha merancakkan lagi ekonomi pelancongan tempatan, MHS turut perhalusi keberdayaan syarikat dengan meningkatkan kemahiran semua tenaga kerja agar mereka lebih celik dan terlatih dalam pengetahuan budaya dan warisan negara. 
“Salah satu tanggungjawab besar MHS adalah mendidik seluruh tenaga kerja MHS demi menghasilkan kualiti dan hasil produk pelancongan yang celik mengenai warisan dan budaya. Saya percaya untuk kekal relevan dalam sektor pelancongan yang melibatkan elemen pendidikan, ia mestilah bermula dari dalam. Harapan saya, kebolehpasaran tenaga kerja juga merupakan pelaburan terbesar dalam ekonomi pelancongan kerana ia secara tidak langsung akan membantu menaiktaraf ekosistem yang berdaya saing,”  
Secara holistiknya, MHS bukan sekadar destinasi pelancongan malah ia menjanjikan keseluruhan pengalaman yang kaya dengan pengetahuan mengenai budaya dan warisan negara dan perlu diurustadbir dengan baik, sama ada menerusi inisiatif kerajaan ataupun pemain industri


So guys, sempena Tahun Melawat Melaka (TMM2024) jom la datang ke Melaka dan singgah di Malaysia Heritage Studios (MHS). Boleh bawa keluarga dan anak-anak untuk jalan-jalan sambil mempelajari  seni warisan dan budaya negara secara imersif dan magikal. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.dikbee.com/2024/02/taman-mini-malaysia-tampil-dengan-nafas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penguatkuasa Malaysia Gagal Tak Berubah Ubah Mini Dhaka Meriah Dengan Penjaja Asing

Penguatkuasa Malaysia Gagal Tak Berubah Ubah Mini Dhaka Meriah Dengan Penjaja Asing

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 260 hits
Azhar Shahrulnizamam hmetro com my MINI Dhaka yang terletak di Jalan Silang dan Lebuh Pudu kembali meriah dan menjadi tumpuan warga asing FOTO Sadiq SaniKuala Lumpur Mini Dhaka yang terletak di Jalan Silang dan Lebuh Pudu di sini meriah den...
Tnb Pintas Maybank Sebagai Pendahulu Liga Hoki Malaysia 2024

Tnb Pintas Maybank Sebagai Pendahulu Liga Hoki Malaysia 2024

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 223 hits
PETALING JAYA Tenaga Nasional Berhad boleh menarik nafas lega apabila bukan sahaja melakar kemenangan besar ke atas Nurinsafi Sporting dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2024 namun melihat seteru Maybank keciciran mata hari ini Sebelum perlaw...
Video Tkn Blak Blakan Ada Upaya Jegal Prabowo Menang 1 Putaran Kecurangan Besar Malaysia

Video Tkn Blak Blakan Ada Upaya Jegal Prabowo Menang 1 Putaran Kecurangan Besar Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 156 hits
Tim Kemenangan Nasional Prabowo Gibran blak blakan potensi kecurangan besar pemungutan suara di Malaysia
The Grand Opening Of The Health Wellness Chamber Of Commerce Malaysia

The Grand Opening Of The Health Wellness Chamber Of Commerce Malaysia

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 217 hits
The Grand Opening of the Health Wellness Chamber of Commerce Malaysia Last weekend I attended a very special event in the middle of Cheras The Health Wellness Chamber of Commerce Malaysia is excited to announce its grand opening a significa...
Badminton Malaysia Bakal Terima Sentuhan Berbisa Indonesia

Badminton Malaysia Bakal Terima Sentuhan Berbisa Indonesia

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 177 hits
Khabar gembira menanti skuad badminton Malaysia apabila akan memiliki tenaga pakar dari negara jiran Indonesia Berita ini dikongsikan menerusi satu ciapan yang dilakukan wartawan Astro Arena Syifa Nasir bahawa seorang jurulatih kelahiran In...
Gadis Malaysia Pertama Sertai Program Survival Korea Alyssa Dedah Pernah Lulus Uji Bakat Yg Entertainment

Gadis Malaysia Pertama Sertai Program Survival Korea Alyssa Dedah Pernah Lulus Uji Bakat Yg Entertainment

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 179 hits
Merupakan seorang yang berbakat dalam tarian dan nyanyian Alyssa mendedahkan bahawa dia telah menyertai uji bakat di pelbagai agensi hiburan Korea Selatan ARTIKEL BERKAITAN Bagi yang belum tahu Alyssa merupakan gadis pertama dari Malaysia y...
Anwar Malaysia Will Keep Supporting Un Agency For Palestine Refugees

Anwar Malaysia Will Keep Supporting Un Agency For Palestine Refugees

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 239 hits
Anwar highlighted the hypocrisy and double standards of those who support freedom and justice but are clearly contradicting in their position when they talk about the freedom of the Palestinians 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR Malaysia will...
Sedetik Kemewahan Dan Inovasi Bersama Vivo Malaysia Dan Hap Seng Star Di Hari Pengalaman Vivo X100 Series

Sedetik Kemewahan Dan Inovasi Bersama Vivo Malaysia Dan Hap Seng Star Di Hari Pengalaman Vivo X100 Series

papar berkaitan - pada 3/2/2024 - jumlah : 197 hits
Kerjasama yang benar benar istimewa telah muncul antara vivo Malaysia dan Hap Seng Star ketika mereka bersatu untuk Hari Pengalaman Siri Vivo X100 Eksklusif Acara itu yang diadakan di pengedar terkenal Hap Seng Star menghimpunkan keanggunan...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp