replika burung Bird Park Melaka
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)
Taman Burung, Air Keroh Melaka ( Melaka Bird Park)Taman Burung ni tersorok sikit dari kawasan penempatan padat Ayer Keroh. Kedudukannya agak kedalam sikit. Bagi yang first time nak datang, disarankan untuk guna gps untuk sampai ke sini. Tiket masuk tidak la mahal sangat, RM5 untuk dewasa, RM3 untuk kanak-kanak manakala makanan burung berharga RM5.
pintu masuk dan senarai harga tiket
tiket taman burungBurung-burung dalam Taman Burung ni semuanya jinak-jinak. Nak bagi makan pun senang. Kadang-kadang burung tu bertenggek atas tangan kita sambil makan. Burung merak lagi la, asyik nak tunjuk dia cantik jer..
bagi makan burung
burung merak
burung merak tengah kembangkan bulunya yang cantikDi Taman Burung ni juga sebenarnya kita boleh menikmati permandangan burung-burung dari atas, namum tempat tersebut ditutup. tak pasti kenapa ditutup. Mungkin atas faktor keselamatan kot.
laluan yang tinggi untuk lihat burung
laluan yang tinggi untuk lihat burungSelain tengok burung, terdapat juga replika dinosaur yang terletak di kawasan lapang depan kaunter tiket. Dinosaur tersebut boleh ditunggang untuk keseronokan kanak-kanak.
dinosaur - Trek
pelbagai jenis dinosaurOk lah......kepada yang berhajat untuk datang ke Taman Burung Melaka ni, disertakan gps koordinat dan google map sebagai rujukan dan panduan untuk ke sini. Alamat secara terperinci adalah di 75450 Durian Tunggal, Malacca|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |